Wednesday, October 8, 2008

Janji dikota!

Pak Lah telahpun mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding jawatan Presiden UMNO mac tahun depan walaupun pelbagai spekulasi dan cubaan-cubaan saat akhir penyokong-penyokong Pak Lah untuk memastikan Pak Lah terus kekal sebagai Presiden Umno sehingga Jun 2010.

Bagi aku keputusan ini adalah satu sejarah dan menjadi satu titik tolak bukan sahaja bagi UMNO tetapi rakyat Malaysia untuk terus menumpukan usaha sehabis baik bagi menangani masalah ekonomi negara dan rakyat yang semakin meruncing.

Selepas berlaku pelbagai polemik dari luar dan dalam kerajaan, maka, pada saat inilah BN perlu bersatu untuk memastikan mereka kembali meraih sokongan rakyat dan seterusnya mentadbir kerajaan dengan tekad serta azam yang baru.

Sebagai ahli Umno, keputusan Pak Lah benar-benar dipuji dan jasa-jasa beliau selaku Presiden dan PM tetap akan dikenang. Segala kelemahan yang lalu perlu menjadi teladan kepada pimpinan baru agar tidak lagi berulang.

P/s: walau ramai yang sukakan Tan Sri Isa untuk bertanding TPM termasuk aku, tetapi atas dasar keupayaan, reputasi dan karisma Tan Sri Muhyiddin nampaknya adalah calon terbaik.

9 comments:

Anonymous said...

TS Isa? Wakwakwakwak...kuikukuikuikui....kahkahkah....udah udah lee, dah takde orang lain ke? Anyway, at least you dare to admit that TS Muhy is a better choice unlike TS Isa himself and some ppl like Nor Jazlan etc

Anonymous said...

Hmmmm... aku rasa baik Muhyiddin b'tanding Presiden tarus, dan Tan Sri Isa Timb Presiden UMNO, w'laupun aku rasa dia still go for Naib Presiden.

Aku yakin sokongan kpd Tan Sri Isa masih kuat sama spt sebelum beliau dikenakan tindakan tatatertib 3 tahun lps.

paneh said...

p/s: Berita ini hanya untuk tatapan Abafahim.

ENGGAN memotretkan dirinya masih berada di belakang, penyanyi Farah Asyikin Zulkifli kini cuba untuk tidak terlalu menceritakan perihal bekas suaminya, Dr. Fariz Yahya.

Kata Farah, bukanlah bermakna dia akan mengelak terus daripada menjawab soalan-soalan berhubung Fariz. Namun, semuanya bergantung kepada soalan tersebut. Jika dia rasakan tidak boleh menjawabnya, jadi lebih baik berdiam sahaja.

Seperti baru-baru ini, dia rasa sungguh kecewa apabila dikatakan terkenang bekas suami untuk menyambut Hari Raya.

"Saya tak nak nanti orang kata saya terhegeh-hegeh pula. Kalau boleh selepas ini saya inginkan sesuatu yang lebih menarik dan bukannya menuduh saya yang bukan-bukan lagi.

"Saya faham yang cerita sebegitu lebih mendapat perhatian pembaca. Namun, mereka yang membacanya akan fikirkan berlainan daripada apa yang saya fikirkan. Itu yang susah dan saya tak tahu nak terangkan bagaimana lagi.

"Saya tak nak orang gambarkan diri saya masih di belakang. Saya hanya ingin terus bergerak ke hadapan.

"Bagaimana saya nak mara ke hadapan jika hal seperti ini masih menahan saya dari bergerak? Benda yang lepas biarkanlah berlalu," luah Farah yang tertekan dengan situasi tersebut.

Sebelum penyanyi berusia 29 tahun ini memenangi anugerah Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008, dia akui kurang cerita mengenainya dihebahkan media.

Selepas berita Farah bercerai dengan Fariz pada 26 Mei lalu mula tersebar, namanya kembali menjadi sebutan.

"Kalau boleh saya tak nak terlibat dengan semua cerita sebegini. Saya nak orang kenal saya sebab muzik," ujar Farah yang kini sibuk dengan road tour jam tangan Roscani.

Tambah wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini, dia juga mendapat tawaran melakukan show yang tidak putus-putus sejak bulan Mei lalu hingga sekarang.

Selain itu, Farah juga sibuk mengumpul material album keduanya di mana turut memuatkan single Hello yang sedang diputarkan di corong-corong radio tempatan sekarang.

"Saya memang nak sibukkan diri," tutur Farah yang turut meluangkan masa melakukan kerja amal.

