Tersebutlah kisah seorang anak yang mempunyai sakit kanser yang kronik. Maka, si bapak telahpun berjumpa dengan ramai doktor-doktor pakar dan yang terbaik didunia yang menasihatkan si anak untuk menjalankan pembedahan serta merta untuk pulih.
Tetapi atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh sibapak sahaja atau mungkin sibapak tak faham atau tidak mendengar atau buat-buat takda otak, mata dan telinga, maka sibapak mengatakan kepada anaknya,
"wahai anakku, takpalah, makanlah panadol dan ubat painkiller ni, tahanlah dulu yer, 2 tahun lagi kita buat pembedahan, mudah-mudahan awak sihat"..
P/s: dalam keadaan sekarang, relevan ke peralihan kuasa pada jun 2010?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Pendapat aku, tak relevan lansung. Mana bole buat peralihan 2010. Nak mati ke UMNO? Lagi lama Pak Lah jadi PM lagi benci dan menyampah orang kat UMNO & BN. Sepatutnya, Pak Lah dah letak jawatan bulan Mac lagi lepas kalah PRU 12. Bila orang dah tak suka, kita paham-paham je la kan. Takkan nak buat muka tak malu, mengendeng-ngendeng kata orang masih suka kat kita. Itu menipu diri sendiri namanya.
paklah masih relevan. tak caya tanyalah jeanne.
bro aku rasa dah tiba masanya ko delete blog rockybru dari link list ko. tak guna sokong golongan pengkhianat tu. sekutu2 dia smua dok permainkan agama kita. tak kan ko masih nak promosi link dia kat blog ni.
aku tak promote..memudahkan aku click utk nak tau latest news. Pandangan dia byk neutralisekan view taksub pihak2 tertentu.
mmg tak promote. tapi org igt ko seolah2 menyokong. lgpun takde apa yg best pun kat blog dia. blog ko lagi best.
Post a Comment