Sunday, December 28, 2008

Siapa bakal YamTuan Besar Negeri Sembilan?

Sumber: mStar 28-12-2008

[DIKEMAS KINI] KUALA PILAH: Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan akan bersidang pada pukul 3 petang ini bagi membincangkan mengenai pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persidangan itu adalah antara Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin untuk memilih pengganti Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

"Kita akan adakan persidangan berkenaan petang ini dan akan umumkan (keputusan pelantikan) sama ada lewat petang ini selepas persidangan atau kita umumkan esok," katanya kepada pemberita di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

PEMILIHAN ANTARA PUTERA YANG EMPAT

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

"Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Besar Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat," kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.

Persidangan yang diadakan pada pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti dan pengumuman dijangka dibuat lewat petang ini atau esok sebelum jenazah Almarhum dimakamkan.

Khalid berkata, pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat "Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam", begitu juga dengan "Undang Mangkat", Undang Menanam" yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.

Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.

Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja'afar telah dimaklumkan kepada Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.

"Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru," katanya.

Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat asar.

Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, 86, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam.

p/s: Indahnya budaya Adat Pepatih..

The State of Negeri Sembilan lost a Great Ruler.

Yamtuan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman of Negeri Sembilan passed away peacefully today at the age of 86, at Seremban General Hospital at 11.45am of 27th December, 2008. May his soul find eternal peace. He was the son of the first Paramount Ruler of Malaysia Tuanku Abdul Rahman, appointed the 10th Yang Di Pertuan Bsar of Negri Sembilan on April 18th, 1967 upon the death of his half-brother Tunku Munawir. A graduate of Malay College Kuala Kangsar.

Upon his death, the new ruler will be chosen from the four princes. The titles of these four princes are: Tunku Muda Serting currently held by Tunku Imran, Tunku Laxamana Seri Menanti currently held by Tunku Naquiyiddin, Tunku Besar Seri Menanti Seri Menanti currently held by Tunku Mukhriz, the son of the late Tunku Munawir a half-brother of the late Tunku Jaafar, and Tunku Besar Seri Menanti was held by the late Tunku Abdullah the brother of Tunku Jaafar. (note: the title, if I am not mistaken is now being held the youngest son of Tunku Jaafar, Tunku Nadzaruddin.)

The prerogative to elect or to choose the Yang Di Pertuan Besar rests on the four chieftains of Undang Sungai Ujung, Undang Luak Rembau, the Undang of Luak Jelebu and Undang of Luak Johol. The four Undangs or are those from the direct lienage of the Orang Asli blood and they are not of a Minangkabau descent.

The system is not only customary but enshrined in the state Constitution First Part , Chapter 111. (Source:The Royal Album of Negeri Sembilan.

source: Barking magpie

p/s: Al-Fatihah.

Saturday, December 27, 2008

MP Kapar: Hantu Raya Tak Bertuan!

Berita hangat di pasaran ketika ini adalah berita MP PKR Kapar, Manikavasagam akan keluar PKR dan menjadi MP Bebas. Speaker DUN Selangor menuduh beliau telah dibeli oleh BN. Adakah ini berita benar? Kalau benar adakah ia memberi menafaat kepada BN?

Saya tidak memikirkannya ianya adalah satu kelebihan, malah, ia akan lebih menimbulkan masalah yang besar kepada BN kerana kalau dilihat daripada stail permainan politik MP Kapar, ianya terlalu pro Hindraf dan hanya akan menimbulkan keadaan tidak selesa dikalangan orang-orang melayu.

Memang PKR rugi tapi tak juga untungkan BN kalau si MP Kapar ni masuk BN. Orang-orang melayu yang liberal dalam PKR pun tara boley tahan, apatah lagi orang-orang Umno. Biarlah ia terus menjadi bebas dan terus menjadi hantu raya tak bertuan.

P/s; Cuti panjang jaga baby..

Monday, December 8, 2008

Aidiladha dan blogger pariah bernama Surind!

Salam Aidiladha kepada semua kaum muslimin dan kaum muslihat. Semoga kita lebih memahami makna korban yang sebenar-benarnya. Korban meliputi pelbagai aspek kehidupan kita.

Dalam keadaan sekarang, Jihad ekonomi adalah satu korban yang perlu kita dihayati sebagai orang Islam. Sekiranya jihad ekonomi ini dihayati, maka, segala penyakit terutamanya rasuah akan dapat diatasi.

Kalau belum mulakan apa-apa, mulakan dengan niat dan tekad untuk berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah, adanya niat, maka langkah seterusnya akan bermula.

P/s: Tunggu perkembangan tindakan keras kerajaan dan/atau kenyataan mana-mana parti-parti politik di Malaysia terhadap satu posting seorang blogger pariah bernama surind. Si pariah ni dengan rela, berusaha dan sengaja membenarkan (atas sebab apa?: freedom of expression? Atau sebenarnya penghinaan?!!) satu kenyataan penghinaan yang keterlaluan kepada orang-orang Islam terhadap amalan fardhu haji yang merupakan salah satu RUKUN Islam dan menafikan keujudan Allah S.W.T.!! Astaghfirullah..Cuba bayangkan seorang individu Islam membenarkan satu posting yang menyatakan penghinaan tahap tertinggi kepada ajaran Hindu, apa perasaan orang Hindu???!!

Saturday, December 6, 2008

Landslide: a sad ending story..

i just read a news this morning about a massive lanslide in Bukit Antarabangsa which had claimed so far life of 4 people. The rescue force are still working out to find people that are believed still trapped in the mud. It was reported 14 bungalows were involved in the landslide. We just cannot rule out the possibility there are number of people are still missing. A few days back, we were saddened by the similar tragedy in Rawang that had claimed 2 life and the most recent was in Jalan Semantan.

I just do not know what to say, there're mix feelings..just fed up and tired since in the next few days, weeks and so on you can expect people would be pointing finger whose to be blamed. Of course, the authorities concern are in the hot soup!

What i see from this tragedy is more towards the shattered hopes and dreams of these people to live in the house where they can protect and weather their family from any harm and of course to make them comfort by living in their dream homes by their hard earned money. But now everything was swept away by the power of nature...

Living in Bukit Antarabangsa itself is a dream comes true by some people. What more to those who are capable to live in a bungalow. However, little to their knowledge that their dream house especially that in the hill area could later turn to be their worst nightmare or their own 'cemetery'..

Its a sad ending story of hopes and dreams..

P/s: Dengan izinNya..

Thursday, December 4, 2008

Menunggu di bilik bersalin..update!


Pada ketika dan saat ini, aku sedang berdebar-debar menunggu dan menantikan kelahiran bayi kedua di Hospital Putra Melaka.

Selepas mendapat panggilan telefon pada pukul 12.45 pagi , aku bergegas dari Seremban pulang ke Melaka.

Harap semua sihat, selamat kepada isteri dan anak yang bakal dilahirkan. Kepada Allah aku berserah.

Update: 9.25 am

Isteri aku masih tak dapat deliver baby dan nampak terlampau letih dan menahan sakit. Aku memang tak tahan tengok isteri aku macam tu. Doktor cakap tunggu lagi 2 jam tapi isteri aku memang tak tahan. Kami setuju untuk ceaser, first baby pun ceaser.

Sekarang tengah tunggu di operation room..

Harap doakan semua selamat..

Update: 9.45 am

Alhamdulillah, doktor cakap baby boy dah keluar dan cakap baby dalam keadaan baik, begitu jugak mama nya. Tapi tengah tunggu baby keluar untuk di azankan..

Update: 9.55 am

Baru lepas diazankan..macam muka aku, hensem..hahaha! Masih menunggu isteri aku keluar bilik bedah.

Update: 10.45 am

Syukur semua selamat, Alhamdulillah..

P/s: pada kelahiran yang ini, aku tertarik untuk mengambil stem cell anak aku yang aku nampak banyak menafaatnya. Satu kemushkilan lagi, aku dan isteri belum ada idea nak bagi apa nama anak aku lagi..

Wednesday, December 3, 2008

Avoid technology please..

Living in the world of IT and living in a complex society when people don't appreciate meeting people face to face due to the time constraint, having a technology to communicate is a greatest gift!

Having a business with no 'somebody' to offer a shoulder to cry on is the greatest challenge! People have to figure out whatever means to ensure their business survives and to guarantee their monthly bills, overhead & most importantly to continously gain respect from their wife and her family bla bla bla.

