Saturday, May 31, 2008

Bapak Dafi AF jadi hero!

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini meminta Datuk Mokhzani yang keluar daripada UMNO minggu lepas, melepaskan jawatan sebagai Pengerusi SIC atas alasan jawatan itu hak kerajaan.

Ismail Sabri hari ini juga tidak menghadiri majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran SIC yang diadakan di Kementeriannya sehingga majlis perasmian terpaksa ditunda lewat bagi menunggu kehadirannya yang tak kunjung-kunjung tiba.

Yang menariknya, pada semua masa, beliau sendiri berada dibangunan dimana berlansungnya perasmian tersebut.

Berita diatas benar-benar mengejutkan saya sebab alasan yang diberikannya lansung tak masuk akal!! Bapak dafi ni sedar tak yang terdapat tetamu-tetamu termasuktetamu dari negara-negara asing yang sama-sama menunggu dia?

Kalau tak nak datang berbudi bahasa la macam orang melayu, sekurang-kurangnya bagi la alasan kena cirit birit ke?, bini panggil balik suruh makan ke? atau nak tengok rancangan Dafi nyanyi live di ASTRO Ria ke? Berbudi bahasa la sikit!!!

Aku rasa punya lah banyak jawatan-jawatan kerajaan yang dipegang oleh orang-orang bukan ahli UMNO macam Lee Lam Thye, Pengerusi PLKN, Ahli-ahli Lembaga-lembaga SUHAKAM, Jawatan-jawatan dan keahlian dalam PAC dan lain-lain organisasi yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Tambahan lagi, Sepang International Circuit SIC adalah badan yang terlibat dalam sukan permotoran negara yang mana jelas sepatutnya tidak ada campurtangan atau pengaruh mana-mana parti politik!.

Kalau dilihat contohnya didalam peraturan FIFA, sekiranya terdapat mana-mana campurtangan kerajaan terhadap persatuan bolasepak yang bernaung dibawah FIFA, maka persatuan tersebut akan digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan FIFA.

Malang sungguh, ramai orang cakap, bapak dafi ni dilantik jadi Menteri Belia dan Sukan sebabkan populariti anak yang tak berapa popular tu. Kalau tak pasal anak dia tu, mungkin P.Lah sendiri pun tak perasan mamat ni.

Aku pernah tengok Bapak Dafi ni masa perjumpaan dengan pemain-pemain golf professional dalam Buletin Utama, tetamu-tetamu ramai datang nak salam dengan dia dalam bilik dia, yang peliknya, biasanya budaya kita, kita bangun dan salam tetamu-tetamu, dia ni selamba salam sambil duduk macam tuan besar!!

p/s: Atau sebenarnya dia nak sound bapak Mokhzani?, tapi tak berani. Sound anak pun ok la. Mamat ni sama taraf dengan zaid ibrahim rupanya.

Friday, May 30, 2008

Suara Hati kawan baik Ezam

Sumber: Chegubard.

sejak semalam beribu sms, email dan panggilan telefon yang diterima....tiba - tiba gempar isu nak ikut Ezam masuk Umno....

Telefon di rumah ibu saya turut dihujani panggilan ..... telefon bimbit isteri saya juga..... reaksi bercampur ada yang sedih merayu untuk turut bersama... ada yang gembira dengan khabar angin tersebut... ada yang secara 'keras' memohon penjelasan... dan ada juga yang maki hamun tak tentu arah.... isteri saya dan ibu saya turut di maki oleh mereka yang kononya pejuang dan pemimpin Parti Keadilan.

antara sms yang saya terima seperti di bawah :

"Chegu bard tlg hentikn lakonan! Kami tahu kau dalang blog antikhairy. Kau biasa buat kerja menyamar hantar email tipu konon2 bantai kutuk diri sendiri, lepas itu kau sendiri jawab. Jgn brlakonlh sial!! kami tahu itu kerja bodoh kau! Apa tujuan kau adakan cerita ezam nk ajak kau masuk umno? ada ati nampak kau setaraf ezam? Pantat mak kau lah bard!" (sms dari 0166208767)

ada beberapa sms ke telefon isteri saya yang lebih parah bunyinya...

saya hubungi no itu semula dia kata dia Zaidi, Kelang. Saya cuma bercakap saudara bebas bercakap tapi jangan libatkan makian terhadap keluarga saya.... tapi beliau dengan kasar menuduh " kau sapa...kau tak tubuh gerak pun... kau sama sial macam Ruslan .... " tapi bila diajak berjumpa untuk penjelasan beliau beri alasan...

