Monday, June 2, 2008

Jadi ke lompat?. Part 4

Dalam Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin ahli-ahli Parlimen BN akan kekal dalam parti itu walaupu mereka terus-terusan diumpan oleh pembangkang untuk melompat parti.

Menurut beliau, cita-cita penasihat PKR, Anwar untuk menawan Sabah menjelang 16.9.2008 ini adalah sekadar angan-angan.

Setakat ini, saya lihat Anwar sangat yakin, adakah anda percaya cita-citanya akan tercapai? Secara ikhlas, saya percaya ia tidak akan berlaku.

Karpal berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Tiada Niat Untuk Membunuh' disini hari ini yang mana ditulis oleh peguam T.Vijay yang didorong pengalaman beliau membela seorang pembantu rumah warga asing yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didakwa membunuh majikannya.

p/s: T.Vijay adalah master saya semasa chambering dan bekerja hampir 2 tahun dengan beliau. Beliau pernah nyatakan beliau tidak mengikut demonstrasi peguam di Putrajaya kerana ianya adalah didorong oleh faktor politik kerana Presiden Bar Council dan R.Sivarasa, Naib Presiden PKR adalah bersahabat baik dan tindakan Majlis Peguam mempertikaikan perlantikan seorang Hakim berbangsa Melayu di Mahkamah kerana gagal mematuhi peruntukan perlembagaan sedangkan perlantikan seorang Hakim berbangsa India tidak dibantah walaupun atas sebab yang sama.

2 comments:

cohong gym said...

Mr. Vijay janji kat aku nak bagi buku dia. Free hehehehehe.

Abafahim said...

Cohong;

Mintak kat dia satu. Cakap aku nak. Takkan kena bayar kot.Hehe!

Kalau dia bagi, nanti aku collect kat opis ko.