Tuesday, August 5, 2008

Rezeki

Mungkin didalam masa terdekat ini, ada perkara yang menarik yang mungkin berlaku didalam hidup aku. Sesuatu yang amat aku harapkan yang mana membolehkan aku sentiasa bersama-sama keluarga aku. Tak confirm, tetapi kemungkinannya kuat.

Memang ada pro & cons. Tetapi didalam hal yang berkait dengan keluarga sudah pasti memberi banyak kelebihan. Anak-anak membesar dihadapan mata, bukan atas tanggungjawab lebih kepada isteri. Bersyukur dapat isteri yang sangat memahami, pandai menjaga anak dan menjaga hal ehwal rumahtangga walaupun sibuk dengan tugas tersendiri mencari rezeki. Terima kasih dik..

Tak rugi aku jadi pengapit kepada sahabat baik aku pada 20.02.2002. Pertemuan pertama dengan isteri diatas pelamin berakhir dijinjang pelamin pada 12.6.2004.

@E90

Thursday, July 31, 2008

Pas tolak kerjasama dengan UMNO bentuk kerajaan

Pas telah mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat atau negeri-negeri terutamanya dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Terpulanglah kepada kebijaksanaan Pas tetapi daripada laporan-laporan berita dilihat muqabalah yang sedang berjalan diantara Pas dan Umno tetap tidak tergugat.

Aku dah menjangka keputusan Pas tersebut, cuma harapan ikhlas aku kalau bukan melalui kerjasama membentuk kerajaan, cukup kedua-dua pihak mempunyai 'common interest' yang mana Pas dan Umno bersama-sama bersatu membela kepentingan bersama tersebut terutamanya soal orang melayu dan agama Islam sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba persoal dan pertikaikannya.

P/s: Belum berminat nak komen apa-apa pun berkenaan Anwar didalam blog ini.

Wednesday, July 30, 2008

Israk Mikraj: ramai tak sedar

Hari ini adalah hari bersejarah bagi umat Islam sempena perjalanan yang menakjubkan Rasulullah dari Masjidil Aqsa di Palestin, meredah 7 petala langit ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah SWT didalam tempoh satu malam.

Hari tersebut juga pada asasnya menguji ketaqwaan dan keimanan umat Islam pada zaman Rasulullah atas sesuatu perkara yang dianggap terlalu mustahil mengikut logik akal.

Teringat pada masa kecil dikampung, setiap kali israk mikraj, maka diceritakan berhari-hari pelbagai kejadian tentang perjalanan Rasulullah yang penuh dengan teladan dan panduan untuk kehidupan umat Islam yang mana hikmah terbesar Israk Mikraj, Allah SWT telah memerintahkan ibadah Solat kepada umat Islam.

Ramai mungkin tidak sedar akan hari-hari kebesaran dalam Islam, malah saya yakin ramai diantara kita yang masih gagal menghafal bulan-bulan Islam, itu belum cerita menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Jangan cerita hafal lagi, baca Quran pun mungkin ramai dah lupa bila akhir sekali buka al-Quran dan baca. Yang hafiz pula, adakah ajaran al-Quran dan Hadith dihayati?

Hmm..bukan nak ingatkan orang lain sebenarnya...satu jari tunjuk pada orang, 3 jari tunjuk pada diri sendiri.

P/s; Di Palestin menerusi berita hari ini, penduduk Gaza merayu agar puak Hamas dan Fatah bersatu. Apakah kita tidak terfikir sebarang pengajaran dari negara Palestin kalau kita berpecah belah? Mengapa ada orang Islam sendiri menentang usaha untuk bersatu? Taraf manakah orang-orang tersebut disisi Allah SWT.?

Tuesday, July 29, 2008

Pilihan Malaysia vs Chelsea; Malaysia menang!

Sila tandakan jawapan yang betul:-

Apakah yang ingin dicapai oleh pemain Malaysia semasa pertemuan dengan chelsea malam ini:-

a) Menunjukkan bahawa mutu permainan kita setanding dengan peringkat antarabanngsa.

b) Memalukan chelsea dengan mengalahkan mereka.

c) Menunjukkan skil permainan terbaik bagi menarik perhatian jurulatih chelsea untuk berpeluang bermain dengan chelsea.

d) Mempelajari skil-skil dan teknik-teknik pemain-pemain chelsea bagi membantu meningkatkan mutu peemainan bola sepak tempatan mereka, ATAU;

e) Mengejar pemain-pemain kesayangan mereka selepas tamat permainan untuk mendapatkan jersi-jersi yang dipakai oleh pemain tersebut untuk menjadi kenangan terindah seumur hidup untuk ditunjukkan kepada anak cucu apabila tua kelak bahawa mereka pernah menentang pasukan chelsea.

f) Semua diatas..

Sunday, July 27, 2008

Pas dan Umno bubar?

