Wednesday, October 29, 2008

Mukhriz selamatkan maruah KJ

Menjelang pemilihan Ketua Pemuda Umno Malaysia, KJ dengan beria-ria ingin berdebat dengan MM dan KT bagi mengwar-warkan kepada ahli-ahli Umno akan misi dan visi setiap calon.

Adakah ini cadangan yang baik? Adakah penolakan Mukhriz berjustifikasi?

Umum tahu akan pelbagai cerita-cerita pelik dan jelik tersebar di muka bumi Malaysia ini berkenaan saudara KJ sehingga boleh dicalonkan untuk dimasukkan didalam rancangan Ripleys: believe it or not? Dan umum tidak menafikan peranan KJ sehingga ramai rakyat berpaling kepada pembangkang atas tanda protes dan pelbagai lagi.

Kita tak dapat menafikan kelayakan akademik KJ yang hebat dan kebolehan beliau berbicara mengutarakan fakta-fakta dan juga kemewahan luarbiasanya??! :). Tetapi, yang menjadi persoalannya?

Adakah tindak-tanduk dan kata-kata KJ mempunyai NILAI dan MORAL dimata masyarakat? Perlu diingat, bukan sahaja kepada ahli-ahli Umno tetapi juga bagi dimata rakyat Malaysia keseluruhan?

Umno adalah tunggak kepada kerajaan, maka pemimpin Umno juga perlulah dilihat mempunyai nilai dan moral kepada semua rakyat bagi mengembalikan keyakinan rakyat jelata khususnya moral kepada ahli-ahli Umno.

Adakah KJ mempunyai NiLAI dan MORAL tersebut? Dan adakah penolakan Mukhriz berdebat dengan KJ berjustifikasi? Jawapannya, YA, kerana sekiranya MM bersetuju untuk debat diteruskan, isu-isu NILAI dan MORAL akan didebatkan kerana MISI dan VISI tidak dapat tidak akan dikaitkan dengan NILAI dan MORAL!.

Maka sebenarnya tindakan Mukhriz adalah menyelamatkan maruah KJ dari terus diipersenda dan diburukkan oleh pembangkang yang menunggu segala peluang dan ruang untuk bertindak.

P/s: apabila chegubard ingin berdebat, KJ menolak. Jangan tunjuk hebat dihadapan ahli-ahli sahaja. Buktikan anda hebat berdebat dengan pembangkang juga.

5 comments:

cohong gym said...

KJ hanya berani minta debat bila dah cukup pencalonan. Piii raaaaa mabok.

Pada aku tak de apa yang perlu diperdebatkan. Orang dah tau dah siapa KJ dan apa hubungan dia dengan Pak Lah.

Pada perwakilan UMNO. Harap korang pandai memilih. Pilih untuk rakyat dan bukan untuk duit. Kalau korang pilih duit, maka pegi mati la dengan korang

Iwan said...

Bagi aku KJ memilih utk berdebat dgn MM kerana ianya adalah tapak utk beliau meraih lebih byk sokongan di kala populariti beliau jatuh merudum sejak PRU seterunya sewaktu persidangan Pemuda UMNO Bahagian bagi pencalonan Ketua Pemuda... ianya adalah langkah terdesak beliau, mungkin senjata sulit terakhir bg memotong undi MM waktu persidangan pusat Mac depan.

MM di satu sudut adalah pilihan alternatif yg popular bg mereka yg bencikan KJ. Maka perdebatan sememangnya akan merujuk kpd MORAL setiap calon di samping motif, visi dan misi masing2.

Bagi aku, elok juga kalau MM terima perdebatan tersebut. Ramai di kalangan penyokong KJ yg aku dengar menyatakan ketidakpuashatian mereka kerana kurang mendapat input dr MM bagi menilai peribadi dan idea beliau bagi memperbaiki UMNO.

p/s: Aku pun nk tengok kredibiliti MM, sepertimana ayahanda beliau di saluran Astro mlm td...

Abafahim said...

mukhriz dah nampak terbukti kredibiliti apabila awal2 lagi lantang pertikai kepimpinan pak lah dikala ramai yg pertikai p.lah sorok2.

Kalau nak rakyat nilai pemimpin dgn cara berdebat, kalau mcm tu, nampaknya kita kena terima anwar ibrahim jadi PM sbb dia pakar bercakap.

P/s: kaki putar belit lagi pandai berdebat, tu sbb ramai org kena kencing!

Iwan said...

Hehehe... betul jugak tu. Tp kalau buleh aku nk pemimpin yg boleh bercakap & ikhlas dlm perjuangan! Kalau tengok Shabery Chik berdebat dgn Anwar dulu malu laa jugak...

cohong gym said...

Mukriz dah terbukti kredibilitinya. Beliau sangat lantang bersuara selepas pilihanraya. Tapi kalau nak dibandingkan dengan TDM di masa muda, Mukriz masih lagi ketinggalan. Walau bagaimanapun, Mukriz yang paling layak meneraju Pemuda.

KJ pun sudah terbukti. Terbukti kehebatannya buat duit atas projek kerajaan, makan percent etc. Dah terbukti juga yang si KJ ni sangat kurang ajar. Terbukti yang KJ menggunakan kedudukkan sebagai menantu untuk meraih kekayaan dan kuasa. Dah telah terbukti yang dia ni adalah sampah no. 1 di Malaysia