Tuesday, June 3, 2008

Tun Mahathir: Orang melayu cakap pasal kaum melayu dikatakan 'Racist', kenapa kaum lain tidak???

PERKAUMAN SEBAGAI MODAL. Sumber: www.chedet.com

Adalah agak menghairankan apabila orang seperti Param Cumaraswamy menuduh orang lain bersifat perkauman kata-kata mereka mendedahkan sifat perkauman mereka sendiri. Bagi mereka, seseorang itu “racist” (bersifat perkauman) cuma apabila bercakap mengenai bangsa Melayu dan keperluan mereka untuk berusaha mengejar pencapaian bangsa lain.

Tetapi, jika mereka bercakap mengenai masalah kaum lain yang tidak berasas dan tidak benar seperti membuat kenyataan karut bahawa kaum India Tamil di Malaysia menghadapi “penghapusan etnik” yang masyarakat tahu ianya tidak terjadi, ini tidak dianggap bersifat perkauman.

Cuma di Malaysia sahaja orang daripada kaum pendatang, atas kehendak mereka sendiri dikenali dan dikaitkan dengan negara asal mereka, telah diterima sebagai warga negara.

Di negara-negara lain, termasuklah di negara Barat yang demokrasi mereka begitu dikagumi, warga negaranya tidak dikaitkan mahupun diklasifikasikan mengikut negara asal mereka. Mereka juga selalu menggunakan bahasa kebangsaan, negara berkenaan, bersekolah dimana bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar dan menerima adat resam bangsa pribumi ataupun bangsa yang mula-mula menubuhkan negara itu (apabila bangsa pribumi telah dihapuskan secara terancang).

Tetapi di Malaysia walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang lain. Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa Malaysia.

Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum. Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.

Orang seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman. Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya mengemis didalam negara mereka sendiri.

Saya mengaku saya bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu, cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya. Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA – Internal Security Act).

Saya bercakap mengenai isu itu secara kritis kerana saya menganggap mendakwa diri kita sebagai tuan bila kita bukan tuan adalah aneh. Bagaimanakah boleh seorang pemandu Melayu yang memandu kereta kepunyaan orang lain menganggap dirinya “Tuan” dan pemilik kereta itu berkedudukan lebih rendah daripada dirinya? “Tuan” yang sebenarnya adalah pemilik kereta dan orang yang membayar gajinya.

Di dalam ucapan saya, saya menasihatkan orang Melayu supaya menimba ilmu dan kemahiran supaya boleh digunakan untuk mencari kekayaan bagi diri mereka kerana cuma dengan cara demikian sahaja mereka akan dianggap “Tuan” oleh orang suruhan dan pekerja mereka.

Adakah ini hasutan ataupun menghasut? Adakah membicarakan mengenai bangsa Melayu dan kepentingan mereka menjadi satu hasutan?

Sebaliknya, cuba kita teliti memorandum Hindraf kepada pihak British. Ramai termasuk kaum India tidak membacanya. Untuk mendapatkan sokongan kaum India Tamil, Hindraf mendesak pihak British supaya membayar gantirugi 1 juta pound sterling (lebih kurang RM 7 juta) kepada setiap orang kaum India Tamil yang terdapat di Malaysia. Ini sudah pasti berupaya mempengaruhi bukan sahaja mereka yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan dari keturunan Tamil India. Sudah pasti golongan pekerja kaum India terpengaruh.

Terdapat juga didalam memorandum Hindraf sedutan-sedutan seperti berikut yang jelas bersifat perkauman:

1) “Kaum India Komanwel yang merupakan rakyat yang mencintai keamanan di Malaysia ditindas oleh Kerajaan yang didokong oleh pengganas bersenjata kelompok ekstremis Islam telah dengan ganasnya melancarkan satu serangan bersenjata sebelum subuh dan memusnahkan Tokong Hindu Mariamman di Kampung Jawa pada pukul 4 pagi ini (15.11.07)”.

2) “Memohon kepada United Kingdom untuk membentangkan satu resolusi tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk “Penghapusan Etnik” di Malaysia”.

