Friday, November 14, 2008

Our future is in the hands of our next generation!

Sumber: Utusan Malaysia 14.1.2008

Kurikulum Permata diperluas ke pusat asuhan tahun depan – TPM

Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kurikulum yang diguna pakai di Pusat Permata di seluruh negara akan mula diperluaskan ke pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak kendalian kerajaan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kurikulum yang telah diluluskan Kabinet itu akan dapat memastikan perkembangan yang holistik dari segi emosi, rohani, sosial dan intelek bagi pembangunan potensi kanak-kanak di bawah usia empat tahun.

‘‘Kurikulum ini telah pun dilaksanakan di 14 buah Pusat Permata Negara di seluruh negara dan daripada penilaian yang dilakukan, kita mendapati ia sangat berkesan.

‘‘Jadi, tahun depan kita akan mulakan secara berperingkat-peringkat melalui kerjasama dengan beberapa buah kementerian dan agensi yang berkenaan,’’ katanya.

Najib yang juga Pengerusi Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Secara Holistik yang bertemakan Setiap Anak Permata Negara di sini hari ini.

Nota: Konsep pelaksanaan pusat asuhan Permata Negara menekankan soal pendidikan awal kanak-kanak sejak bayi sehingga mereka berusia enam tahun.Pusat Anak Permata Negara tidak menekankan kepada pendidikan formal sebaliknya berteraskan pembelajaran yang memberi keseronokan kepada kanak-kanak.

p/s: I have been waiting for this news for so long. I've always believe that proper education must start as early as 1 years old. I hope that this move will be able to identify our children strength in their early age and will manouvre their strenght until they can contribute positively for this country and of course i do believe, malays will be benefited much from this programme especially the lower income group!

Now, their children can have the same system of education with those who are capable to send their children into private nursery schools. BUT please, QUALITY teachers are crucial for this programme!

3 comments:

paneh said...

lamanya ko tunggu bro. lebih baik ko cadangkan sblm ni berbanding tggu pemimpin buat pengumuman. masalah kita adalah tidak mahu mencadangkan atau buat keja lebih skit.

Abafahim said...

Tengok dulu posting-posting terdahulu bro! kan dah lama aku cadangkan..

ye lah..citer pasal ilmu ni memang ramai malas ambik tahu dan tak ingat..

paneh said...

den tau ko posting. setakat cadang dlm blog buat apa bro. lainlah blog ko viewer berjuta mcm che det. kasi tulis dlm paper la. up skit.