I remember during an interview, the owner of the biggest glove company in the world a malaysian told the interviewer, he had been working very hard because he scared his wife will run away! I know its a joke but at the same time it is undeniable a reality.

Utilising the IT is said to be crucial in term of marketing looking at the trend of our society. I think its the best place to do marketing. However, no matter how good your intention is when the usage of the technology was being misunderstood & spoilt by unknown intention of an individual plus with too much attitude of out of curiosity, everything which involved 99.9% of other individuals that was planned earlier must now be scrapped to avoid headache!

To cut the story short, the solution to the above problem, avoid technology and stick to the conventional way. Do every marketing by meeting people face to face subject to if they wanted to see your face or if there is someone to meet with or continously set a meeting with people who always manage to find reasons to avoid you.

Yeah, now we have to work much much harder for the uncertain!

P/s: By the way, what will we do if someone gives us hundreds acre of land?. Dont get me wrong.. I'm not saying i got it.

Tuesday, December 2, 2008

Serangan Mukhriz menjadi!

Tak dapat aku bayangkan betapa gembiranya hati aku melihat bagaimana ahli-ahli politik kaum cina dan India mengamuk dengan kenyataan Mukhriz berkenaan cadangan satu sistem persekolahan bagi meyatu padukan rakyat Malaysia.

Aku taknak ulas isu satu sistem persekolahan yang dicadangkan oleh Mukhriz tetapi aku seronok nak ulas sikap kaum cina & india apabila mereka di 'cuit' berkenaan hak mereka.

Nampak jelas betapa marah dan berapinya kata-kata mereka terhadap Mukhriz. bukan sahaja pembangkang malah komponen BN awal-awal lagi dah tunjuk hero! Lim Kit Siang membawa otoriti kes Utusan Melayu dan Mark Koding sebagai hujahan agar Mukriz disiasat dibawah seditious act dan pandai pulak nyatakan sekolah vernakular adalah salah satu dari 4 perkara yang tidak boleh dipertikaikan termasuklah hak-hak keistimewaan orang melayu kerana ianya dilindungi oleh Perlembagan!

DAP dah buat repot polis, Lim Guan Eng minta Mukhriz tarik balik kenyataan atau minta disiasat dibawah Seditious Act, Sami Vellu anak beranak dah kutuk tak ingat kenyataan Mukhriz, dan lain-lain kenyataan-kenyataan yang pelbagai yang tujuannya melahirkan kemarahan kepada kenyataan Mukhriz!

Aku rasa aku hanya mampu ketawa dan kalau boleh aku nak ketawa berguling-guling melihat betapa bahalulnya dan bodohnya permainan politik kaum bukan melayu yang akhirnya jelas seperti MELUDAH KE LANGIT DAN JATUH KE MUKA SENDIRI!

Setelah orang-orang melayu di 'serang atas bawah, kiri kanan', cuba dipertikaikan, dipermainkan, dipandang hina, dibelasah, cuba diperbangang-bangangkan dengan isu hak samarata dan hak istimewa orang melayu oleh permainan ahli politik kaum cina dan India dan dilabelkan dengan pelbagai label 'sial' oleh mereka, kini, apabila isu sekolah vernakular dibangkitkan oleh orang melayu, RUPA-RUPANYA, ahli politik kaum bukan melayu sebenarnya yang nampak berlabel 'SIAL' dan 'LAKHANAT'! Dan hujahan-hujahan yang mereka gunakan seperti MENJILAT LUDAH SENDIRI dan sebenarnya MENJUSTIFIKASIKAN tindakan orang-orang melayu mempertahankan hak mereka selama ini!!!

MORALNYA! Selepas terbongkarnya kebodohan dan 'open secret' ahli politik kaum bukan melayu, nampaknya TAKDA PELUANG DAN RUANG LAGI BAGI MEREKA UNTUK MEMPERTIKAIKAN HAK-HAK ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU ATAU APA-APA SAHAJA YANG SEUMPAMA DENGANNYA!!!

p/s: Betul kata Tun Mahathir baru-baru ni, serangan adalah pertahanan terbaik!

Wednesday, November 26, 2008

Ini sudah lebeh!!!

Apa nak jadi dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ni?!! Apa yang berlaku ni? Aku semakin pelik dengan sikap kaum-kaum lain di Malaysia sekarang ni yang bukan sahaja mempertikaikan hak-hak bangsa Melayu tetapi juga mempertikaikan fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan mencampuri urusan hukum hakam agama Islam.

Di Malaysia, apa lagi badan tertinggi yang memutuskan hukum hakam agama yang menyelesaikan maslahah masyarakat Islam kalau bukan Majlis Fatwa! Disitulah berkumpulnya ulama-ulama yang mempunyai kepakaran dan hadam Ilmu agamanya untuk memutuskan sesuatu hukum! DAN disitulah juga MARUAH umat Islam di Malaysia!

Tapi..pelbagai pihak NGO, ahli-ahli politik termasuk daripada kerajaan mempertikaikan hukum tersebut. Bukan sahaja mereka, tetapi yang mengejutkan ialah Pertubuhan Hindu Sangam Malaysia iaitu pertubuhan agama Hindu di Malaysia. INI SUDAH LEBEH!!!!

Apa hak mereka? siapa mereka ingin mempertikaikan keilmuan agama Ulama-ulama Islam? Mana sikap hormat badan hindu kepada badan Islam? pernah kah majlis fatwa mempertikaikan keputusan badan-badan agama Hindu yang melibatkan pengamal-pengamal hindu? INI KURANG AJAR!!!

Perkara ini secara tepat dan terus sebenarnya merendahkan maruah dan kemuliaan Islam. Ini adalah niat jahat. Mereka tidak lansung hormat kepada Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia dan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Negara seperti Singapura yang mengharamkan Yoga tidak pula menjadi isu. Mengapa KURANG HAJAR??!!

Adakah selepas kemenangan pembangkang yang diketuai oleh DAP kini membolehkan mereka menyatakan apa sahaja yang mereka suka? Dimana PAS (Parti Islam yang memperjuang Negara Islam? Mana PKR? (opps..lupa, ahli-ahli bukan melayu dah lebih ramai dari yang melayu, yang melayu pun bukan boleh pakai pun sebab hati kaum bukan melayu perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh).

Jangan dijolok sarang tebuan!!!. Orang melayu dah mula bertindak.

p/s: susu yang dibagi, tuba yang dibalas!!

Tuesday, November 25, 2008

(SOKONGAN RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER) Blog adalah MEDAN TEMPUR golongan professional muda

UPDATE!

Resolusi Sidang Parlimen Blogger 24 November 2008
TAJUK UTAMA : RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan pakatan rakyat di Pulau Pinang. Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan pakatan rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam dinegara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam.

6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.


POSTING ASAL


Nampak gayanya sudah ramai blogger-blogger melayu professional wujud dialam maya ini bagi mempertahankan maruah dan membela nasib dan hak-hak orang melayu yang nampak agresif dan semakin tersusun dan yang paling menarik dapat membincangkan dengan secara intellektual.

Maka, inilah cara sebenarnya bagi menarik perhatian generasi muda terutamanya golongan professional bagi meluahkan pandangan dengan cara yang berhikmah tanpa melibatkan emosi yang keterlaluan dan tak perlu mendengar cacian atau maki hamun atau melalui kejadian tumbuk menumbuk, flying kick dan sebagainya.

Ramai diantara blogger ini nampaknya lebih suka tidak menonjolkan diri dan tidak memegang jawatan penting atau tidak dikenali ramai atau tidak memandang kepada pengiktirafan tetapi sumbangannya amat significant didalam menangkis serangan siber yang lebih bahaya daripada serangan media-media cetak.

Aku yakin ramai blogger yang membela hak-hak melayu adalah datangnya daripada hati yang bersih dan ikhlas bagi membela bangsa bertuah ini bagi melihat generasi anak-anak kita membesar kekal menikmati nikmat-nikmat hasil jerih payah perjuangan tok nenek moyang bangsa melayu selama 500 tahun bagi mendapatkan kembali maruah dan kebebasan di tanah air kita sendiri daripada penjajah asing.

p/s:Sokong sepenuhnya kewujudan terancang untuk menyatukan blog-blog yang membela nasib dan hak orang melayu.

Monday, November 17, 2008

Hah peguam melayu, apa lagi?!!

Kertas undian untuk pemilihan Bar Council tahun 2009/2010 dah pun diedarkan. Maka, kalau selama ini kita menjerit, memaki hamun dan bersumpah membela orang melayu Islam, maka, perkara yang paling penting sekarang ialah MENGUNDI!

