Sumber: Bisik-Bisik Awang Selamat, Utusan Malaysia 7-11-2008.
Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44 terus menjadi bahan bualan hangat di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Cuma Awang tidak selesa dengan analisis tertentu yang mengaitkan pemilihan warga kulit hitam pertama sebagai Presiden AS itu dengan politik Malaysia.
Sudah kedengaraan suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri.
Dalam kita mengakui bahawa politik negara mempunyai banyak ruang untuk berubah, ia tidak bermakna kita harus menerima pakai senario AS.
Kajilah sejarah dan budaya politik Amerika yang sudah merdeka lebih 232 tahun berbanding Malaysia yang baru 50 tahun.
Fahamilah juga Perlembagaan kita.
Lagipun, para pemimpin termasuk parti bukan Melayu masih dibelenggu politik perkauman – berbeza dengan AS.
Di Amerika misalnya, rakyat termasuk pendatang hanya menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Inggeris dan satu sistem serta aliran pendidikan.
Banyak lagi realiti yang perlu dilihat termasuk soal agama. Obama adalah seorang Kristian iaitu agama teras AS. Antara faktor beliau ‘diterima’ ialah ibunya juga, seorang kulit putih warga asal AS.
Awang – Sentiasa fahami realiti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
for me i openly accept a non malay muslim to be PM. Syaratnya Islam. Why not?
bukan katanya datuk sebelah ayah obama tu muslim ker?
Mahu jadi PM Malaysia? Pendapat aku, syaratnya:
1) Islam (sebab = majoriti rakyat Muslim)
2) Boleh berbahasa Melayu (sebab = bahasa rasmi)
3) Bersangkut paut dengan budaya Melayu (dgn darah atau persekitaran) (sebab = untuk menambat hati pengundi Melayu dan restu raja)
4) Cerdik (sebab = kriteria ini akan mendominasi aspek keturunan dan sbg)
Kalau ada kriteria di atas, tak kira Cina, India, Iban, Kadazan, boleh menang pilihanraya PM Malaysia punya.
yeah long..100% agreed
Post a Comment