Menurut Farah, sudah lama dia melakukan kerja amal untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

"Pada minggu kedua raya saya menziarahi kanak-kanak yang menghidap kanser. Saya seronok apabila melihat mereka gembira," ulas penyanyi lagu Tak Ingin Akhiri ini.

Dalam pada itu, penyanyi yang ingin menguatkan asasnya dalam bidang nyanyian terlebih dahulu ini turut meluahkan rasa syukurnya apabila dirinya semakin diterima ramai dalam industri hiburan tanahair selepas kembali pada tahun 2005 melalui program realiti Malaysian Idol 2.

Sebelum itu, Farah pernah menyertai industri ini pada tahun 1999 sehingga 2002.

"Saya bersyukur sebab orang dah tak cerita lagi tentang gosip saya dengan Mark One In A Million dan Maya Darina yang mengganggu saya dulu. Saya nak kaitkan diri dengan benda lain yang mendatangkan untung. It comes with a price.

"Jika saya dikaitkan dengan gosip-gosip ini, nama saya memang naik tetapi buat apa kalau rapo saya tak bagus. Negatif ada la.

"Orang perlu fikir juga yang saya perlu menjaga nama. Contohnya sekarang ini saya bergelar duta Roscani. Saya perlu juga menjaga amanah untuk mempromosikan produk tersebut," beritahu penyanyi yang berzodiak Scorpio ini lagi.

Di sebalik semua cerita baik dan buruk mengenainya, Farah menerima setiap perkara yang berlaku kerana dia pasti segala-galanya mempunyai hikmah tersendiri.

"Saya nak kata ketentuan jalan cerita tu, ia dah jadi macam tu. Dugaan tu datang menimpa-nimpa dan saya menerimanya. Walaupun saya tak bersemangat lagi, tetapi saya pasti ada hikmah untuk mengelaknya.

"Bagi saya, akan ada keseimbangan di sebalik setiap cerita. Walaupun cerita peribadi artis dihebahkan, ada juga sesuatu untuk menolong dan membina karier artis itu," jawab Farah yang cuba untuk tidak membaca akhbar bagi mengelakkan dirinya beremosi lagi.

cohong gym said...

Aku pun rasa TS Muhyiddin lebih layak

Anonymous said...

Aku fikir TS isa tak yah bertandinglah atas alasan hari ni UMNO ni dah makin parah..dengan memegang nama sebagai pesalah politik wang aku rasa lebih baik beliau bekerja dibelakang tabir je...tak perlulah jadi cam Zahid Ibrahim ke Mat Taib ke...ini semua pesalah yang dibawa masuk..tak de weight untuk UMNO..kita menilai pemimpin bukan atas dasar kepetahan bercakap, kekayaan atau yang berpendidikan tinggi...kita nak pemimpin yang jujur..mesti bersih dan sentiasa bersih...berjuang pada kebenaran walaupun tak jadi populis..dan mestilah bijaksana..Jadi harap harapnya TS isa tu takyahlah tawarkan diri..bagailah kat TS Muhyiddin yang aku rasa buat masa ni belum jadi pesalah politik...kurang kurang pun kita nampak yang harini TS Muhyidin yang agak vokal dan berani menegur..yang lain..malas nak cakaplah..sibuk nak tawar diri je..tolong lah woi...tolong cermin cermin diri...jangan jadi pak lawak...

pekembar said...

elok isa dok diam2. kita xnak musuh amik kesempatan menghentam umno lagi lepas ni. rekod dia dah buruk. buek keja belakang tabir jelah. nak berbakti tak semestinya pegang jawatan.

tepet said...

Assalamualaikum

weh slamat arie rayo... xsangko ko pun dah lamo berblog nih..... ahaks... kocik btul dunia ni... aku baru je nak aktif... by da way den nak link kan blog hang.. bolih yo.... kengkurang ado gak lowyer kalu den kono saman berblog ni hik hik hik... opis ko nak pakai kerani x?.. bini den lamo dah nganggur ..dio ada degree fin dr uitm.. mano la tau kut ado kosong...tak pun ada memember ko nak pakai org ko.. inform lah...

Iwan said...

Confirm T'Sri Isa bertanding Naib...

Farah Asyikin bertanding kerusi apo plak? Kekeke...

Abafahim said...

paneh= tak relevan ler..tgh citer hal negara nih!

Tepet: ayul ke? Time kasih singgah. Lain kali sggah gi.. ;)

Midi: Tok Isa buat tindakan bijak..farah asyikin tu sila tanya en paneh.