Gunakan kuasa majoriti kita! Maksimum undian sebanyak 12 calon tapi boleh kurang daripada itu.

AMBIL PERHATIAN! Tarikh akhir pengundian ialah pada 30 November 2008! Surat mesti sampai sebelum tarikh tu.

Jalankan kewajipan dan tolong sebarkan!

p/s: Dah undi & pos!

Friday, November 14, 2008

Our future is in the hands of our next generation!

Sumber: Utusan Malaysia 14.1.2008

Kurikulum Permata diperluas ke pusat asuhan tahun depan – TPM

Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kurikulum yang diguna pakai di Pusat Permata di seluruh negara akan mula diperluaskan ke pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak kendalian kerajaan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kurikulum yang telah diluluskan Kabinet itu akan dapat memastikan perkembangan yang holistik dari segi emosi, rohani, sosial dan intelek bagi pembangunan potensi kanak-kanak di bawah usia empat tahun.

‘‘Kurikulum ini telah pun dilaksanakan di 14 buah Pusat Permata Negara di seluruh negara dan daripada penilaian yang dilakukan, kita mendapati ia sangat berkesan.

‘‘Jadi, tahun depan kita akan mulakan secara berperingkat-peringkat melalui kerjasama dengan beberapa buah kementerian dan agensi yang berkenaan,’’ katanya.

Najib yang juga Pengerusi Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Secara Holistik yang bertemakan Setiap Anak Permata Negara di sini hari ini.

Nota: Konsep pelaksanaan pusat asuhan Permata Negara menekankan soal pendidikan awal kanak-kanak sejak bayi sehingga mereka berusia enam tahun.Pusat Anak Permata Negara tidak menekankan kepada pendidikan formal sebaliknya berteraskan pembelajaran yang memberi keseronokan kepada kanak-kanak.

p/s: I have been waiting for this news for so long. I've always believe that proper education must start as early as 1 years old. I hope that this move will be able to identify our children strength in their early age and will manouvre their strenght until they can contribute positively for this country and of course i do believe, malays will be benefited much from this programme especially the lower income group!

Now, their children can have the same system of education with those who are capable to send their children into private nursery schools. BUT please, QUALITY teachers are crucial for this programme!

Thursday, November 13, 2008

Tun Mahathir: 'Bangsa Malaysia'!

‘PM must have people’s trust’
By SIM LEOI LEOI

PUTRAJAYA: It does not matter if the Prime Minister is Malay or non-Malay, as long as he enjoys the trust of all Malaysians.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said there was no specification in the country that the Prime Minister should only come from among the Malays.

“But when you talk about having a non-Malay as a PM, you are being racist yourself because you shouldn’t ask the question if one is Malay or non-Malay.

“If he is acceptable to all Malaysians, yes, he can become PM. The specification is that he must be the leader of the majority party.
Speaking his mind: Dr Mahathir delivering his keynote address at the Perdana Leadership Foundation in Putrajaya Wednesday.

“Don’t ask if he is Malay, Chinese or Indian,” he told reporters after delivering a keynote address on “Bangsa Malaysia” at the Perdana Leadership Foundation here yesterday.

However, Dr Mahathir said the assumption that race-based politics or political parties were no longer relevant after the last general election when Barisan Nasional lost five states was wrong,

“Race-based politics is still relevant. We are still not united if we can’t even have a vision school for all children from various races to attend together. As long as there is such sentiment, we won’t be able to have Bangsa Malaysia.

“A multi-racial party won’t work because every multi-racial party is dominated by one race, like Gerakan and DAP. Even the PAP in Singapore is not multi-racial,” he said, adding that unless opposition parties like PAS or Keadilan were willing to have a non-Malay as their leader, such talk was merely propaganda.

Earlier in his address, Dr Mahathir said there would come a time when all races in the country would be able to come together as one “Bangsa Malaysia”.

“But I don’t think it will happen tomorrow and it will take a long time. We can keep our ethnic and cultural identities but we should feel more Malaysian than Malay or Chinese.

“The concept of Bangsa Malaysia cannot be forced on us and it cannot be done by a political party. This is because it’s about people, not politics,” he said.


p/s: Shame on those who preach for Bangsa Malaysia but failed to send their children in one school!

Monday, November 10, 2008

Seremban yang PANEH!

Tak dapat aku bayangkan betapa panasnya cuaca sejak kebelakangan ni di Seremban, sampai nak tidur malam pun terpaksa membuka baju.

Bayangkan nak tidur malam bilik pakai air cond pun kena buka baju..Apatah lagi kalau pada waktu tengahari?..

Biasanya kalau dalam keadaan cuaca panas ni, doktor mengesyorkan untuk minum air kosong banyak-banyak atau minum air 100 Plus.

Panas betul..memang panas..

Sekian, itulah cerita panas saya.

p/s: Apalah khabarnya sahabat-sahabat yang bertanding di Pemilihan Umno Bahagian Seremban semalam??!!. Harap sihat-sihat tubuh badan dan menang hendaknya.. ;)

Friday, November 7, 2008

Kenapa bukan melayu Malaysia tak layak jadi macam Obama!

Sumber: Bisik-Bisik Awang Selamat, Utusan Malaysia 7-11-2008.

Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44 terus menjadi bahan bualan hangat di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Cuma Awang tidak selesa dengan analisis tertentu yang mengaitkan pemilihan warga kulit hitam pertama sebagai Presiden AS itu dengan politik Malaysia.

Sudah kedengaraan suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri.

Dalam kita mengakui bahawa politik negara mempunyai banyak ruang untuk berubah, ia tidak bermakna kita harus menerima pakai senario AS.

Kajilah sejarah dan budaya politik Amerika yang sudah merdeka lebih 232 tahun berbanding Malaysia yang baru 50 tahun.

Fahamilah juga Perlembagaan kita.

Lagipun, para pemimpin termasuk parti bukan Melayu masih dibelenggu politik perkauman – berbeza dengan AS.

Di Amerika misalnya, rakyat termasuk pendatang hanya menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Inggeris dan satu sistem serta aliran pendidikan.

Banyak lagi realiti yang perlu dilihat termasuk soal agama. Obama adalah seorang Kristian iaitu agama teras AS. Antara faktor beliau ‘diterima’ ialah ibunya juga, seorang kulit putih warga asal AS.

Awang – Sentiasa fahami realiti.

Tuesday, November 4, 2008

Ajar tentang kurang ajar!

M. Nasir

Anak Anak Kita


Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu


Sunday, November 2, 2008

Tuntutan ahli politik cina: Jangan sampai kempunan lansung!

Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak tuntutan yang dibuat oleh ahli-ahli politik cina baik BN atau pembangkang sehinggakan aku merasa terlalu rimas dan lemas!

Yang terbaru penghapusan ekuiti 30% bumiputra. Alasannya, bagi membolehkan syarikat lebih berdaya saing dan memberi keuntungan ekonomi kepada Malaysia!

Alasan yang hanya cerita pasal 'untung'! Takda untung tarak minta! Samala dengan kaum cina datang buat kawan dengan melayu sebab ada untung, habis untung, PERGI MATI SAMA LU!

Adakah kaum cina tak faham sejarah? Tak jugak! Dah jenuh orang cerita pasal sejarah dah..bahasa lembut dah sudah, bahasa kurang hajar pun dah sudah! Bahasa lembut buat-buat tak faham, bahasa kurang hajar, marah pulak!

Cukup-cukuplah wahai ahli-ahli politik cina! Masih tersemat dihati kami orang-orang melayu titah Raja Muda Sultan Perak yang memberi maksud 'keamanan negara ini bergantung kestabilan minda orang melayu'!

Kalau minda orang-orang melayu tak stabil, jangan cerita pasal untung lagi, jangan cerita pasal ekuiti lagi, jangan cerita pasal hak samarata lagi, jangan cerita pasal hak sekolah cina lagi kerana semua tu tak penting lagi kalau negara huru-hara dan kucar-kacir dek perangai dan sikap dan permainan yang dimulakan oleh ahl-ahli politk cina!

LU SENDIRI MAU INGAT!!!

P/s: minda kurang stabil akhir-akhir ni.

Wednesday, October 29, 2008

Mukhriz selamatkan maruah KJ

Menjelang pemilihan Ketua Pemuda Umno Malaysia, KJ dengan beria-ria ingin berdebat dengan MM dan KT bagi mengwar-warkan kepada ahli-ahli Umno akan misi dan visi setiap calon.