Ingin saya jelaskan........

1. kenapa kita perlu terpengaruh dengan laman atau blog nyamuk yang penulisnya berselindung dan jelas pro parti lawan..???
2. merujuk kepada berita Malaysiakini ingin diperjelaskan
* saya mengambil pendirian tidak komen bukan semestinya saya mengikuti Ezam
* saya tidak komen kerana saya tidak mahu buang masa dan terperangkap dengan isu yang remeh ...banyak isu dan kerja lebih besar yang perlu diselesaikan
* 'perjumpaan sulit' ....pertemuan saya dengan Ezam bukan pertemuan sulit memang benar saya jumpa dengan beliau.... kami berbincang banyak perkara termasuk menngenai GERAK yang saya bantu beliau tubuhkan, kerana bukan sedikit masa, tenaga dan wang dikorbankan untuk membina GERAK sehingga dikenali di tahap sekarang ini dan jika benar Ezam mahu menyertai mana - mana parti politik GERAK perlu diserahkan kepada kumpulan bebas.
3. saya terharu dengan panggilan telefon dari teman - teman pemimpin pertengahan dan rakan pejuang di bawah .... saya paham kegusaran semua.... jesteru itu saya mohon semua bekerja keras untuk kepentingan rakyat terbanyak.... jangan kita termasuk dalam golongan yang pandai beri komen...cakap banyak dan kasar... atau hanya ampu dan muncul bila melihat peluang terhidang........tetapi bila dinilai tidak banyak pun membantu dan berada di tempat selesa bila masa memerlukan pengorbananya...
4. Ezam tidak pernah mengajak saya memasuki Umno jauh lagi menawarkan apa jua jawatan kepada saya.
5. memahami tidak akan pokok bergoyang tanpa ditiup angin.......... saya faham kemungkinan timbulnya kekeliruan ini kerana semua terjadi serentak... Ezam membuat keputusan masuk Umno-saya masih ada hubungan baik dengan Ezam dan juga pada masa yang sama saya ada melontarkan sedikit 'teguran' mengenai pengurusan dan kepimpinan.
6. mengegur tidak semesti membenci dan mahu berpisah.... saya melakukan demi menjaga kemenangan dan memahami penderitaan dan rasa hati teman yang sama berjuang....

Ini bukan kali pertama saya membuat 'teguran'.........tetapi hampir setiap kalilah saya dikaitkan dengan pengkhianatan....... dari semasa sebelum Pemilihan Kemaman saya di maki secara terbuka oleh kepimpinan NS kerana kononya saya mengkhianati perjuangan ...hari ini mereka yang maki sudah hampir semuanya tidak ada dalam perjuangan ini dan saya masih di sini.... begitulah semasa berlaku seolah krisis kepimpinan dalam pemuda saya berada di pihak yang tidak porpular saya di maki hamun secara terbuka namun sekarang ini saya masih di sini...dan kebanyakan mereka sudah tidak bersama.......

Ingat......... Perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata. Kita bercakap soal keadilan dan demokrasi.... maka dengarlah suara di bawah... ketika merenung langit dan jangan hanya bercakap pada burung tetapi turut ingat rumput yang di pijak........

Saya amat tidak suka menulis semua ini secara terbuka disini tetapi.......jangan hanya tahu maki hamun tapi cermin diri apa kita sudah buat dalam perjuangan ini...........

p/s: Macamana nak berjuang bad? Aku pergi melayari blog-blog aktivis PKR, semua cerita pasal krisis PKR. Macamana? Belum memerintah dah penuh dengan krisis.

Thursday, May 29, 2008

Masa yang sesuai untuk peralihan kuasa?

Ezam telahpun mengumumkan kemasukannya ke dalam UMNO dan saya benar-benar merasakan bahawa Pak Lah merasakan bahawa UMNO kini semakin kuat dan semakin berpengaruh.

