Wednesday, April 16, 2008

Anak-anak kita

Aset-aset yang paling penting dalam hidup kita ialah anak-anak kita. Aku yakin majoriti orang-orang melayu yang berpendidikan tinggi pada masa ini mempunyai ibubapa yang tidak belajar di universiti pun. Aku rasa kita sebagai generasi yang berpendidikan tinggi hendaklah mewajibkan kepada diri kita agar mendidik anak-anak kita dengan pendidikan-pendidikan yang terbaik semenjak anak-anak kita dari kecil lagi.

Aku masih ingat Prof DiRaja Ungku Aziz apabila diwawancara secara live oleh Buletin TV3, beliau memberi jawapan-jawapan yang sama walaupun diajukan dengan pelbagai soalan-soalan yang berbeza-beza bila ditanya isu tentang ibu bapa yang mengadu tentang pelbagai yuran-yuran persekolahan yang perlu dibayar. Beliau hanya menjawab: proses paling penting didikan anak-anak bermula daripada umur 1 hingga 3 tahun. Mereka ini hendaklah diajar dengan nahu dan penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik daripada seawal umur 1 tahun.

Tanpa meminggirkan perjuangan bahasa Melayu, aku rasa tidak rugi kalau kita menguasai bahasa-bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris atau arab etc bagi kita lebih memahami dan menguasai ilmu, berhujah dan berkomunikasi dengan lebih baik dan effective tanpa perasaan rendah diri. Kalau bangsa lain boleh menguasai bahasa ibunda mereka dan bahasa inggeris dengan baik, mengapa kita tidak!.

Bagi aku..apa yang Prof Diraja Ungku katakan tadi adalah selari dengan peribahasa "kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". Maka, didiklah anak-anak kita sebaiknya supaya kita boleh lihat generasi kita akan datang (20 ke 30 tahun akan datang) adalah generasi yang kuat dan bukan sahaja mampu bersaing tetapi menguasai ekonomi berdasarkan ilmu disamping penuh tertib, sopan dan santunnya.

p/s: pemimpin yang bijaksana ialah pemimpin yang boleh melihat dengan mata hati apa yang akan terjadi terhadap apa sahaja tindak-tanduknya pada masa kini.

3 comments:

Watan Marhaen said...

How about those who are not good in maths and science are forced to learn them in english another area which they are weak at?

zuzrin said...

"kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Peribahasa tu aku rasa amat bertepatan dengan sistem pendidikan untuk anak2 kita. Dunia hari ini semakin hari semakin maju. Kalau dulu orang tak kenal apa itu komputer, tapi sekarang disetiap sekolah dah ada bende tu. Kita sepatutnya mara kehadapan selari dengan perkembangan semasa. Mungkin untuk kita yang dah berumur terkadang sukar untuk menerima, tapi biarlah genarasi kita @ anak2 kita sentiasa selari dengan teknologi dan permintaan dunia.
IT & English antara yg mesti, tapi jangan terlalu menekankan anak2 kita dengan semua ini, cuma "sogokkan" perkara ini sedikit demi sedikit, lama2 nanti pasti nampak hasilnya.
Kita juga pernah melalui zaman kanak2, so fikir2kanlah kebaikan dan keburukannya.

Abafahim said...

Watan

Juga ditanya tentang kelemahan maths & science oleh wartawan TV3 & Prof Diraja Ungku Aziz tetap menjawab jawapan yang sama kerana puncanya pada bahasa. Daripada kecil sekiranya anak2 kita mampu menguasai BM dan BI, maka tidak timbul isu pengajaran sains & math dalam BI.
Tq for comment.