Saya tidak mahu menambah lagi lain-lain kenyataan yang begitu mengapi-ngapikan perasaan perkauman yang terdapat didalam memorandum Hindraf tersebut.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut mengenai ugutan yang dibuat oleh Hindraf didalam kesimpulannya;

“Kami risau kaum India berketurunan Tamil yang cintakan keamanan setelah dipinggirkan dan ditindas, semakin hari semakin teruk, akan pada satu ketika, secara terpaksa mengambil langkah keganasan sebagaimana yang terjadi kepada kaum Tamil di Sri Lanka.”

Adakah Hindraf bercadang menjadikan Malaysia sebagai Sri Lanka di Asia Tenggara?
Saya tidak percaya majoriti orang Tamil di Malaysia bersetuju dengan gambaran yang dibuat oleh Hindraf. Malangnya, seperti orang Melayu, cuma beberapa orang sahaja yang membaca memorandum yang sebenarnya. Jadi mereka menyokong Hindraf secara membuta-tuli.

Tetapi jika anda membaca apa yang telah saya nyatakan tidakkah anda akan membuat satu kesimpulan bahawa Hindraf dan Param Cumaraswamy, yang membantah penahanan mereka dibawah ISA bersifat perkauman, terutama di atas kehendaknya supaya saya ditahan dibawah Akta itu kerana menyatakan kepada orang Melayu supaya menyedari yang mereka bukan “Tuan” apabila mereka terpaksa mencuci kasut orang lain. Jika mereka ingin menjadi “Tuan”, mereka mesti menimba ilmu dan kecekapan untuk berjaya didalam kehidupan. Dan apabila mereka berjaya martabat mereka akan meningkat samada mereka dipanggil “Tuan” ataupun tidak.

Nampak jelas menurut Param Cumaswamy , bercakap mengenai orang Melayu adalah satu hasutan yang berbau perkauman.

Jadi siapa yang bersifat perkauman; Param Cumaraswamy atau Dr Mahathir?

Saya tidak akan meminta supaya dia ditahan.

Sebagai seorang peguam yang memahami undang-undang, dia perlu menilai dirinya samada dia seorang yang bersifat perkauman dan perlu ditahan atau tidak.

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 1:23 AM

p/s: Terbaca The Star, rencana pengarangnya iaitu Joceline mengatakan bahawa Tun Mahathir gunakan sentimen melayu untuk dapat sokongan. Begitu juga dengan ulasan Stephen Doss, Presiden Pemuda Malaysia mengatakan perkara yang sama. Kenapa Tun disalahkan!!?? Salahkah Tun menyayangi bangsanya sendiri dan ingin melihat bangsanya berjaya. Yang mengecewakan orang melayu sendiri ramai tidak sedar, malah memperjuangkan hak kaum lain. Bull****!!

7 comments:

Watan Marhaen said...

TDM juga memperkenalkan BI dalam Sains dan Matematik tetapi dia tidak pernah pun memikirkan akibatnya.

Satu lagi persoalan, secara jujur bagaimana sebenarnya penerimaan rakyat Malaysia di Semenanjung terhadap Sabah dan Sarawak? Bunyi macam racist dan memangpun racist tetapi sebenarnya penting untuk survival Malaysia.

Abafahim said...

Watan marhaen

Tidak salah dan rugi sekiranya menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kaum lain boleh menguasai 3 bahasa, kita hanya menguasai 1 bahasa sahaja. Saya rasa amat rugi.

Penguasaan sesuatu bahasa adalah bermula dari kesedaran. Begitu juga kesedaran TDM agar anak2 melayu boleh menguasai BI. Selain daripada waktu Subjek BI, masa bila lagi mereka boleh didedahkan dengan BI?

Adakah satu kesalahan apabila satu kaedah dilahirkan daripada kesedaran? Apabila sesuatu kaedah dilahirkan, sekiranya ia kurang berjaya, bukankah satu pembaikan kepada kaedah diperlukan? Ini bukan tentang kebolehan kepimpinan tetapi pembaikan kepada kaedah.

Saya pernah menulis tentang satu cadangan bagaimana kanak-kanak hendaklah dididik tentang bahasa bermula daripada umur 1 hingga 3 tahun dan seterusnya bagi membolehkan mereka menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, mungkin kaedah ini boleh digunapakai sebagai tambahan untuk menyediakan anak2 melayu menghadapi pelajaran sains dan matematik didalam BI kelak.

Saya masih ingat di universiti, berkawan dengan rakan2 dari sabah dan sarawak seolah-olah menjadi satu kebanggaan kepada saya. Malah sehingga hari ini,saya sangat memandang tinggi kepada rakan2 saya di sabah dan sarawak.