Oleh yang demikian, sekadar memberi ingatan bahawa Pak Lah berjanji bahawa peralihan kuasa hanya akan berlaku sekiranya orang-orang UMNO bersatu dan mendapat sokongan akar umbi.

Apa kata sekarang dengan kemasukan Ezam, saya berkeyakinan penuh dengan senyuman penuh makna Pak lah, Pak Lah dan pemimpin-pemimpin UMNO disekelilingnya sekarang sudah tentu merasakan bahawa UMNO dah kuat dan bukan sahaja mendapat sokongan akar umbi, malah bekas pemimpin besar PKR pun dah masuk UMNO yang diyakini akan disertai dengan ahli-ahli PKR yang lain dan UMNO kini dah bersatu memandangkan duri dalam daging sudah 'keluar', MAKA, bukankah sekarang masa yang sesuai untuk peralihan kuasa?

p/s: Agak-agak ada alasan lain lagi tak?

Wednesday, May 28, 2008

SCOMI sebabkan lambakan bas-bas RapidKL?

Sumber: Siasah

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Hampir kesemua bas baru RapidKL dibekalkan oleh anak syarikat Scomi Berhad yang dipengerusikan oleh anak Perdana Menteri, Kamaludin Abdullah.

Begitu juga bas-bas baru RapidPenang, ia juga dibekalkan oleh anak syarikat Scomi itu.

Akhbar Utusan hari ini menyiarkan di muka depannya gambar lautan bas City Liner, Park May dan Intrakota yang memberikan khidmat kepada warga kota selama ini yang tersadai di depoh mereka.

Sebahagian besarnya dikatakan masih dalam keadaan baik tetapi tidak digunakan.

Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) membangkitkan perkara ini dalam Dewan Rakyat semalam.

“Kenapa gabungkan dua syarikat ini tetapi tidak gunakan bas-bas tersebut dan beli bas-bas baru,” tanya Bung Mokhtar yang mempertikaikan langkah itu.

“Saya ingin tanya kerajaan, adakah apa-apa yang tidak kena dalam penjelmaan RapidKL ini,” tanya Bung sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
Posted by Siasah at 6:58 PM

p/s: Harap kerajaan telus tentang isu ini! Kami mahukan JAWAPAN!!

Pemimpin Pembangkang Minta Maaf pada SPR

Sumber : Siasah


KUALA LUMPUR, 26 Mei: "Sayalah orangnya," kata anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi menjawab persoalan siapakah pemimpin pembangkang yang pergi meminta maaf kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman selepas pilihan raya umum lalu.

Menurut Wan Rahim, beliau bersendirian bertemu Rashid di pejabatnya di Putrajaya pada 13 Mac iaitu lima hari selepas pilihan raya umum ke 12 lalu.

"Saya memang minta maaf kepada dia bagi pihak kawan-kawan yang keterlaluan membuat kenyataan terhadap dia," kata Wan Abdul Rahim yang juga Timbalan Pengarah II Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Siasah.

Dalam pertemuan itu, beliau juga meminta Rashid yang akan tamat tempoh perkhidmatannya hujung tahun ini untuk meninggalkan legasinya tersendiri dalam SPR dengan membantu meningkatkan kualiti SPR.

Wan Rahim mengulas kenyataan Rashid yang sebelum ini mendakwa pemimpin parti pembangkang datang bertemu beliau meminta maaf dengan tindak tanduk mereka menjelang pilihan raya lalu.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS ada pergi memohon maaf kepada Rashid tanpa mengetahui tindakan Wan Abdul Rahim itu.

"Kami tidak boleh menerima tindakan-tindakan yang dibuat oleh SPR menjelang pilihan raya lalu, jadi tidak berbangkit kami pergi meminta maaf," kata Mustafa.

Antara yang tidak boleh diterima PAS adalah pemansuhan di saat akhir penggunaan dakwat kekal dan juga peraturan mati setem kepada borang penamaan calon yang tidak dikuatkuasakan semasa hari mengundi, kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Beliau yakin, tanpa peraturan dan pembatalan peraturan yang dibuat sendiri oleh SPR ini, PAS akan menang dengan lebih banyak kerusi lagi khasnya di Terengganu.

