Friday, April 18, 2008

Perpaduan melayu?

Selepas PRU12, ramai yang menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang malang dan sangat menyedihkan. Tak dinafikan bagi kebanyakan orang-orang melayu merasakan hak-hak mereka semakin terhakis disamping kebimbangan mereka terhadap generasi anak-anak melayu akan datang malah ada yang menyatakan betapa bertuahnya kaum-kaum lain hidup dinegara kita. (Penulis tidak perlu menyatakan perkataan Islam disini kerana pada penulis apabila ia melayu ia adalah orang Islam)

Ada juga rakan penulis yang menyatakan kita perlu perpaduan Islam dan bukannya perpaduan Melayu. Maka adalah malang sekiranya ramai diantara kita berfikiran sedemikian rupa kerana pada penulis apabila orang-orang melayu bersatu, maka secara tidak lansung Islam di Malaysia juga bersatu. Malah, dikatakan satu-satunya bangsa didunia, apabila dikatakan melayu mestilah dia seorang Islam (kecuali murtad). Kalau dilihat bangsa Arab, terdapat Arab kristian, Islam dll.

Begitu juga, kalau kita inginkan perpaduan Islam sahaja semata-mata, mengapa Allah jadikan manusia itu berbangsa-bangsa? Kenapa tidak Tuhan jadikan satu bangsa sahaja iaitu Arab. Dalam hal ini, kata Tok Guru Hikam 'nak nyata Tuhan Maha Kaya'.

Maka, orang-orang melayu bukan sahaja UMNO malah parti-parti lain, wajib sedar dan bangkit daripada episod lalu dan percaya bahawa bangsa Melayu ini perlu dipertahankan kedaulatannya selepas dijajah selama hampir 500 tahun.

Dalam tempoh 500 tahun tersebut, berdasarkan sejarah hanya kedengaran Sultan-sultan, pembesar-pembesar Istana dan tokoh-tokoh Ulama Melayu sahaja yang mengenangkan anak cucu mereka akan datang mengetuai orang-orang melayu bermati-matian memperjuangkan Tanah Melayu daripada cengkaman Penjajah-penjajah. Kemudiannya, apabila negara ingin mencapai kemerdekaan, British mengenakan pra-syarat sebelum kemerdekaan agar orang-orang melayu terpaksa mengorban keistimewaanya sebagai penduduk asal Tanah Melayu ini dengan menerima bangsa-bangsa lain yang datang ke Malaysia semata-mata atas faktor-faktor ekonomi sebagai rakyat Tanah Melayu diatas prinsip Jus Soli bagi mendapatkan kemerdekaan.

Maka, adakah salah sekiraya bangsa melayu ingin menjaga dan membela hak-hak mereka yang baru sahaja dikecapi 50 tahun berbanding perjuangan dan kesengsaraan datok nenek mereka selama 500 tahun?

p/s: Yang syahid ketika berjuang mempertahankan tanah melayu pada zaman-zaman dahulu adalah datok, nenek moyang kita.

6 comments:

cohong gym said...

satu perkara yang pasti, majoriti orang melayu ingin mempertahankan hak-hak keistimewaan, tetapi apa yang menyedihkan ialah ianya dipolitikkan orang ahli-ahli politik yang tidak bertanggung jawab. Mereka ini kononnya membela nasib dan hak orang melayu tapi apa yang diperjuangkan adalah untuk membesarkan perut mereka sendiri

Abafahim said...

Watan;

Sila rujuk kembali penulisan saya, apabila dikatakan orang-orang melayu, maka mereka adalah Islam (KECUALI MURTAD, ayah pin, joshua, Noaraishah bukhari, lina joy, mereka semua adalah MURTAD.

Anonymous said...

kadang kalo kito tak perlu nak explain byk kek orang yg pendek akal. kang kito la jadi cam dio. Melayu always known as Islam.

Cikgu Din Sakura said...

Tak juga Farid, PRU 2004 UMNO ada 100 kerusi parlimen dari jumlah 200. Sekarang ada 83. Tambah lebih kurang 30 dari PKR (essentially a malay-based party with a multi-racial front) dan 25 dari PAS, sudah menjadi 140 lebih kurang. Kedudukan Melayu bahkan meningkat. Yang bungkus adalah MCA dan yang lingkup terus adakah MIC dan Gerakan.

paneh said...

ada kesilapan fakta tu. UMNO cuma ada 77 kerusi parlimen, Pas 23 kerusi dan keadilan tak pasti ada berapa kerusi yg dimiliki oleh org Melayu. sila rujuk spr. tak smpi 140 pun. bahkan kerusi Melayu makin kurang berbanding dulu. kita bercakap mesti berlandaskan fakta wahai cikgu din sakura. kuasa Melayu makin terhakis.

Anonymous said...

Saya rasa kuasa melayu tidak terhakis, bahkan semakin kuat, yg terhakis adala kuasa UMNO.
UMNO mesti sedia bertukar wajah!!

Untuk makluman tahukah anda persepsi org melayu terhadap UMNO?

-Parti elit yg diselabuti dgn ego, rasuah dan hipokrit. (Tapi x semua pemimpin UMNO rasuah, ada juga yg jujur...)

Secara jujur saya sebangai golongan yg tidak berparti berpendapat... UMNO harus berubah wajah..kalau ingin disokong.

Zaman sekarang rakyat menjadi perotan kepada pemerintah!! Zaman UMNO utk bersenang lenang seperti di era2 70 an, 80 an dan 90an sudah tamat!! UMNO harus bangkit dari mimpi!!!

Parti pembangkang pula hanya menunggu masa utk di rotan hanya jika mereka gagal melaksanakan tugas..

Jangan menyalah bangsa sendiri jika tidak menyokong mereka...
Adalah dayus begi rakyat memilih pemimpin yg korupsi..

Org melayu kena menstabilkan minda.