Tuesday, May 12, 2009

Peluang BN di Mahkamah Persekutuan cerah!

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Menteri Besar Perak adalah sah milik Nizar dan permohonan untuk penggantungan bagi mengekalkan status quo sementara menunggu rayuanb di Mahkamah Persekutuan telah ditolak oleh Mahkamah.

Keputusan Mahkamah adalah berdasarkan kepada 2 sebab iaitu:-

1. Perlembagaan Perak tidak memperuntukkan Sultan memecat MB dan memandangkan Nizar enggan letak jawatan maka jawatan MB masih belum dikosongkan.

2. MB hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.

Walauapapun, secara tersirat, keputusan tersebut telah memberi satu nafas baru kepada persepsi sistem kehakiman kita yang mana menariknya kini, pembangkang bersungguh-sungguh bergantung kepada sistem yang dijajanya korup dan menyatakan bahawa keputusan tersebut adalah keputusan yang telus dan adil. Mereka kini meminta BN menerima keputusan tersebut.

Kalau dilihat daripada reaksi pemimpin BN, mereka tidak pula menyatakan bahawa keputusan tersebut tidak adil dan Hakim bertindak bias tetapi mereka menerima keputusan dengan hati terbuka dan meneruskan tindakan melalui proses undang-undang iaitu rayuan.

Menurut berita juga bahawa pejabat-pejabat MB dan exco-exco telahpun dikosongkan tanpa ada berlakunya huru hara. Juga, penyokong BN nampaknya terus bertindak bijak dengan tidak membuat apa-apa kekecohan.

Hal ini jelas berbeza dengan Pakatan Rakyat!! Terbaru kekecohan di persidangan Dewan Undang Negeri. Mereka yang menyerang, dikatanya mereka yang menjadi mangsa!!.

Walauapapun, berdasarkan fakta kes dan undang-undang yang telah dihujahkan oleh kedua-dua pihak, pada pendapat saya BN mempunyai kes yang kukuh untuk rayuan mereka dibenarkan di Mahkamah Persekutuan nanti.

p/s: Adakah PR boleh menerima kenyataan dan bersopan sekiranya Rayuan BN dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan atau boleh menutup mulut mereka daripada berkata Sistem Kehakiman kita adalah korup apabila keputusan tidak menyebelahi mereka??!! Jawapannya: Negatif!!