Adakah ini cadangan yang baik? Adakah penolakan Mukhriz berjustifikasi?

Umum tahu akan pelbagai cerita-cerita pelik dan jelik tersebar di muka bumi Malaysia ini berkenaan saudara KJ sehingga boleh dicalonkan untuk dimasukkan didalam rancangan Ripleys: believe it or not? Dan umum tidak menafikan peranan KJ sehingga ramai rakyat berpaling kepada pembangkang atas tanda protes dan pelbagai lagi.

Kita tak dapat menafikan kelayakan akademik KJ yang hebat dan kebolehan beliau berbicara mengutarakan fakta-fakta dan juga kemewahan luarbiasanya??! :). Tetapi, yang menjadi persoalannya?

Adakah tindak-tanduk dan kata-kata KJ mempunyai NILAI dan MORAL dimata masyarakat? Perlu diingat, bukan sahaja kepada ahli-ahli Umno tetapi juga bagi dimata rakyat Malaysia keseluruhan?

Umno adalah tunggak kepada kerajaan, maka pemimpin Umno juga perlulah dilihat mempunyai nilai dan moral kepada semua rakyat bagi mengembalikan keyakinan rakyat jelata khususnya moral kepada ahli-ahli Umno.

Adakah KJ mempunyai NiLAI dan MORAL tersebut? Dan adakah penolakan Mukhriz berdebat dengan KJ berjustifikasi? Jawapannya, YA, kerana sekiranya MM bersetuju untuk debat diteruskan, isu-isu NILAI dan MORAL akan didebatkan kerana MISI dan VISI tidak dapat tidak akan dikaitkan dengan NILAI dan MORAL!.

Maka sebenarnya tindakan Mukhriz adalah menyelamatkan maruah KJ dari terus diipersenda dan diburukkan oleh pembangkang yang menunggu segala peluang dan ruang untuk bertindak.

P/s: apabila chegubard ingin berdebat, KJ menolak. Jangan tunjuk hebat dihadapan ahli-ahli sahaja. Buktikan anda hebat berdebat dengan pembangkang juga.

Sunday, October 26, 2008

Mukhriz atau Khir Toyo perlu undur diri!

Kalau mengikut trend persaingan kini nampaknya Mukhriz, KJ dan KT begitu sengit bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Tetapi nampaknya yang nyata mempunyai kelebihan ialah KJ! Kenapa?

Umum tahu kenapa Pemuda Umno Bahagian tidak mencalonkan KJ dan memilih samada Mukhriz atau KT. Sebabnya mereka merasa jelik untuk memasyhurkan KJ sebagai Ketua Pemuda.

Tetapi adakah kelebihan Mukhriz ketika ini boleh menjamin kemenangannya sebagai Ketua Pemuda? Sudah tentu tidak! Dan juga disaat kelihatan KT menghampiri kouta menjadi calon untuk bertanding KP March 2009 nanti, adakah ia boleh menjamin individu selain dari KJ boleh menang KP nanti? Tidak samasekali!

Di akar umbi sudah jelas menyuarakan pandangan majoriti untuk menolak KJ sebagai KP tetapi mereka berpecah undi samada untuk memilih MM atau KT! Adakah MM dan KT sedar bahawa situasi ini tidak memberi kelebihan kepada mereka berdua!, malah menguatkan kemungkinan bahawa KJ mendapat undian solid dari wakil-wakil bahagian-bahagian (yang mencalonkannya atau tidak) yang akan membuang undi nanti atas semangat 'setiaka?wang?' dan 'kekuatan' atau 'kerajinan' KJ melobi!.

MM dan KT perlu diingatkan bahawa masih ada ahli Umno yang masih 'mengemis RM' dan meletakkan maruah disenarai paling akhir dalam hidup mereka seperti yang diluahkan oleh Tun Mahathir walaupun ramai kini sedar bahawa kepentingan agama, bangsa dan negara adalah yang utama.

Oleh sebab-sebab inilah aku menggesa agar salah seorang calon MM atau KT menarik diri bagi menghalang KJ daripada dimashyurkan sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia. Sekiranya tidak berlaku, kemungkinan KJ menang sebagai KP adalah sangat besar dan sekiranya ini berlaku, maka suara akar umbi akan tenggelam dan Umno semakin hanyut dan karam.

P/s: Sebenar perjuangan perlukan pengorbanan.

Saturday, October 25, 2008

Zulhasnan Rafiq pengkhianat bangsa!

Utusan Malaysia melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafiq semasa merasmikan mesyuarat Bahagian Setiawangsa menyatakan BN hanya boleh memenangi Pilihanraya hanya dengan menggunakan konsep kesamarataan semua kaum! Kepala hotak kau!

Inilah dia contoh klasik orang melayu yang dah termakan dan kena jual dengan cerita 'sedih' dan 'rintihan' kaum cina! Aku nak tanya menteri umno ni, umno ditubuhkan untuk menang pilihanraya atau perjuangkan hak-hak orang melayu di Tanah Melayu ni??!!

Aku lebih rela menjadi ahli Umno yang menjadi pembangkang atas dasar memperjuangkan hak-hak orang melayu daripada menjadi kerajaan tetapi memperjudikan maruah dan hak bangsa Melayu!.

Berfikir apabila berkata-kata! Jangan kata-kata kita menjerat anak-anak bangsa kita sendiri. Mungkin anda dah berjaya dalam hidup tetapi masih ramai orang melayu ketinggalan. Jangan jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri terutama anda sebagai pemimpin.

P/s: Ditengah-tengah kita berasa kuat apabila Majlis Raja-Raja beri amaran jangan diganggu gugat kontrak sosial, ada pula Menteri Umno yang 'kena jual' dengan kaum lain dengan matlamat politik semata-mata untuk menang pilihanraya??!!

Thursday, October 23, 2008

Siapa pernah perdaya Utusan Melayu?

Umum tahu bagaimana pada suatu ketika dulu pengasas dan pendokong-pendokong Utusan Melayu, akhbar yang sangat berpengaruh kepada orang melayu pada masa itu terpedaya dengan seorang bangsa cina bernama Lee Kuan Yew.

Sebagaimana satu nukilan Subky A. Latif yang menegaskan bagaimana LKY berlagak dan berpura-pura sebagai pejuang hak-hak melayu yang akhirnya kita lihat nasib melayu di Singapura dan bagaimana Singapura kini dianggap sebagai salah satu wilayah cina selain daripada Hongkong & Taiwan.

Maka kini, belajar dari sejarah, tindakan Utusan Malaysia membela dan tidak berkompromi dengan maruah dan nasib melayu sepertimana yang diperjuangnya kini adalah wajib biarpun diancam dengan pelbagai tindakan oleh mana-mana pihak.

Ramai golongan melayu kini sudah termakan budi, helah dan termakan cerita-cerita sedih tentang bangsa cina yang kononnya didiskriminasi dan tertindas di Malaysia kerana tidak mendapat hak samarata sebagaimana yang diperolehi oleh golongan bumiputra walaupun ekonomi negara ini dipegang dan dikuasai oleh mereka.

Ramai juga golongan melayu ini tidak sedar bagaimana tertindasnya kaum melayu disektor swasta, dipandang rendah, tangga gaji rendah berbanding dengan bangsa cina walaupun mempunyai pendidikan lebih tinggi, peluang kenaikan pangkat yang hampir mustahil dan pelbagai lagi diskriminasi.

Semoga Utusan Malaysia terus memperjuangkan dan menjadi defensif kepada hak-hak orang melayu walau dikutuk, dihina dan diboikot oleh pembangkang kerana memperjuangkan hak-hak orang melayu.

Maka, tertebuslah sudah kesilapan dan dosa-dosa utusan melayu yang mudah termakan harapan palsu LKY pada suatu ketika dulu.

P/s: Harap orang melayu ambil iktibar.

Saturday, October 18, 2008

Eurocopter: Pah Lah ke Najib? Update!

UPDATE!

Hari ini DS Najib mengarahkan PAC membuat siasatan mendalam tentang pemberian kontrak helikopter kepada pembekal Eurocopter.

P/s: Tindakan bijak untuk disiasat oleh ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi membuktikan pembohongan Anwar!

ORIGINAL POSTING:-

Isu eurocopter kini memang menjadi satu isu besar yang menjadi senjata terbaru Anwar menghentam Najib dan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu peralihan kuasa yang tidak pernah wujud samasekali.