"Misalnya persoalan pengundian berganda ini, ia sememangnya berlaku di Terengganu dan jika peraturan dakwat kekal ini berjalan ia boleh menghalangnya dari berlaku," kata Mustafa.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahya Ali memberitahu Siasah, antara penemuan awal post mortem yang dibuat oleh PAS Terengganu adalah laporan dari Dungun yang mengatakan adanya unsur-unsur pengundian berganda melalui penggunaan kad pengenalan palsu.

"Setakat ini Jawatankuasa Post Mortem yang kita tubuhkan telah pergi ke Besut, Kuala Nerus dan Dungun. Antara laporannya tentang pengundian berganda ini," kata Yahya.
Posted by Siasah at 6:42 PM

p/s: Kalau pakatan rakyat kalah ituhari, memang lunyai Pak Rashid kena..Nasib la ada pemimpin pakatan rakyat yang datang minta maaf. Jadi, kempen BERSIH tu betul ke tidak??

Tuesday, May 27, 2008

Babi halal, Islam Hadhari Haram..

Semalam didalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, Exco Selangor dari Parti PAS, Datuk Hassan Ali dengan bersemangat dan lantang memutuskan bahawa segala aktiviti berkaitan Islam Hadhari adalah diharamkan samasekali di Negeri Selangor.

Tetapi Exco yang sama juga menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi untuk membolehkan ternakan mega babi dibenarkan di Selangor.

Walaupun, penulis tak berapa berkenan dengan pendekatan Islam Hadhari yang tidak jelas dan sentiasa berubah-ubah mengikut penceramah-penceramah tertentu, tetapi setakat ini tidak ada lagi nas-nas yang jelas atau ijmak ulamak yang menfatwakan pendekatan Islam Hadhari tu haram. Kalau ada salahpun, ianya dari segi penggunaan bahasa.

TETAPI kalau Babi ni dah memang terang-terang dalam Nas-Nas menyatakan ianya memang haram!

Adakah dimata pimpinan pakatan rakyat mengembala babi lebih mulia!!??

Wahai pimpinan-pemimpin, berfikirlah sebelum berkata, agar rakyat tidak melihat betapa bodohnya kata-kata dan tindakan-tindakan kita dikemudian hari.

p/s: Kalau PAS merasakan Islam Hadhari patut diharamkan, apa kata haramkan juga ternakan babi yang jelas bertentangan dengan hukum Islam? Bukankah lebih adil dan saksama. PAS yang menyatakan menjunjung Islam sebagai asas perjuangan akan lebih dipandang mulia kerana tegas dan konsisten terhadap apa sahaja perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sekiranya gagal, maka tiada bezanya permainan politik PAS dengan parti-parti politik yang lain.

Harga Minyak naik 0.30 sen hari ini?

Breaking news!

Khabar angin kuat menyatakan bahawa hari ini kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 0.30 sen.

Adakah perkara ini akan diumumkan selepas pemimpin-pemimpin pembangkang nampaknya bersetuju (berdasarkan kepada temuramah dengan Salahudin Ayub dan P. Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) untuk kenaikan tetapi hendaklah insentif seperti wang tunai etc diberikan kepada golongan-golongan yang berpendapatan rendah.

Kalau nak hentam kerajaan pun, tak tau nak cakap apa lagi la, sebab harga minyak pun dah hampir USD140 setong.

Bagi saya, saya merasakan satu cara yang paling baik dan berkesan untuk kerajaan membantu rakyat agar harga barangan tidak naik akibat kenaikan harga minyak ialah semua kenderaan-kenderaan perdagangan diwajibkan menggunakan kit NGV dan insentif-insentif tertentu diberikan oleh kerajaan kepada kenderaan-kenderaan perdagangan tersebut bagi menggalakkan penggunaan NGV yang mana nyata sangat menjimatkan.

Kita juga dapat melihat pada masa kini dah bahawa banyak kenderaan-kenderaan perdagangan termasuk lori treler dan bas-bas telah menggunakan kuasa gas.

Maka, selepas ini peniaga-peniaga sudah pasti tidak mempunyai alasan-alasan untuk menaikkan harga akibat kenaikan harga minyak.

p/s: Dah pakai NGV sejak tahun lepas. Sangat menjimatkan dan harap sahabat-sahabat atau rakyat Malaysia yang terjejas dengan kenaikan harga minyak beralihlah kepada NGV.