Semalam didalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, Exco Selangor dari Parti PAS, Datuk Hassan Ali dengan bersemangat dan lantang memutuskan bahawa segala aktiviti berkaitan Islam Hadhari adalah diharamkan samasekali di Negeri Selangor.
Tetapi Exco yang sama juga menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi untuk membolehkan ternakan mega babi dibenarkan di Selangor.
Walaupun, penulis tak berapa berkenan dengan pendekatan Islam Hadhari yang tidak jelas dan sentiasa berubah-ubah mengikut penceramah-penceramah tertentu, tetapi setakat ini tidak ada lagi nas-nas yang jelas atau ijmak ulamak yang menfatwakan pendekatan Islam Hadhari tu haram. Kalau ada salahpun, ianya dari segi penggunaan bahasa.
TETAPI kalau Babi ni dah memang terang-terang dalam Nas-Nas menyatakan ianya memang haram!
Adakah dimata pimpinan pakatan rakyat mengembala babi lebih mulia!!??
Wahai pimpinan-pemimpin, berfikirlah sebelum berkata, agar rakyat tidak melihat betapa bodohnya kata-kata dan tindakan-tindakan kita dikemudian hari.
p/s: Kalau PAS merasakan Islam Hadhari patut diharamkan, apa kata haramkan juga ternakan babi yang jelas bertentangan dengan hukum Islam? Bukankah lebih adil dan saksama. PAS yang menyatakan menjunjung Islam sebagai asas perjuangan akan lebih dipandang mulia kerana tegas dan konsisten terhadap apa sahaja perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sekiranya gagal, maka tiada bezanya permainan politik PAS dengan parti-parti politik yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Itu sebab la kita lihat Tun M tidak pernah menggunakan slogan ISLAM masa kepinpinannya.
Islam Hadari & parti Islam seMsia semuanya sama suka pakai perkataaan Islam.
Bagi Pas kita memang dah tahu sejak dulu lagi mempergunakan Islam utuk politik tapi kita hairan kenapa Pak lah pulak nak ikut Pas guna Islam hadari pulak.
Persoalannya Islam Hadari benarkan Pak Lah bersentuhan dgn Michell Yeoh ke atau benarkan anak isteri buka aurat ke?
Satu kesimpulan dapat dibuat PAS & Islam Hadari sama je perangainya. Lain kali jgn la kita sewenang-wenangnya guna nama Islam kerana perbuatan kia selepas itu hanya memalukan agama kita!
Assalamualaikum,
Sepatutnya kita tak perlu canang nak buat Islam, lepas tu kita buat yg tak betul. Sebab, nanti org nampak yg tak betul tu Islam.
Kita sepatutnya buat yg betul aje, lepas tu bila org nampak dan tanya, barulah kita canang inilah Islam.
Apapun, bila percaturan politik telah menguasai pertimbangan, maka akan terjadilah org Islam sendiri mengharamkan Islam Hadhari. Macam di Selangor.
Cuma satu pdgn peribadi. Tkasih.
Post a Comment