Sumber: Utusan Malaysia ruangan Bisik-bisik 21.6.2008.
Awang terkejut dengan reaksi Timb. Presiden MIC, G.Palanivel terhadap kenyataan Dr Mahathir berhubung isu hindraf.
Beliau bukan sahaja membidas malah membangkitkan asal usul Dr Mahathir. Pada awang ia keterlaluan
Sepatutnya beliau menunjukkan kematangan dan bukannya emosional sehingga kelihatan menghina negarawan yang banyak berjasa.
Lagipun pandangan Dr Mahathir banyak dikongsi oleh banyak pihak terutama ramai orang melayu di akar umbi yang melihat Hindraf sebagai gerakan pelampau.
Wajarkah MIC ghairah menyokong kumpulan yang memfitnah dan mensabotaj negara diperingkat antarabangsa serta merusuh dan melanggar undang-undang? Bagaimana pula jika ada pertubuhan melayu atau kaum lain bertindak demikian?
Selama ini, para pemimpin Melayu berani mengambil risiko menentang golongan pelampau agama dari kalangan kaum itu kerana lebih mengutamakan keselamatan negara dan kepentingan semua kaum.
Tetapi nampaknya Palatnivel dan mungkin ramai lagi lebih utamakan kaum mereka. Dan siapa sebenarnya menyokong pelampau?
Awang - Anti pelampau kaum.
p/s: Selalu perhatikan peguam-peguam yang kononnya perjuangkan hak asasi manusia tidak bercampur dengan peguam-peguam lain dan seolah-olah mereka ini perasan ada kelas dan style yang tersendiri. Mereka ini biasanya mempunyai muka yang sangat membosankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ada pdgn di klgn orgramai mengatakan bahawa peguam2 yg sibuk dgn perjuangan hak asasi, biasanya nak menutup keadaan kerja2 perundangan mereka yg tak berapa bagus.
Entahlah...
Post a Comment