Aku terasa betul-betul sensitif apabila dikaitkan dengan ilmu terutamanya kepada anak-anak. Cadangan Kementerian Pelajaran semalam untuk memperkasakan BI dikalangan rakyat dikalangan luar bandar yang aku percaya kebanyakkannya orang melayu amat aku hargai.
Malah, seingat aku selain Prof Di raja Ungku Aziz, Dato Najib semasa penutup Perhimpunan Agng UMNO tahun lepas, ada menyatakan betapa pentingnya ilmu diajar pada umur anak-anak seawal 1 hingga 3 tahun lagi.
Sekali lagi, tanpa ada niat untuk meminggirkan bahasa melayu malah tetap memperjuangkan bahasa, aku rasa berdasarkan kepada keadaan keperluan dan kehendak masakini, BI hendaklah dikuasai. Kalau bukan kita, biarlah bermula dengan anak-anak kita.
Minta maaf kalau tidak bersetuju, tetapi berdasarkan kepada pengalaman sendiri, aku ada merasa rendah diri dan kurang yakin apabila gagal berkomunikasi dengan baik didalam BI, terutamanya didalam bidang aku yang menuntut komunikasi-komunikasi dengan pelanggan dan pihak-pihak antarabangsa berlaku dengan efektif.
Pengalaman Datuk Zam bekas Menteri Penerangan Malaysia diwawancara oleh Al Jazeera didalam BI semasa berlakunya perhimpunan bersih perlu dijadikan pengajaran agar ianya tidak dijadikan bahan ketawa oleh pihak-pihak yang cuba merendahkan martabat orang lain.
Maka, aku ingin menggesa kerajaan agar selain daripada program-program pembelajaran BM dan BI diperingkat persekolahan rendah dan menengah, penekanan dan kesedaran hendaklah bermula daripada umur kanak-kanak seawal 1 hingga 3 tahun dengan mewujudkan taman-taman asuhan kanak-kanak didalam bahasa pengantaran BI tanpa meminggirkan BM. Buktinya, ramai anak-anak melayu yang dihantar di Taman Bimbingan seperti Smart Reader, Montessori (sekadar beberapa nama) yang menggunakan BI sebagai bahasa penghantar, mereka bukan sahaja boleh berkomunikasi dengan baik didalam BI tetapi juga didalam BM.
p/s: Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah dihantar oleh ibunya kepada pengasuh semasa usia kecil lagi bagi mempelajari dan menguasai bahasa Arab dengan baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Finally I discover one who shares my thought. Exactly we need to improve our English but not in a destructive way as what is happening to Maths and Science. Our students are weak in both subjects plus they also are traumatised by English. Like what IIUM doctors used to do, instead of giving medication for toothache they give some kind of medication for stomachache.Fikirlaa sendiri apa maksudnya...
I agree with you regarding the importance of the English Language.I feel sad looking at the majority of our Malay generation now who can't express themselves in International conferences due to the language factor.
this is good one, bro.
By reverting the medium of instruction for Maths and Science back to english, the students suffered. They would not be able to maintain the continuum because of the added burden of trying to muster the english language while learning the subject.
Selamat datang ke bloggers' world. Agak baru anda memblog dah ramai jg yg komen. Atuk ni dah lama, on and off, takde orang nak komen. Gaknya Atyk tak pandai nak promot. Anyway Atuk duk kat belakang Giant Ampangan. Nice to know you, neighbour.
Bagi aku, ini semua terletak pada ibubapa, penjaga kepada anak2 itu sendiri. Jika mereka memahami situasi dan permintaan masa kini maka mereka akan ikut peredaran zaman tersebut. Zaman sekarang nie zaman internasional dan IT, maka secara tidak langsung keperluan untuk Bahasa lain selain Bahasa Malaysia, seperti bahasa Inggeris dan 'basic information'mengenai IT adalah satu kemestian untuk terus 'survive' dalam arus masa kini.
Kita semua pernah melalui zaman bayi, kanak2, remaja dan dewasa. So pasti ada beberapa perkara yang kita rasakan tak layak untuk generasi kita untuk merasakannya, contohnya penguasaan yang lemah dalam Bahasa Inggeris (macam Farid lalui) dan itu akan kita terjemahkan kepada anak2 kita. Bagaimana untuk menterjemahkannya, terpulang kepada individu sendiri.
Bagi aku sendiri, sejak umur 2 tahun SOFEA dah pergi sekolah yang ada English medium, hasilnya alhamdulillah, bukan hanya mak bapak lega, yang penting masa depan anak itu sendiri sudah ada cahaya yang bakal menyuluh perjalanan hidupnya nanti.
Tapi biarlah sama rata dan jangan terlalu mendesak, kerana zaman kanak2 adalah masa untuk bermain, kita laluinya hanya sekali dalam seumur hidup kita.
english tak penting. yang penting tumpuan kita pada R&D, product development and kualiti kerja. lepas tu cakap la dlm bahasa Melayu dan org terpaksa dengar sebab ilmu itu milik kita. mcm pemain bola yg hebat spt ronaldinho ckp sepanyol dan brazil, dunia terpaksa dengar dia ckp sebab kualiti kerja yg bagus dan dunia terpaksa belajar bahasa jepun dan korea sbb nak belajar kehebatan teknologi mereka.
lagipun kalo betul nak orang kita belajar english, biarkan sja mereka ckp english slang melayu. ini tidak...bila mereka silap sebutan saje cepat2 kita nak betulkan, smpi mereka jadi malu nak cakap english. selalu sgt org kita mencari salah org. mgkn ini juga strategi bangsa lain agar org melayu tak ckp english sbb asik kena tegur kalo mereka silap sebutan dan dan org kita mmg suka mcm tu...merendah2kan bangsa kita sendiri bila ckp english. kononnya ckp english tak betul la, teruk la, tergagap la. bilo nak pandai kalo mcm tu. bangsa lain kat dunia ni ckp english guna slang mereka, dunia tak kisah pun. asal faham dh la. baru la kita cepat maju.
"bahasa Melayu kebanggaan ku. mereka terpaksa dengar aku cakap melayu kerana mahu belajar sesuatu dariku". - perlu kita tanam dlm jiwa sampai bilo2.
Paneh,
T.Kasih atas pandangan anda, jiwa dan raga saya masih memperjuangkan bahasa Melayu, malah saya pernah berhujah dihadapan Y.A Dato' Arifin Jaka berdasarkan Peruntukkan Undang-undang bagi membantah petisyen-petisyen diMahkamah didalam Bahasa Inggeris. Malangnya ditolak. Cuma, sekiranya kita menguasai lebih daripada 1 bahasa, maka ianya akan memberi banyak kelebihan pada kita tambah lagi kita berada didalam dunia tanpa sempadan yang penuh persaingan.
Cikgu,
Kalau free2 boleh la minam skali.
Post a Comment