Sunday, August 10, 2008

Majlis Peguam dan Peguam Melayu.

Sekian lama aku memendam rasa dengan sikap dan peranan Bar Council sejak kebelakangan ini, memang lama aku cuba luahkan, malah banyak kali aku suarakan kepada rakan-rakan peguam melayu yang lain. Kebimbangan awal telahpun dinyatakan didalam posting terdahulu didalam blog ini.

Apabila aku ingin suarakan dan menggerakkan sesuatu, sudah awal-awal lagi kedengaran halangan-halangan tertentu dari peguam melayu sendiri walaupun mereka amat sedar akan keadaan kaum melayu dicabar sewenang-sewangnya dan sesuka hati oleh pentadbir-pentadbir tertinggi Bar Council yang terdiri daripada mereka bukan melayu walaupun komposisi peguam melayu adalah yang tertinggi didalam Bar Council itu sendiri.

Namun begitu tetap aku tak pernah salahkan mereka, namun masih lagi mengharapkan mereka (aku juga) dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa untuk sama-sama pertahankan maruah bangsa kita sendiri.

Tetapi, sehingga ke hari ini, aku masih tidak boleh maafkan peguam-peguam melayu yang sudah kaya raya dan mempunyai kewangan yang lebih daripada mencukupi tetapi masih tidak teringat untuk menyumbang apa-apa. Aku yakin golongan ini ramai.

Adakah mereka merasakan ini bukan urusan mereka? Mungkinkah sesetengah daripada mereka merasakan sumbangan kepada bangsa sendiri tidak sepenting berbanding dengan menghabiskan masa dengan berkaroake, perempuan, menabur wang ringgit dan menghadiahkan pelbagai hiburan yang melalaikan kepada klien-klien bagi mengaburi 'performance' yang tidak seberapa.

Mungkin mereka menjawab, "mana nak ada masa berpersatuan, kalau tak buat macam tu, macamana nak cari makan..".

Patutkah aku salahkan mereka?

P/s: Cuba mana termampu..aku yakin, aku dahpun mulakan sesuatu..

6 comments:

Iwan said...

Mmg kita kena mulakan sesuatu... Bg aku dh tahap wajib peranan kita di Bar Council. Mungkin ada wakil melayu islam dlm Bar Council dan State Bar ttp hanya portfoilio tertentu dan hanya golongan minoriti dlm badan tersebut.

p/s: Aku harap kita buleh nampak hasil selewat2nya next term di State Bar atau Bar Council...

cohong gym said...

Aku dari dulu tak pernah setuju atau suka dengan bar council. Dia orang hanya mementingan kepentingan tertentu sahaja. Apa yang aku nampak bar council seperti mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan sesuatu pihak. Aku setuju dengan kau, sudah sampai masa untuk peguam melayu bangun.

Abafahim said...

hari ni aku ajak seorang kawan peguam utk kita gerakkan sesuatu..dia tanya 'apa niat aku?'. Takut kalau ada kepentingan sendiri..

Aku terkedu...aku pun rasa serba salah..malu pun ada, sbb agak semangat nak mengajak.

Mungkin dia tak maksudkan apa2, tapi persepsi dari org ramai tetap ada..inilah cabaran kot?

Bagus juga ada ingatan tu, sekurang2nya aku sentiasa beringat akan niat aku..kadang2 idea dari niat yang baik boleh disalahanggap..

Bimbang kita banyak berkata2 tapi kita yang gagal kotakan.

Anonymous said...

Kebanyakan rakan2 peguam yg aku jumpe semua setuju, alasan : common intention ,i.e. memelihara kesucian agama Islam & kedaulatan bangsa melayu. Within 2 weeks aku akan cuba dapatkan sebanyak mungkn sokongan drpd kawan2.

p/s: Aku cadangkan kita buat blog/forum khusus utk peguam melayu... kekurangan kita sekarang adalah info & hubungan antara peguam melayu.

-M6

paneh said...

yeah! bangun peguam melayu. jgn terus terusan layu. banyak geng den peguam tapi den yakin mereka tak layu mcm peguam melayu lain.

Anonymous said...

Peguam Melayu harus lebih aktif menyuarakan pandangan mereka dalam Bar Council dan saya melihat adakalanya peranan sebegini gagal dimainkan oleh peguam-peguam Melayu secara aktif dan agresif. Barangkali perlu dipertahankan kedudukan Islam dan Melayu dalam perlembagaan.

Namun persoalannya adakah barisan peguam Melayu mampu menangani kepelbagaian isu-isu semasa yang memerlukan pemikiran kritis dan rasional tanpa menyebelahi mana-mana parti? Ingat hujah perlu dilawan dengan hujah bukan emosi dalam menangani permasalahan kurangnya 'keagresifan' peguam-peguam Melayu.

Teruskan usaha :)