Friday, July 25, 2008

Exco Terengganu dapat merc

Update!

Pak lah menyatakan bahawa kegunaan merc tersebut hanya untuk tetamu sahaja dan pemimpin-pemimpin kerajaan Terengganu tetap menggunakan Perdana V6.

P/s: Another flip flop?

Sebentar tadi kedengaran berita saluran Sinar FM yang menyatakan PM memberi kebenaran untuk pemimpin-pemimpin besar Terengganu memandu kenderaan mercedes.

Selepas teruk membelasah dan merendah-rendahkan khidmat Perdana V6, kereta keluaran Nasional, maka, mereka kini boleh 'gah' dan berbangga memandu kereta impian mereka sejak kecil.

Sebagai seorang yang memandu kereta perdana V6 selama 4 tahun tanpa belas kasihan, (seremban, melaka, KL dan Shah Alam hampir setiap hari bekerja) seingat saya tidak sampai RM15k pun total 4 tahun untuk kos selenggara. Alhamdulillah, selamat dan tiada masalah.

Mungkin mereka memerlukan keselesaan untuk membela nasib rakyat (?) tapi janganlah merendah-rendahkan dan menghina hasil usaha dan penat lelah kita sendiri selama ini.

P/s; Teringat orang melayu terkaya di Malaysia Syed Mokhtar al Bukhari yang begitu berbangga dan bersikap sangat patriotik dengan memandu Perdana V6 walau beliau jauh mampu untuk memiliki apa jenis kenderaan pun.

2 comments:

cohong gym said...

Mr. Flip Flop akan sentiasa jadi flip flop. Cakap dia tak bole pakai.

Aku rasa mungkin dia takut kat MB Terengganu. Mamat tu selamba je tak ikut cakap dia.

Aku rasa kereta Malaysia walaupun masih lagi tak setanding dengan kereta buatan luar, masih kelihatan bergaya dan reliable. Cuma aku harap Proton dan Perodua dapat mempertingkatkan kualiti kereta-kereta tersebut supaya setanding dengan kereta import. Aku jugak cadangkan supaya harga kereta Malaysia diturunkan lagi supaya tidak membebankan rakyat. Apa salahnya jual dengan harga yang lebih mudah. Keuntungan akan bertambah bila volume meningkat.

Abafahim said...

haghap..

Kos selenggara v6 aku tu campur dgn pemasangan NGV rm7.4k.

Sekurang-kurangnya berilah komen membina dari awal lagi..