Tok Guru Nik Aziz secara serius telah mencadangkan bahawa Pas dan Umno dibubarkan dan seterusnya bergabung membentuk satu parti baru berlandaskan Islam.

Aku memang menyokong orang melayu bersatu tetapi adakah ahli-ahli Umno bersedia untuk Umno dibubarkan?. Bukan sahaja ahli Umno, bagaimana ahli-ahli PAS, bersediakah mereka?

P/s: Aku menyokong apa sahaja yang boleh menyatupadukan orang melayu.

Friday, July 25, 2008

Exco Terengganu dapat merc

Update!

Pak lah menyatakan bahawa kegunaan merc tersebut hanya untuk tetamu sahaja dan pemimpin-pemimpin kerajaan Terengganu tetap menggunakan Perdana V6.

P/s: Another flip flop?

Sebentar tadi kedengaran berita saluran Sinar FM yang menyatakan PM memberi kebenaran untuk pemimpin-pemimpin besar Terengganu memandu kenderaan mercedes.

Selepas teruk membelasah dan merendah-rendahkan khidmat Perdana V6, kereta keluaran Nasional, maka, mereka kini boleh 'gah' dan berbangga memandu kereta impian mereka sejak kecil.

Sebagai seorang yang memandu kereta perdana V6 selama 4 tahun tanpa belas kasihan, (seremban, melaka, KL dan Shah Alam hampir setiap hari bekerja) seingat saya tidak sampai RM15k pun total 4 tahun untuk kos selenggara. Alhamdulillah, selamat dan tiada masalah.

Mungkin mereka memerlukan keselesaan untuk membela nasib rakyat (?) tapi janganlah merendah-rendahkan dan menghina hasil usaha dan penat lelah kita sendiri selama ini.

P/s; Teringat orang melayu terkaya di Malaysia Syed Mokhtar al Bukhari yang begitu berbangga dan bersikap sangat patriotik dengan memandu Perdana V6 walau beliau jauh mampu untuk memiliki apa jenis kenderaan pun.

Thursday, July 24, 2008

Baba amek k..


Pada tika dan saat ini aku sedang menunggu anakku fahim yang berumur 2 tahun 8 bulan akan pulang dari sekolah tadikanya pada pukul 12.30 tengahari.

Kebetulan pagi ini aku ada perjumpaan dengan Yang di Pertua NGO yang aku ceburi untuk majlis yang bakal aku kendalikan selama dua hari di Melaka dan kesempatan ini aku tak lepaskan peluang menghantar fahim ke tadikanya, memandangkan atas urusan kerja, aku hanya berkesempatan pulang selalunya 1 hari sepanjang Isnin hingga jumaat hari bekerja.

Setiap hari pada waktu pagi, fahim akan dihantar oleh maknya ke rumah neneknya yang tidak jauh daripada rumah aku dan pagi tadi bila aku datang ke rumah mak mertua aku untuk menghantarnya ke sekolah, dia seolah-olah terkejut dan datang memeluk serta mencium aku dan memberitahu nenek dan datuknya berulangkali "a'im sayang baba, a'im sayang baba". Semua urusan pakaian dan kasutnya, dia minta aku yang pakaikan.

Sehinggalah nak buka pintu kereta untuk menghantarnya, dia berulangkali dia berkata "baba amek k! baba amek k..!".Didalam kereta dia kelihatan sangat gembira dengan menyanyikan lagu 'ABC' dan 'ba ba black sheep'. Tetapi.. apabila tiba disekolah, dia kelihatan agak sedih...tak pandang aku pun, terus masuk ke tadikanya.

Selepas menghantarnya pada pukul 8.30 pagi, aku pun terus menelefon Yang Dipertua Persatuan Abang Sham untuk tetapkan tempat dimana hendak berjumpa. Rupa-rupanya, sebaik aku menelefonnya, Abang Sham maklumkan aku dia tak dapat berjumpa pada pagi ini atas urusan yang tidakdapat dielakkan dan terpaksa tetapkan kepada satu tarikh lain.

Memandangkan banyak kerja-kerja yang masih tertunggak dan untuk tindakan segera, maka,aku ambil keputusan untuk terus ke seremban. Tetapi selepas setengah jam perjalanan dari melaka ke seremban, tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata anak aku berulangkali sebelum dihantar ke sekolah sebentar tadi "baba amek k! baba amek k!.." dan timbul perasaan pada diri aku untuk tidak mengecewakannya dan pada masa itu juga aku kata pada diriku, biarlah hajatnya aku selesaikan dulu sebelum selesaikan kerja-kerja aku yang lain.

Aku terus belok kereta untuk balik ke melaka kembali untuk menunggunya pulang dari tadika dan kini aku sudah hampir 2 jam menunggunya di sebuah kedai minum berhampiran tadikanya, takpelah..hanya tinggal 1 jam sahaja lagi..

@E90