Betapa bengangnya aku apabila minit ke 87 perlawanan diantara MU dengan Barca, masa tu MU leading 1-0, tiba-tiba siaran ASTRO tergendala! Masa tu hujan renyai-renyai je.
Masa tu memang tengah betul-betul berdebar samada MU boleh menang atau Barca boleh score gol untuk seri dan pergi final. 3 minit plus masa tambahan macam-macam boleh jadi tu. Untuk pengetahuan, aku sokong barca sebab baju dia lambang UNICEF dan ada beberapa orang player Muslim, tapi kalau EPL, aku sokong MU dengan Sunderland.
Aku rasa ASTRO ni semakin menjadi-jadi lemaknya disebabkan monopoli dan tidak di letakkan dibawah suruhanjaya komunikasi. Dah la kalau terlupa bayar, kalau kena terminate, yuran penyambungan RM20, sekarang dah ada caj kelewatan RM10. Peruntukan mana dalam undang-undang dia boleh caj ni? Setahu aku, aku takda sign apa-apa perjanjian yang aku setuju pasal caj-caj ni?
Berdasarkan peruntukan undang-undang, ada beberapa isu yang boleh dibangkitkan disini kalau nak bagi ajar sikit ASTRO ni;
i) Misrepresentation: kegagalan untuk 'disclose' peruntukan-peruntukan tertentu yang menjadi teras kepada pelanggan semasa membuat pemilihan untuk menerima atau tidak oleh pihak ASTRO (seperti caj penyambungan, denda lewat etc) boleh menjadikan perjanjian tersebut 'voidable' atau boleh tak sah.
ii)Unilateral agreement : Perjanjian sepihak dan pihak pengguna tidak diberi hak untuk tidak bersetuju. Kalau tidak silap aku ASTRO pernah menghantar notis sekiranya khidmat ASTRO ditamatkan lebih awal daripada 2 tahun, maka pengguna boleh dikenakan denda sebanyak RM500. (kecuali pada pakej-pakej yang ditawarkan tentang adanya persetujuan untuk tertakluk pada tempoh masa tertentu).
iii) Unfit for purpose : Macam masa aku tengok bola tadi la, hujan renyai-renyai tapi tiada siaran. Bermaksud kita tidak mendapat pulangan sepertimana pembayaran yang kita lakukan.
Setakat ini itu sahaja terlintas difikiran aku dan sekiranya ada peruntukan undang-undang lain yang boleh bagi ajar ASTRO ni, aku maklumkan.
p/s: Aku langgan ASTRO ni pasal siaran lansung bola je. Harap kerajaan dan suara-suara pakatan rakyat boleh tolong kami ajar ASTRO ni. Sekurang-kurangnya untuk peminat bola macam aku ni, tolonglah tarik balik monopoli ASTRO untuk siaran lansung bola. Confirm aku tak langgan ASTRO lepas tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Wah apa lagi abafahim, saman jer la Astro tu..Silap-silap dapat remedy "Percuma Astro sepanjang Hayat". Hehehe
ler kek sini lak citor eh.
Astro memang sampah. Hujan sikit je dah tak boleh tengok. Dalam paper ada orang yang dah komplen. Dia bagi suggestion Astro tolak minit-minit yang tergendala dari subcription fees.
Macam kau cakap, Astro memonopoli bisnes nih, tu pasal la suka hati mak bapak dia nak charge macam-macam and blom ada orang lagi yang nak pegi Court fight ngan Astro pasal benda ni.
Aku menunggu je kalau ada orang nak saman Astro pasal benda nih.
Kalau aku kaya nak mampos, aku beli Astro pastu aku terus tutup kompeni. Saja nak lepas geram hahahahaha
Satu lagi aku lupa. chanel 815 khas untuk golf. Kenapa ada jugak golf kat chanel lain? Golf bukan sukan untuk semua. Orang yang ada duit je bole main menatang nih. Tak macam bola atau sukan lain, sesiapa pun bole main. Kat depan rumah pun boleh main bole. Eh! aku tak rasa golf ni suatu sukan. Pukul sekali, pastu jalan, pukul pastu jalan lagi. Apa la. Orang nak mati pun boleh main. Janji boleh pukul tepat.
Kesimpulannya, golf kena tayang kat chanel 815 je. Jangan kacau chanel lain. Aku nak tengok sukan!!!!!!!
Wei Cohong, suka ati diorang laa nk tayang golf ke tidak. Aku pun main golf, suka tengok Channel 815 tu tp kt rumah parents atau pak mentua aku laa, maleh nk subscribe utk 1 channel je, kakakaka!
p/s: sekarang dh minat tengok citer Geng Bas Sekolah...
-Mazda6-
Chanel golf 815 dah takda lagi.......
Walau aku tak main golf tpi aku suka siaran ni... tapi dah takda. Terus aku tak langgan astro lagi....
Chanel golf 815 dah takda lagi.......
Walau aku tak main golf tpi aku suka siaran ni... tapi dah takda. Terus aku tak langgan astro lagi....
Post a Comment