Persoalan sekarang, siapa mangsa putar belit Anwar?. Kalau di Parlimen Anwar fokus menghentam Najib akan isu tersebut tetapi satu fakta yang disembunyikan Anwar yg didedahkan oleh SUARA KEADILAN sendiri ialah dakwaan Lim Kit Siang bahawa penglibatan Kamaludin anakanda Pak Lah didalam pembekalan eurocopter tersebut!

Kenapa Anwar tak sebut lansung nama Kamaludin? Adakah ia akan mengalihkan misinya untuk memburukkan Najib?

Nampaknya, Anwar beria-ia benar ingin melihat masyarakat membuat persepsi buruk dan memfokuskan terhadap Najib semata-mata.

P/s: Aku memang susah kalau nak percaya manusia bernama Y.B Anwar Bin Ibrahim. Perubahan yang kini wujud dalam Umno nampaknya meresahkan Anwar (dihantui mahathirisme!). Zaid Ibrahim pun resah...kenapa?

Wednesday, October 15, 2008

Masa untuk berhijrah..

Alhamdulillah..bermula pada esok hari, secara rasmi aku akan kembali menjadi penduduk tetap di Negeri Sembilan selepas bersemenda selama lebih 4 tahun di Melaka.

Perkara ini disebabkan isteri aku telah bertukar tempat kerja dari Melaka ke Seremban atas urusan biasa pertukaran pegawai.

Sedih juga tinggalkan Negeri Melaka yang indah dan penuh bersejarah. Memang patut kenapa Melaka menjadi tempat tarikan pelancong.

Bagi aku yang paling menarik ialah tempat-tempat makan yang best-best yang pasti sekali aku akan miss bila berpindah nanti. Ikan bakar crystal bay, ikan bakar malim, ayam goreng Lot 85, Restoran kari kepala ikan dibukit katil, masak asam pedas di straits meridian, tanjung kling, nasi ayam di Taman Mini Malaysia, breakfast diklebang, bukit katil, roti canai bukit baru, gerai depan stadium Tun Fatimah, MEE BANDUNG paling best sekali di dunia di Durian Tunggal dan lain-lain. Pehh..meleleh air liur..

Begitu juga dengan kenalan-kenalan dan pelajar-pelajar di Kolej Professional Mara, Melaka yang belajar dibawah aku.

Tak lupa jasa ibu dan bapa mertua yang begitu mengambil berat dan bersusah payah menjaga isteri dan anak aku kalau aku outstation.

InsyaAllah, semoga penghijrahan ini akan memberi makna yang lebih baik untuk kehidupan aku sekeluarga sampai bila-bila.

P/s: macamana indahnya pun Melaka..Negeri Sembilan tetap dan lebih indah dimata hati..

Sunday, October 12, 2008

Jumpa SRK dan Isteri di Majlis Penganugerahan TYT Yang Di Pertua Negeri Melaka





Gambar-gambar 'SRK' dan isterinya di Majlis Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat di Dewan Hang Tuah, Dewan Seri Negeri Melaka semalam ..har! har! har!

P/s: Harapan untuk bertemu Datuk Shah Rukh Khan tidak kesampaian..

Friday, October 10, 2008

Gambar Hari Raya Pertama!


p/s: Atas permintaan dan kritikan keras dari beberapa blogger kerana tidak memakai baju melayu untuk gambar hari raya dipaparkan di blog ini, maka, diatas adalah gambar saya sekeluarga pada hari raya pertama.

Seri satu sama!

Selain daripada jawatan Timbalan Presiden Umno, yang sangat menarik diperhatikan ialah pertandingan anak menantu PM dengan anak mantan PM!.

Setakat hari ini kj sudah dapat pencalunan dari bahagian Machang dan Mukhriz dari Kimanis. Untuk permulaan juga, rata-rata menyatakan sudah ada kejutan dimana bahagian Machang yang mempunyai hubungan baik dengan Mukhriz, dimana bekas Ketua Pemudanya Datuk Sazmi Miah (yang merupakan sahabat baik mukriz dari MRSM Kota Bharu lagi dan ibu bapanya juga adalah bapa angkat Mukriz) diwar-warkan akan mencalonkan mukhriz tetapi tewas ditangan KJ. Menurut seorang blogger A VOICE, RM180,000-00 telah diagihkan kepada 'pengemis-pengemis' dan 'fakir-fakir miskin' di bahagian Machang yang tak layak menerima bantuan zakat yang mana setiap seorang 'layak' menerima 'sumbangan' sebanyak RM500. Betul ke tidak 'Wallahua'lam'..

Begitu juga dengan Mukhriz, menang dikawasan yang dikatakan kubu kuat KJ.

Bagi aku kemenangan pencalonan Mukhriz di kimanis adalah tidak memeranjatkan tetapi kemenangan KJ di Machang memang 'unsangkerable'!!!

Untuk pertandingan jawatan Ketua pemuda ini, aku lebih suka melihat kepada kepada senario di Negeri Sembilan walaupun aku tak terlibat lansung dengan pemilihan cawangan atau bahagian Umno, maklumlah baru mendaftar! Cuma melihat, memerhati, bercampur gaul dan bersahabat dengan rakan-rakan yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.

Rata-rata memberi reaksi yang sama, memaki hamun KJ berbakul-bakul dengan dalil-dalil dan sebab-sebab tersendiri.

Tetapi, tak tau lah masa pencalonan untuk Ketua Pemuda nanti. Diluar cakap berdegar-degar tapi bila pencalonan diumumkan pulak nama KJ. Aku yakin dan tak hairan ramai pemuda Umno dibahagian-bahagian di Negeri Sembilan ni akan mengundi untuk calonkan KJ termasuklah yang maki hamun KJ tadi. Korang tengoklah nanti pemuda-pemuda Umno di bahagian-bahagian terutama bahagian Seremban, bahagian paling 'rebel' tapi sure calonkan KJ sebagai Ketua Pemuda!!! Har! har! har!

ATAU sebenarnya itulah HASRAT dan KEINGINAN akar umbi dalam Umno untuk melihat KJ jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia....

P/s: Aku yakin sahabat-sahabat aku dalam Umno tak makan rm500 sorang untuk beli undi. Kalau rm5000 tu tak lau ler..ada sedikit goyang kot. Har! har! Har!.

Wednesday, October 8, 2008

Janji dikota!

Pak Lah telahpun mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding jawatan Presiden UMNO mac tahun depan walaupun pelbagai spekulasi dan cubaan-cubaan saat akhir penyokong-penyokong Pak Lah untuk memastikan Pak Lah terus kekal sebagai Presiden Umno sehingga Jun 2010.

Bagi aku keputusan ini adalah satu sejarah dan menjadi satu titik tolak bukan sahaja bagi UMNO tetapi rakyat Malaysia untuk terus menumpukan usaha sehabis baik bagi menangani masalah ekonomi negara dan rakyat yang semakin meruncing.

Selepas berlaku pelbagai polemik dari luar dan dalam kerajaan, maka, pada saat inilah BN perlu bersatu untuk memastikan mereka kembali meraih sokongan rakyat dan seterusnya mentadbir kerajaan dengan tekad serta azam yang baru.

Sebagai ahli Umno, keputusan Pak Lah benar-benar dipuji dan jasa-jasa beliau selaku Presiden dan PM tetap akan dikenang. Segala kelemahan yang lalu perlu menjadi teladan kepada pimpinan baru agar tidak lagi berulang.

P/s: walau ramai yang sukakan Tan Sri Isa untuk bertanding TPM termasuk aku, tetapi atas dasar keupayaan, reputasi dan karisma Tan Sri Muhyiddin nampaknya adalah calon terbaik.

Saturday, October 4, 2008

Hari Raya Aidilfitri


Bersama isteri Sharina & Fahim

Posted by ShoZu

Thursday, October 2, 2008

PAS vs DAP dalam kerajaan Selangor

Aku ada terbaca blog YB Iskandar, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor yang meluahkan kekesalan dan keluhan dengan perangai DAP dan kerajaan PR di Selangor dan secara tak lansung Kerajaan PR Perak.

Apa yang diluahkannya adalah hampir sama sepertimana kebimbangan diluahkan oleh bukan sahaja UMNO tetapi hampir keseluruhan masyarakat melayu.

Silalah baca keseluruhan posting-posting YB Iskandar di http://www.iskandar56100.blogspot.com dan telitilah kandungannya yang berkisar kepada kepentingan melayu untuk renungan kita bersama.

P/s: PAS nampak dipinggirkan dalam pentadbiran Selangor. YB Datuk Hassan Ali dah lama takbersuara..