Bagi saya tiada isu, rakan2 disabah dan sarawak tidak diterima oleh rakan2 disemenanjung.

cohong gym said...

Ya betul. Aku pun ada ramai kawan dari sabah dan sarawak. Yang paling glamer Hamid "si bajau".

Anonymous said...

Apa pun ita lihat sekarang ini org Melayu seolaholah tidak boleh lagi becakap pasal survival bangsa melayu sendiri di dlm tanah tumpah darah sendiri. Persoalannya mengapa ini boleh terjadi?? Antara faktor utama adalah kepimpinan melayu yg ada sekarng ini adalah terlalu lemah sehingga bangsa lain sudah mula memperkotak-katikkan apa2 saja berkaitan bangsa Melayu. Malahan UMNO pun skrg ni telah gagal utk bersuara secara tegas bagi bangsa Melayu dan yg melampau lagi dgn kepimpinan Umno skrg ni terpaksa pula memohon maaf kpd bangsa lain berkaitan isu keris. Mengapa Umno begitu takut skrg ni?
Malahan Pak Lah sudah lama tidak kedengaran melaungkan hak2 melayu tetapi lebih mengambil hati kaum lain utk mengelakkan beliau dikatakan racist.Mengapa ini blh terjadi?
Sokong lah Tun M perjuangkan hak bangsa Melayu kerana Umno yg ada sekarang ni sudah tidak mampu atau sengaja tidak mahu utk membicarakan hak-hak Melayu. Sudah lah pemimpin atasan Umno tidak bercakap atau tidak berani bercakap soal Melayu tetapi yg menghairankan bila Tun M bercakap mengenai Melayu, bukan sahaja tidak menyokong malah menghina,menghentam & mencaci Tun M.Ini lah wajah & watak yg ada pada kepimpinan Umno pada hari ini! Sebab itu bangsa lain berani mempertikaikan Melayu dgn begitu hebat pada masa kita.
Kenapa pada masa kepimpinan Tun M perkara ini tidak terjadi?

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum,

Dari dulu, kini dan selamanya...saya tidak dapat memahami, menerima dan menyetujui pdgn bahawa pembelajaran Sains dan Matematik di dlm BI adalah keputusan tidak baik.

Pada pdgn sy, ianya adalah satu keputusan berpdgn jauh ke hadapan, mendalam pemgamatannya dan tinggi matlamatnya.

Sehingga kini, apabila sy membaca komen penentang keputusan itu, belum ada satu pun hujah konkrit yg dapat sy jumpa, melainkan ia lebih kpd andaian tak berasas, perkaitan ideologi politik dan hujah peribadi.

Inilah sayangnya bangsa kita apabila memilih untuk beremosional lebih drpd berasional.

Sekadar luahan peribadi.

Anonymous said...

Pada pendapat aku, kalau ada rakyat tak pandai baca buku (dalam bahasa apa jua), tak pandai cakap melayu rasmi dan tak pandai cakap english (kecuali dia orang miskin, takde pendidikan, tinggal kat kg pendalaman, cacat atau sakit), itu bengap namanya! ini bukan pasal bahasa atau bangsa, tapi pendidikan. Kalau boleh cakap bahasa lain, cina ke, india ke, bajau ke, itu sudah ok. Yg pemimpin-pemimpin kita buat kecoh benda ni apahal hah? Korang tak rasa dorang tu cuma cakap kerana jawatan dorang je ke? Cuba tengok Hishamudin. Dulu masa dia menteri sukan, macam2 dia ckp untuk kemajuan sukan negara. Tapi bila jadi menteri pendidikan, sukan negara langsung tak disebut! Yg lagi teruknya, macam2 pelan dirancang untuk kemajuan pendidikan negara dan anak2(kononnya la!) tapi satu habuk pun tarak. Yg makin maju ialah kes2 disiplin pelajar dan keracunan makanan kat sekolah. Itu pun tak selesai2 lagi..asyik2 nak siasat, asyik2 nak siasat. Tapi hasil siasatan tak ade pula. Sampai sekarang takde berita pengetua sekolah terbabit, sekolah terbabi atau pengusaha kantin sekolah kena ambil tindakan!

Fuck Them!!!! Hidup Cohong The Mondosman!!! Yenna Porengge Azly Ogos!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.