Wednesday, October 15, 2008

Masa untuk berhijrah..

Alhamdulillah..bermula pada esok hari, secara rasmi aku akan kembali menjadi penduduk tetap di Negeri Sembilan selepas bersemenda selama lebih 4 tahun di Melaka.

Perkara ini disebabkan isteri aku telah bertukar tempat kerja dari Melaka ke Seremban atas urusan biasa pertukaran pegawai.

Sedih juga tinggalkan Negeri Melaka yang indah dan penuh bersejarah. Memang patut kenapa Melaka menjadi tempat tarikan pelancong.

Bagi aku yang paling menarik ialah tempat-tempat makan yang best-best yang pasti sekali aku akan miss bila berpindah nanti. Ikan bakar crystal bay, ikan bakar malim, ayam goreng Lot 85, Restoran kari kepala ikan dibukit katil, masak asam pedas di straits meridian, tanjung kling, nasi ayam di Taman Mini Malaysia, breakfast diklebang, bukit katil, roti canai bukit baru, gerai depan stadium Tun Fatimah, MEE BANDUNG paling best sekali di dunia di Durian Tunggal dan lain-lain. Pehh..meleleh air liur..

Begitu juga dengan kenalan-kenalan dan pelajar-pelajar di Kolej Professional Mara, Melaka yang belajar dibawah aku.

Tak lupa jasa ibu dan bapa mertua yang begitu mengambil berat dan bersusah payah menjaga isteri dan anak aku kalau aku outstation.

InsyaAllah, semoga penghijrahan ini akan memberi makna yang lebih baik untuk kehidupan aku sekeluarga sampai bila-bila.

P/s: macamana indahnya pun Melaka..Negeri Sembilan tetap dan lebih indah dimata hati..

14 comments:

Iwan said...

Takpo bro, nnt den bwk ekau makan kek tompek best2 kek seromban, mcm Mi Jawo Jln Penghulu Cantek, mi rojak Faruq, nasi lomak IPK,kekeke!

cohong gym said...

Ye ke? aku tak pernah tau pun tempat-tempat macam tu. Sedih siut, aku ni nama je orang melaka, tapi tak pernah nak explore tempat-tempat makan yang best. Mungkin pasal aku lebih suka makan kat rumah. Lebih syiok.

Anyway, berjaya jugak kau balik ke NS. Senang la sikit lepas ni, tak payah nak travel jauh-jauh

Abafahim said...

cohong:

Selama yang aku kenal kau, kalau kau tak cerita pasal kg chohong, kau cerita pasal sepupu2 kau dan tempat2 jamming kau kat tangkak. Lain2 tempat aku tak penah aku dengar...

Anonymous said...

kek seromban,tompek makan paling beessssttttt ... adalah tompek yang orang bagi makan FREE la boss....!

tepet said...

jangan lupo pi kelas kek dopan umah tu hehehe

Syamsulfaiz said...

Cohong, rugi lah kau tak explore tempat makan2 best kat Melaka tu. Aku yg baca nama makanan je dah meleleh air liur ni....aduuhhhh

Abafahim said...

along, lepas je aku posting topik ni terus aku g durian tunggal pekena mee bandung!

Tak tahan godaan.. Hehe.

Czar said...

Memandang kan ko dah nak balik nogori, ni ada sedikit iklan dari sana

Negri ruler Tuanku Ja’afar ordered to pay bank US$1m

PUTRAJAYA: A special court here has ordered Yang Di-Pertuan Besar of Negri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman to pay nearly US$1mil (RM3.5mil) to Standard Chartered Bank Malaysia Bhd to honour his commitment in a letter of credit over a business deal.

Chief Justice Abdul Hamid Mohamad, who sat with Chief Judge of Malaya Justice Alauddin Mohd Sheriff, Chief Judge of Sabah and Sarawak Justice Richard Malanjum and Federal Court judges Justices Ariffin Zakaria and Zulkefli Ahmad Makinudin, unanimously allowed the bank’s suit against the former King.

The court was set up to hear cases involving royalty - this is its first trial involving royalty which was disposed of on Wednesday.

The suit arose after Tuanku Ja’afar had on Feb 12, 1999 established through the bank a Standby Letter of Credit (SBLC) valued at US$1mil made in favour of the Connecticut Bank of Commerce (CBC) in the United States for credit facilities to be extended to a US company called Texas Encore LLC (TEC).

The bank had required Tuanku Ja’afar to execute a security for the SBLC in the form of a letter of set-off over a fixed deposit in the sum of RM4.18mil in its Seremban branch.

Tuanku Ja’afar had obtained an injunction on Dec 29, 1999 restraining CBC from making a call on the SBLC and restraining the bank from uplifting the fixed deposit under the letter of set-off.

On Wednesday, the Bench granted the bank’s application to withdraw the required amount from Tuanku Ja’afar’s fixed deposit account.

full story leh baca kat sini
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/15/nation/20081015111007&sec=nation

zuzrin said...

Selamat berhijrah. Boleh la TT kalau aku ter ke Seremban. Dekat sikit banding kalau kau still kat Melaka.

Anonymous said...

macamana la nak tersenarai dlm all bloggers kalo asik cerita hal peribadi je dalam blog ni. nak pindah..nak makan..baju apa...isk isk!

cohong gym said...

Yid,
Kalau nak mee bandong yang original, hanya bole dapat kat Tangkak dan Muar sahaja. Mungkin kat Durian tunggal tu pun berasal dari Tangkak or Muar. Aku makan mee bandong yang ori sejak kecik lagi. Tu pasal la aku tak order mee bandong kat tempat lain pasal aku tau, memang kurang keorigenalannya

cohong gym said...

Along,
Apa bole buat, aku ni kurang makan. Lagipun, kalau nak makan kaw-kaw, aku tunggu time kenduri pasal ada 3-4 orang pak cik & mak cik aku yang bukak kedai makan. So suruh je diaorang masak

Abafahim said...

cohong,

aku dah pergi 8 kedai jual mee bandung kat muar yang di rekomenkan oleh org2 muar sendiri, tapi sedap lagi mee bandung yang kat durian tunggal tu..

Tapi yang kat batu pahat, aku lum try gi..

Aku ada sorang kawan nama chip (member lu jugak) yang bapak dia jual sate kat batu pahat, dia pun cakap mee bandung kat bt pahat power giler dan dia ckp dia boleh buat...tp sampai la ni tak merasa gi..

Chip;

Gua tau lu follow gua punya blog..hehe.

cohong gym said...

ye ke? kena try jugak la yang kat Durian tunggal tu nanti