Monday, September 29, 2008

Minal ei'din wal fa'izin..

Sempena bulan mulia bulan Ramadhan yang mana syawal bakal menjelma 2 hari saja lagi, maka saya berserta isteri tercinta Sharina Bte AliPitchay dan cahayamata Muhammad Fahim mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SALAM AIDILFITRI serta MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua rakan-rakan, sahabat taulan dan semua ahli-ahli keluarga serta pengunjung-pengunjung blog ini.

Semoga hari lebaran kali ini akan kembali merapatkan lagi hubungan terutamanya diantara kita sebangsa dan seugama dan juga hubungan kita dengan kaum-kaum lain yang berlainan bangsa dan agama di negara ini.

Begitu juga, sama-sama lah kita muhasabah diri kita dan semoga pelbagai drama yang berlaku dan terhidang dihadapan kita sejak akhir-akhir ini menguatkan semangat kita untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah diri kita kepada yang lebih baik dan terus diredhai oleh Allah Subhanawataa'la.

Thursday, September 25, 2008

Sayu dengan kemelut susu tercemar..

Bencana yang dibawa oleh susu bayi tercemar ini bukan sahaja dirasai dinegara china malah dirasai disemua negara didunia ini. Beribu bayi telah mengalami keracunan dan kes-kes kematian semakin meningkat.

Aku rasa begitu sayu melihat gambar bayi-bayi kecil dan tak mengerti apa-apa yang sedang dikendong oleh ibu mereka untuk mendapatkan rawatan. Sayu juga aku fikirkan bagaimana anak-anak kecil itu selama ini yang mengalas perut mereka daripada lapar dan dahaga semata-mata bergantung kepada susu tersebut yang rupa-rupanya adalah racun yang boleh membunuh!

Terlalu sayu juga aku memikirkan bagaimana anak-anak kecil ini menangis dimalam hari kerana lapar dan dahaga dan diberikan oleh ibubapa mereka dengan susu yang selama ini mereka rasakan terbaik untuk anak mereka.

Sayu juga aku fikirkan perasaan ibubapa mereka yang pasti merasa terlalu kesal dan tidak dapat memaafkan diri mereka yang selama ini bekerja keras mencari rezeki membeli keperluan makanan anak-anak dan akhirnya mereka dapati mereka membeli 'racun' untuk anak-anak yang ditatang dengan minyak yang penuh selama ini.

Pasti kini ibubapa mereka diselubungi dengan perasaan bimbang yang keterlaluan akan nasib anak-anak mereka.

Aku dapat rasakan perasaan ibu bapa anak-anak kecil ini kerana aku juga mempunyai anak kecil dan bakal menerima cahayamata lagi pada hujung tahun ini.

Aku berdoa agar kemelut susu ini dapat tidak berlaku di negara ini dan berdoa agar bencana ini dapat diatasi negara-negara lain didunia ini dan anak-anak kecil yang mengalami keracunan tersebut akan sihat seperti sediakala.

P/s: teringatkan fahim dan baby..dah 4 hari tak balik..mamanya kata fahim dah pandai mengeja one two three..

Saturday, September 20, 2008

Pak Laa bersara sebelum 9 okt 08?

Nampaknya Pak lah semakin tertekan dengan tekanan oleh MT Umno sendiri sehinggakan ahli-ahli MT yang jelas menyokong beliau selama ini tidak lagi mampu menahan tekanan dari menuntut Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa.

Khabarnya hasil dari perbincangan panas dan emosi sehinggakan bercucuran air mata tersebut menyimpulkan bahawa tarikh akhir untuk Pak Lah menyerahkan jawatan PM kepada Najib adalah pada 9 okt 2008.

Pada masa yang sama, Anwar masih lagi berterusan meyakinkan penyokong-penyokong taksubnya bahawa pakatan rakyat akan membentuk kerajaan. Kini tariikh akhir 23hb sept 2008 diberikan kepada Pak Lah untuk memanggil parlimen bersidang bagi mengadakan undi tidak percaya pada PM yang telah awal-awal lagi ditolak oleh Pak Lah. Tak tau apa lagi perancangan anwar selepas ini.

Kalau dilihat dari blog-blog yang mencecah jutaan pengunjung yang pada awalnya begitu mengambil berat peralihan kuasa tersebut, kini, melihatnya sepi dan menyimpulkan merupakan omong-omong kosong anwar. Begitu juga dengan blog-blog yang didokong oleh orang-orang kanan PKR sendiri tidak lansung menunjukkan keghairahan untuk peralihan kerajaan tersebut kecuali blog Anwar yang kini tidak diupdate secara sepatutnya untuk menunjukkan keghairahan pertukaran kerajaan.

Pelbagai drama yang dilakonkan oleh orang-orang politik sedang ditonton oleh rakyat sehinggakan naik muak dan mual hinggakan kini ramai rakyat seperti aku dah tidak mempunyai nafsu untuk menonton program-program yang berbentuk berita semasa. Nafsu aku kini lebih tertumpu untuk menonton program berbentuk hiburan ringan, program kanak-kanak, movie dan sukan atau tak tengok apa-apa lansung.

Cuma yang aku harapkan, sebagai seorang yang berniaga, sesuatu tindakan wajib dilakukan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia dari kemelesetan yang dijangka lebih teruk dan sukar dari kemelesetan sekitar tahun 1998 dan ketamakan kuasa dan ketidakstabilan politik ketika ini tidak membantu malah memburukkan keadaan.

P/s: bimbang pak lah yang katanya telah 'sedar' selepas mesyuarat MT dan dilihat ingin menyerahkan jawatannya kepada najib secepat mungkin, kemudiannya mendapat 'nasihat' dari penasihat-penasihatmya untuk terus kekal sehingga jun 2010 dan sedang menyusun strategi untuk itu. Reputasi flip-flop dan self declared 'seorang strategist' membimbangkan!.

Thursday, September 18, 2008

Dapat kad raya!

Hari ini aku dapat satu kad Hari Raya daripada saudara Ezam. Aku cuba nak fikirkan bagaimana beliau memperolehi alamat pejabat aku?..Aku tak pernah jadi ahli PKR pun..Tetapi apa pun terima kasih..InsyaAllah akan dibalas.

p/s: Apapun, berdasarkan pengamatan aku berdasarkan ucapan-ucapan beliau, kami berkongsi satu persamaan iaitu memelihara kepentingan Melayu dan Islam.

Wednesday, September 17, 2008

Kesan kegagalan PR tubuh kerajaan pada 16 Sept.

Berikut adalah kesan-kesan kegagalan penubuhan kerajaan pada 16hb September 2008 lepas KECUALI:-

a- Anwar di chop penipu besar.

b. Penyokong PR mungkin tawar hati nak percaya cakap Anwar.

C. Menjadi bahan lawak jenaka yang agung dekad ini.

d. Mereka yang mencanangkan kerajaan PR mendapat kemaluan besar kecuali mereka yang sama terlibat menipu.

e. Raja Petra akan terus ditahan dibawah ISA (walaupun dalam posting terakhir beliau seolah-olah tahu akan ditahan ISA dan mengharapkan Anwar melepaskannya pada 16 sept selepas menjadi PM).

f. 31 ahli-ahli Parlimen BN terus didalam BN.

g. Zaid berhenti jadi Menteri BN kerana rupa-rupanya mengharapkan jawatan Menteri dalam kerajaan PR.

h. Penafian Anwar yang bersungguh atas tuduhan liwat sebenarnya rekaan semata-mata seperti rekaannya untuk menubuhkan kerajaan pada 16hb September 2008.

P/s: Nampaknya yang paling malang RPK, sampai hati Anwar 'tangguhkan' misi ambil alih kerajaan pada tarikh lain. Dah nak raya ni..

Monday, September 15, 2008

Ucapan pemimpin-pemimpin lama kaum cina dan India tentang hak keistimewaan orang melayu

sumber: www.chedet.com

Speeches from great past leaders that may inspire some of us:

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.

“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.’’

Terjemahan :
Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan- kepentingan sah masyarakat kaum lain.
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do?

They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “ We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens...

As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race?

Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world ? I ask you. These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Terjemahan : Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “ Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

Sunday, September 14, 2008

Menteri Pak Lah yang keliru lagi mengelirukan!

UPDATE:

Breaking News;-

Zaid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pukul 2 petang tadi.

p/s: Memang patut sebab kau tak layak!

