Friday, October 10, 2008

Seri satu sama!

Selain daripada jawatan Timbalan Presiden Umno, yang sangat menarik diperhatikan ialah pertandingan anak menantu PM dengan anak mantan PM!.

Setakat hari ini kj sudah dapat pencalunan dari bahagian Machang dan Mukhriz dari Kimanis. Untuk permulaan juga, rata-rata menyatakan sudah ada kejutan dimana bahagian Machang yang mempunyai hubungan baik dengan Mukhriz, dimana bekas Ketua Pemudanya Datuk Sazmi Miah (yang merupakan sahabat baik mukriz dari MRSM Kota Bharu lagi dan ibu bapanya juga adalah bapa angkat Mukriz) diwar-warkan akan mencalonkan mukhriz tetapi tewas ditangan KJ. Menurut seorang blogger A VOICE, RM180,000-00 telah diagihkan kepada 'pengemis-pengemis' dan 'fakir-fakir miskin' di bahagian Machang yang tak layak menerima bantuan zakat yang mana setiap seorang 'layak' menerima 'sumbangan' sebanyak RM500. Betul ke tidak 'Wallahua'lam'..

Begitu juga dengan Mukhriz, menang dikawasan yang dikatakan kubu kuat KJ.

Bagi aku kemenangan pencalonan Mukhriz di kimanis adalah tidak memeranjatkan tetapi kemenangan KJ di Machang memang 'unsangkerable'!!!

Untuk pertandingan jawatan Ketua pemuda ini, aku lebih suka melihat kepada kepada senario di Negeri Sembilan walaupun aku tak terlibat lansung dengan pemilihan cawangan atau bahagian Umno, maklumlah baru mendaftar! Cuma melihat, memerhati, bercampur gaul dan bersahabat dengan rakan-rakan yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.

Rata-rata memberi reaksi yang sama, memaki hamun KJ berbakul-bakul dengan dalil-dalil dan sebab-sebab tersendiri.

Tetapi, tak tau lah masa pencalonan untuk Ketua Pemuda nanti. Diluar cakap berdegar-degar tapi bila pencalonan diumumkan pulak nama KJ. Aku yakin dan tak hairan ramai pemuda Umno dibahagian-bahagian di Negeri Sembilan ni akan mengundi untuk calonkan KJ termasuklah yang maki hamun KJ tadi. Korang tengoklah nanti pemuda-pemuda Umno di bahagian-bahagian terutama bahagian Seremban, bahagian paling 'rebel' tapi sure calonkan KJ sebagai Ketua Pemuda!!! Har! har! har!

ATAU sebenarnya itulah HASRAT dan KEINGINAN akar umbi dalam Umno untuk melihat KJ jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia....

P/s: Aku yakin sahabat-sahabat aku dalam Umno tak makan rm500 sorang untuk beli undi. Kalau rm5000 tu tak lau ler..ada sedikit goyang kot. Har! har! Har!.

5 comments:

cohong gym said...

Duit bang. Ada duit semua bole jadi. Kalau aku ada duit, aku pun nak bertanding. Kasi sorang seribu dua, dah bole dapat pencalonan.

Anonymous said...

Pelik, memang pelik. Pendirian orang boleh berubah dalam 1 malam shj... Itu pasal motto KJ adalah "Setia kawan", aku tolong ngko esok ngko tolong laa aku balik.

Yg peliknya ada bhg yg belum mesyuarat tp dh sebut2 KJ akan menang solid tanpa bertanding, undian dibuat secara angkat tangan je & bukan kertas undi rahsia. Negeri Sembilan belum mesyuarat dh umumkan pencalonan kpd Najib, kalau ye pun tunggu laa hasil mesyuarat dulu. Yg lain buleh naik takut kalau buat keputusan atau undian yg lain.

Ada org akan guna apa sahaja cara utk menang, tp aku percaya masih ada yg berjuang ikhlas demi agama, bangsa & parti... kita tengok nnt.

Iwan said...

Di bahagian Rasah, KJ dijangko akan monang... Tapi lawan totap lawan, mano buleh bagi kemenangan percumo!

Kito tunggu potang nnt...

-PermudaRasah-

Iwan said...

ALhamdulillah... Warga Rasah berjaya mencalon Dato Mukhriz mengalahkan KJ dgn kemenangan tipis 75-61!

Allahu Akbar! Pemuda Berani Berubah!

Abdullah AR said...

Masa aku balik raya rumah mertua hari tu, memang org2 Machang kata KJ akan dapat Machang. Sebabnya dia bela taiko-taiko kat situ baik punya....