Friday, April 17, 2009

Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff: Peribadinya disegani masyarakat Undang-undang!

Tan Sri Alaudin adalah sangat dikenali dikalangan masyarakat undang-undang termasuk peguam-peguam sebagai seorang hakim yang sangat dihormati peribadinya. Beliau juga merupakan Presiden Mahkamah Rayuan iaitu hirerki No. 2 didalam sistem kehakiman Negara. Beliau jugalah yang telah mempengerusikan panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes-kes berkaitan krisis di Perak.

Secara peribadi, sepanjang hampir 10 tahun beramal sebagai pengamal undang-undang, kedengaran nama beliau begitu dihormati oleh kalangan peguam-peguam tidak kira latar belakang politik dan juga oleh rakan-rakan Hakim serta pegawai-pegawai undang-undang atas keputusan-keputusannya yang tidak berpihak atas mana-mana parti politik serta keputusan-keputusan adil yang berlandaskan undang-undang.

Maka, berdasarkan kepada itu, mengenali peribadi Tan Sri Alauddin sendiri, rakyat harus tahu bahawa keputusan secara sebulat suara tersebut (5-0) adalah keputusan yang jelas berlandaskan undang-undang tanpa ada pengaruh mana-mana kuasa politik. Sikap pembangkang yang cuba mengaitkan keputusan tersebut dengan pengaruh kuasa politik kerajaan adalah satu tindakan yang amat terdesak!!!.

KEPADA PEMBANGKANG:- JANGAN TIPU RAKYAT LAGI DENGAN PERMAINAN POLITIK TERDESAK.

Berikut adalah biodata Tan Sri:

Yang Ariff Tan Sri Alauddin Bin Dato' Mohd Sheriff telah dilahirkan di Kulim, Kedah pada tanggal 7 Ogos 1946. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Petani pada tahun 1953. Kemudiannya beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Rendah Bandar Baharu pada tahun 1955. Pada tahun 1959, Dato' Alauddin Mohd Sheriff menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sultan Badlishah sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Ibrahim sehingga tahun 1963. Pada tahun 1964, beliau sekali lagi berpindah sekolah ke Kolej Sultan Abdul Hamid dan menamatkan zaman persekolahannya pada tahun 1965.

Dato' Alauddin telah meneruskan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi apabila beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya pada tahun 1966. Pada tahun 1967, beliau telah berangkat ke London untuk menyambung pelajarannya dalam jurusan undang-undang di Inner Temple hingga tahun 1970.

Kerjaya :

* Pesuruhjaya Kehakiman di Johor Bharu (1992)
* Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis (1994)
* Hakim Mahkamah Tinggi Alor Star, Kedah (1996)
* Hakim Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur (2001)

Selama berkhidmat sebagai pengamal undang-undang, Yang Arif Dato' Alauddin telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran seperti Setia Mahkota Johor (S.M.J) pada tahun 1982, Pingat Ibrahim Sultan (P.I.S) pada tahun 1983, Darjah Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) pada tahun 1985 dan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1998 yang membawa gelaran Dato'.

p/s: Muak dan jelak dengan nilai dan moral berbeza-beza yang diciptakan oleh pembangkang.

3 comments:

Anonymous said...

salam. apa kesan ruling/ decision tersebut ketas kes2 lain?

Anonymous said...

assalamualaikum saudara,

saya ada dengar berita bahawa pertabalan Yam Tuan yang baru ini terpaksa ditunda ke hujung tahun sebab Kerajaan NS tak ada peruntukan untuk majlis tersebut. Khabarnya diperlukan RM3juta nak adakannya.

Cubalah saudara risik-risik.

Ani Nimos

cohong gym said...

Pembangkang tetap pembangkang. Mereka tetap akan membangkang apa saja yang tidak menyebelahi mereka tak kira betul atau salah.