ORIGINAL POSTING:-

Manusia paling malang dalam sejarah politik Malaysia sudah pasti PM Malaysia AAB. Terlalu banyak pertikaian akan kredibiliti bukan sahaja dari parti pembangkang tetapi juga dari menteri-menteri, MP-MP BN, ahli-ahli umno & BN dan rakyat jelata.

Yang menariknya juga kredibiliti & tindakan Pak Lah melantik seorang menteri yang sedang mengalami krisis identiti dan 'confuse' iaitu Datuk Zaid Ibrahim, seorang peguam 'ternama dan hebat' a.k.a peguam marketing dan kepala otak bisnes. Seorang yang telah mengishtiharkan dirinya sebagai seorang 'liberal' dan sehingga ke hari ini masih belum diketahui didalam profession guaman apakah bidang guaman yang menjadi kepakarannya.

Malah, Menteri inilah yang paling tak laku di bahagiannya sendiri sehingga nak bertanding Ketua Bahagian pun tak cukup pencalonan.

Maka, menteri yang dikatakan sebagai menteri de facto undang-undang ini setakat ini masih tidak berfungsi sebagai Menteri Kerajaan tetapi lebih menampakkan dirinya sebagai menjayakan dan merealisasikan impian dan hasrat pembangkang yang jelas penuh dengan muslihat.

Yang terbaru Menteri yang bukan sahaja tidak popular malah seorang menteri yang tidak langsung mempunyai karisma ini dan hidup dalam dunia liberal yang tidak dikongsi oleh majoriti rakyat mendesak TS Muhyiddin meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan peralihan kuasa, dan seterusnya membuat kejutan pada hari ini menegaskan dengan beliau tidak bersetuju dengan alasan kerajaan berkenaan penahanan 3 orang dibawah ISA.

Zaid! Aku rasa kau dah confuse ni! Siapa sebenarnya yang patut letak jawatan dan disingkirkan? Menteri yang tidak bersetuju dengan peralihan kuasa didalam parti yang tak termaktub dimana-mana perlembagaan atau undang-undang tubuh ATAU satu dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan berdasarkan kepada Perlembagaan dan Undang-undang termaktub?

Jelaslah, engkau dengan Bar Council memang sekepala! Mana engkau ketika Bar Council mempertikaikan hak-hak orang melayu dan mempertikaikan undang-undang Islam? Aku nampak engkaulah hero IFC, Suruhanjaya Kehakiman, pelbagai tribunal yang 'diperjuangkan' oleh Bar Council yang jelas dipengaruhi oleh parti pembangkang!

Kesimpulannya Zaid; engkau tak layak dan umno tak rugi apa-apa kalau engkau dipecat dari jawatan menteri atau berambus dari Umno.

P/s: Tertarik dengan sidang akhbar Datuk Abu Zahar sebagai pengerusi MUBARAK yang mempertahankan kenyataan TS Muhyiddin dan DS Najib yang mana bahagian mempunyai kuasa untuk mengendorskan peralihan kuasa dan bukannya MT atau kabinet berdasarkan klausa 9 (4) Perlembagaan Umno disamping mempertikaikan kredibiliti Zaid Ibrahim. Pak lah nampaknya semakin terdesak dan keliru!

Friday, September 12, 2008

PKR hantar 5 wakil ke Taiwan

Update!

Aku berpendapat sebenarnya PKR cuba untuk mencari dan mencipta alasan-alasan untuk menjustifikasi kenapa PR tidak dapat menumbangkan kerajaan pada 16 September 2008 dan lain-lain tarikh yang bakal ditetapkan. Maka, kononnya nanti apabila wakil-wakil mereka ke sana dan berjumpa dengan MP BN, PKR akan berkata kesemua MP-MP BN yang kononnya telah bersetuju pada awalnya telah tidak menunaikan janji mereka atas alasan yang pelbagai. Secara politiknya alasan-alasan yang mungkin ialah kononnya MP-MP BN telah dibeli, dirasuah, dijanji dengan pelbagai jawatan dan sebagainya.

Original Posting:-


Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution telah mengetuai 4 perwakilan delegasi PKR untuk ke Taiwan menemui 49 MP BN di sana dan bertemu dengan MP BN untuk berbincang tentang lompat parti.

Apa strategi sebenar PKR? Kenapa perlu dihebah-hebahkan secara terang-terangan? Bukan kah ianya nampak pelik dan jelik?

Kalau betul mereka dah tetapkan hati untuk melompat, diorang dah lama tak pergi ke Taiwan untuk membuat persediaan dan latihan lompatan di Malaysia.

Isunya sekarang, apa strategi PKR sebenarnya?

Aku teringat satu pandangan seorang pakar risikan ketenteraan yang pernah aku kenal ketika part time kerja semasa belajar dulu yang mana terdapat satu TAKTIK PERANG PSIKOLOGI yang dimainkan oleh sebuah negara luar terhadap Malaysia ketika mana Kerajaan Malaysia setiap kali membuat rundingan atau tinjauan tentang pembelian peralatan ketenteraan diluar negeri, mereka akan sentiasa dilihat berada ditempat tersebut bagi menimbulkan satu perasaan resah dan bimbang kepada Malaysia bahawa segala aktiviti mereka diperhatikan, WALAUPUN sebenarnya mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku didalam rundingan tersebut.

Adakah Saifudin Nasution cuba menggunakan taktik ini semata-mata sebenarnya bagi menimbulkan keresahan? Sedangkan tiada apa-apa perundingan yang akan berlaku sebenarnya? Dan ini adalah satu taktik PERANG PSIKOLOGI seperti yang dinyatakan diatas?

Bagi aku tak hairan sekiranya ianya adalah satu serangan psikologi yang mempunyai persamaan dengan taktik ketenteraan diatas kerana Saifudin Nasution kalau tidak silap adalah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pertahanan ketika didalam kerajaan!. Maka, atas dasar itu tidak hairan beliau dijadikan sebagai Pengarah Strategi PKR dan menggunapakai strategi-strategi yang digunakan dalam ketenteraan.

ATAU sebenarnya atas hubungan baik negara tersebut dengan Anwar maka Anwar mendapat nasihat-nasihat dan pandangan-pandangan tersebut secara percuma??!!

P/s: Apa-apa pun sekiranya ada kejutan, maka aku yakin itu adalah Qada' dan Qadar.

Pak Laaa terkezut

UPDATE:

KJ semasa di majlis berbuka puasa di Segamat dilaporkan berkata perubahan kepimpinan UMNO tidak menyelesaikan masalah dan menyindir pihak yang mengusulkan perubahan sebagai retorik kosong dan yang penting ialah semua pihak berusaha mengukuhkan BN! Beliau berkata beliau tidak merujuk kepada mana-mana kenyataan oleh mana-mana pihak.

P/s: kalau ada perubahan, masalah siapa yang tak selesai mr KJ?, i smell something rotten..

ORIGINAL POSTING:

Pak Lah semalam menyatakan bahawa beliau terkejut dan kelihatan agak marah dengan kenyataan TS Muhyiddin berkenaan gesaannya untuk Pak Lah berundur lebih awal dari yang ditetapkan.

Seperti biasa skrip beliau bila ditanya berkenaan hal tersebut "saya masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan".

Tetapi kali ini riak wajah Pak Lah amat berbeza dan nampak tertekan. Dan juga kali pertama juga nampak seolah-olah Pak Lah terpukul sebab selama ini beliau kelihatan seolah-olah manusia yang tidak pernah pusing atau ambik berat apa orang lain kata walaupun kata-kata itu untuk kebaikan Umno, BN, bangsa Melayu atau negara seperti yang disindir oleh Tun Mahathir.

Bila ditanya pula tentang kemasukan kembali Tun Mahathir ke UMNO, dengan riak wajah yang nampak tidak gembira menegaskan MT akan buat keputusan! Berbeza ketika mana Ezam masuk UMNO dulu, dengan senyuman yang tak pernah lekang begitu excited menyatakan UMNO menerima beliau menyertai UMNO walaupun MT belum membuat keputusan.

P/s: Pak Lah pernah kata selepas PRU 12 'saya tidak tertekan kerana BN masih banyak kerusi di Parlimen' tetapi dengan kenyataan TS Muhyiddin, kemasukan Tun Mahathir ke UMNO dan cita-cita besar anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16hb September 2008, nampaknya kini Pak Lah nampak tertekan. Hanya sindrom penafian sahaja yang menjadi 'senjata utama' Pak Lah bahawa beliau mempunyai sokongan yang kuat.

