Thursday, July 24, 2008
Baba amek k..
Pada tika dan saat ini aku sedang menunggu anakku fahim yang berumur 2 tahun 8 bulan akan pulang dari sekolah tadikanya pada pukul 12.30 tengahari.
Kebetulan pagi ini aku ada perjumpaan dengan Yang di Pertua NGO yang aku ceburi untuk majlis yang bakal aku kendalikan selama dua hari di Melaka dan kesempatan ini aku tak lepaskan peluang menghantar fahim ke tadikanya, memandangkan atas urusan kerja, aku hanya berkesempatan pulang selalunya 1 hari sepanjang Isnin hingga jumaat hari bekerja.
Setiap hari pada waktu pagi, fahim akan dihantar oleh maknya ke rumah neneknya yang tidak jauh daripada rumah aku dan pagi tadi bila aku datang ke rumah mak mertua aku untuk menghantarnya ke sekolah, dia seolah-olah terkejut dan datang memeluk serta mencium aku dan memberitahu nenek dan datuknya berulangkali "a'im sayang baba, a'im sayang baba". Semua urusan pakaian dan kasutnya, dia minta aku yang pakaikan.
Sehinggalah nak buka pintu kereta untuk menghantarnya, dia berulangkali dia berkata "baba amek k! baba amek k..!".Didalam kereta dia kelihatan sangat gembira dengan menyanyikan lagu 'ABC' dan 'ba ba black sheep'. Tetapi.. apabila tiba disekolah, dia kelihatan agak sedih...tak pandang aku pun, terus masuk ke tadikanya.
Selepas menghantarnya pada pukul 8.30 pagi, aku pun terus menelefon Yang Dipertua Persatuan Abang Sham untuk tetapkan tempat dimana hendak berjumpa. Rupa-rupanya, sebaik aku menelefonnya, Abang Sham maklumkan aku dia tak dapat berjumpa pada pagi ini atas urusan yang tidakdapat dielakkan dan terpaksa tetapkan kepada satu tarikh lain.
Memandangkan banyak kerja-kerja yang masih tertunggak dan untuk tindakan segera, maka,aku ambil keputusan untuk terus ke seremban. Tetapi selepas setengah jam perjalanan dari melaka ke seremban, tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata anak aku berulangkali sebelum dihantar ke sekolah sebentar tadi "baba amek k! baba amek k!.." dan timbul perasaan pada diri aku untuk tidak mengecewakannya dan pada masa itu juga aku kata pada diriku, biarlah hajatnya aku selesaikan dulu sebelum selesaikan kerja-kerja aku yang lain.
Aku terus belok kereta untuk balik ke melaka kembali untuk menunggunya pulang dari tadika dan kini aku sudah hampir 2 jam menunggunya di sebuah kedai minum berhampiran tadikanya, takpelah..hanya tinggal 1 jam sahaja lagi..
@E90
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
bagus tindakan u tu bro..kita boleh gali berbilion harta dunia, tapi harga anak kita - priceless
bagus tindakan u tu bro..kita boleh kumpul harta berbilion, harga sorang anak - priceless!!!
bagus tindakan u tu bro..kita boleh kumpul harta berbilion, harga sorang anak - priceless!!!
Bravo...Bravo....Anak adalah aset kita yang paling berharga. Kau dah ada satu. Aku blom lagi hehehehe
nasib baik baba patah balik. kalo tak den report kat farah asyikin.
alhadulillah... x sio2 ekau masuk UIA,
dapek jugak jadi bapa solehah.. opps... silap.. bapa yg soleh.
"anak2 cahaya mata,
aset agama, bangsa & negara.."
Who says NO?
stafford loan
To the author of this blog,I appreciate your effort in this topic.
Farid,
Amat sebak hati ini bila membaca artikel terbaru kau. Tindakan yang kau buat adalah sebenarnya datang dari dalam hati sendiri. Kalau dah sayang pasti akan diturutkan, tapi kalau dan menyampah, buat apa pun takkan percaya (contoh macam PM Flip-Flop).
So kepada Cohong, cepat2 la "bernikah", agar dapat merasa nikmat berkeluarga.
Tapi aku konfius, rumah kau kat Seremban ke kat Melaka?
Zuz;
aku duduk melaka sekarang zuz. Tapi berulang melaka seremban. Selalunya aku stay di seremban dari isnin sampai jumaat. Tapi dlm 1 mggu aku tu aku selalunya balik melaka tidu 1 malam.
Cohong, kalau kau jadi kahwin (kalau la!)aku harap muka anak kau mcm murni.
hahhaha muka anak aku mestila macam aku. Macho gagah dan bergaya hahahahha
muka munie macam cikgu murni, muka cohong sikit macam hj bakhil... hehe... sekali aku lasiiinnnggg!!! :D
ado iras muka macam muko atuk dio (kartunis ujang) la rid!!!(
mm..yo la am, aku pun baru perasan.
Post a Comment