Wednesday, September 10, 2008

Tarikh 16 september mungkin ditunda

Anwar didalam ucapannya kepada penyokong-penyokong menyatakan bahawa kemungkinan pembentukan kerajaan oleh PR akan ditunda atas sebab-sebab tertentu di antaranya kononnya gagal berhubung ahli-ahli MP yang kini mengadakan lawatan ke Taiwan.

Apa punya alasan datuk seri? Tak kukuh lansung..Parti-parti lain dalam PKR pun tak yakin..Datuk Seri nak jadi Mat Jenin? Hj Hadi dah cakap dia tak nak!

Tapi, kalau jadi Mat Jenin aku tak kisah, yang aku kisah, kalau Anwar PENIPU BESAR! Sebab permainan anwar benar-benar menghuru-harakan ekonomi dan negara. Dahlah rakyat ramai terjejas akibat kelembapan ekonomi, kerajaan pula tidak dapat menumpukan usaha untuk menyerap kesan kelembapan ekonomi dek menumpukan usaha untuk memastikan BN terus berkuasa. Terlalu banyak masa ditumpukan untuk itu. Malah, pelabur baru juga bimbang untuk melabur atas ketidakstabilan politik!

Tetapi, sekiranya maksud anwar adalah untuk menghuru-harakan BN, ya, anwar memang berjaya TETAPI...kejayaannya dilaksanakan atas KESENGSARAAN dan KEPAYAHAN RAKYAT!!

Takpa, biarlah cita-cita dan impian Datuk Seri tercapai atas apa cara sekalipun.

P/s: dan masih ramai penyokong-penyokong PR yang ternanti-nantikan 'kerajaan' baru pada 16 september 2008 ini atau 'tarikh-tarikh' lain yang lebih sesuai..Berdasarkan psikologi, permainan dan modus operandi Anwar ini adalah ciri-ciri utama manusia yang suka berdusta!

Tuesday, September 9, 2008

Dr Mahathir kembali kepada UMNO

Berita jam 1 di TV1 hari ini menyatakan Datuk seri Muhyiddin Yassin didalam satu sidang akhbar menyatakan Tun Mahathir membayangkan kepada beliau didalam satu pertemuan untuk kembali menyertai UMNO.

Tun Mahathir menyatakan bahawa hasrat beliau didorong daripada situasi politik terkini dan menyatakan bahawa adalah sukar untuk mengubah UMNO daripada luar.

Kabarnya juga beliau akan menyokong pencalonan Tunku Razaleigh sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang .

P/s: Yang paling menarik perhatian ialah pertemuan 4 mata antara Tun dan Muhyiddin. Apa perancangan seterusnya?

Saturday, September 6, 2008

Fahim & Friends





it was a great day for fahim and his school friends. it was their school photoshoot! Everyone looked excited with their best cloth & off course looked naive..

P/s: live in peace & harmony..everyone Malay chinese indian must be taught to respect each other in their early age.

Thursday, September 4, 2008

Bestnya jadi peguam..

Hari ini hari ketiga aku berkampung di ofis dan 2 hari tak balik rumah untuk mennyiapkan dokumen-dokumen injunksi dan membuat kajian undang-undang.

Besok barulah rasanya boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Semua perkara-perkara tu tidak menjadi masalah dengan aku kecuali satu..

Memandangkan dokumen-dokumen aku perlu dikeluarkan dan dimeteraikan oleh Mahkamah seberapa segera yang mungkin, maka satu perkara yang melemahkan ialah untuk berdepan dengan staf-staf mahkamah, merayu, meminta belas, meminta ihsan daripada mereka untuk memproses dokumen dikeluarkan secepat mungkin.

Pengalaman lepas, kemungkinan yang kuat ialah sepatutnya kita mengadu hal kepada staf-staf makamah akan betapa pentingnya kepada anakguam aku untuk dokumen ini dipercepatkan untuk mengelakkan berpuluh-puluh orang kehilangan kerja, tetapi mereka pula mengadu hal betapa tertekannya mereka dengan kerja yang banyak, susah nak mencari fail, budak fail hilang, tengah sibuk photostat, telefon, tengah syok berbual, person in charge keluar sekejap, saya tengah sibuk, belum balik lunch atau sarapan, pegawai cakap tak boleh, tunggu sekejap, gaji rendah dan 1001 masalah!.

Yang aku lemah lagi, apabila mereka membuat kerja seolah-olah dalam keadaan slow motion, tak bersemangat, nampak terpaksa, muka membosankan, bila kita tengok muka seolah-olah macam riak muka tu berkata-kata, "Ha! Kau apa hal? Kau nak apa?" Aku rasa malu dengan sikap dan etika kerja sebahagian (majoriti) mereka.

Apa yang menyedihkan, mereka ini majoriti melayu dan bila berhadapan dengan mereka aku terpaksa meletakkan diri aku sebagai seorang manusia yang mempunyai 'kasta' lebih rendah daripada mereka bagi mendapat perhatian.

Sedar tak diorang yang bangsa kita semakin dihina oleh bangsa lain? Kalau sikap dan etika kerja orang melayu tidak berubah, sampai bilapun orang melayu tidak dihormati. Aku yakin ramai juga orang melayu yang telah berubah tetapi majoritinya masih belum.

Apa kata bulan Ramadhan mulia ini, kita sama-sama berubah? Susah? Kenapa tidak? Aku yakin bangsa Melayu lebih hebat dan terbilang daripada bangsa--bangsa lain didunia sekiranya sikap kita berubah kepada sikap yang ingin bersaing dengan yang terbaik dan seterusnya menjadi terbaik dikalangan yang terbaik

P/s: ramai peguam melayu berhenti practise sebab terlalu mencabar dan memenatkan baik dari segi persaingan bisnes atau ilmu pengetahuan, bebanan pelbagai liabiliti sekiranya ada kesilapan dan pelbagai cabaran lain. Tapi, aku berdoa untuk terus practise sebagai satu fardu kifayah terutamanya didalam bidang tidak ramai orang Islam ceburi. Aku harap ada sumbangan bermakna aku nanti pada Agama Bangsa dan Negara.

Wednesday, September 3, 2008

Terkenang dulu-dulu di bulan ramadhan

Semasa kecil dan sejak dari tahun 2 aku memang tak pernah miss puasa. Seingat aku, Tahun 1 dapat puasa 13 hari. Macam-macam kenangan yang aku lalui, begitu juga dengan kawan-kawan lain.

Yang paling aku ingat ialah aku memang suka pergi kedai runcit di pekan Juasseh, Kuala Pilah tanpa pakai selipar walaupun untuk membeli gula-gula seposen di kedai koh tong atau kedai kah lee, atau kedai ah chong atau di kedai kochik (semuanya cina) atau beli air oren Tok Calong berharga 10 sen, yang mana jauhnya hampir 1 kilometer dari rumah orang tua aku. Maka, dibulan puasa juga sudah pasti aktiviti-aktiviti tersebut aku takkan tinggalkan dibulan puasa untuk standby berbuka puasa atau beli mercun atau main tikam-tikam. hehe!.

Pada satu ketika dibulan ramadhan, semasa tengah melihatkan barang-barang yang nak dibeli dikedai ah chong, tiba-tiba anak towkey ah chong sudah bising ada barang-barang dia sudah hilang. Maka kebetulan aku berseorangan dikedai tu dan aku adalah suspect utama! Aku ingat aku masa tu dalam darjah 3 atau 4.

Maka apabila dia tanya aku, aku kata aku tak ambil apa-apa barang lagi pun dan soalan seterusnya untuk memastikan aku tidak berbohong, dia tanya aku "hari ni lu puasa ka?. Aku dalam keadaan gabra, aku kata "ya". Tiba-tiba dia senyum seolah-olah puas hati dengan jawapan aku. Dia minta maaf dan aku rasa lega. Fuhh!

Bila dah besar, terutamanya sekarang, kalau aku lalu dikedai-kedai cina tu dan teringat peristiwa dulu-dulu aku dapat rasakan betapa hormatnya mereka kepada orang-orang melayu dan adat resam serta agama islam masa dulu-dulu. Cuma pada masa ini, aku dah tak merasa satu perasaan, hormatnya kaum lain pada bangsa Melayu serta adat resam dan agamanya. Bukan sahaja kaum lain, tetapi juga bangsa sendiri merasa meluat dan berasa benci kalau diceritakan hak-hak bangsa Melayu. Apa sudah jadi?

Maka, kemanakah sebenarnya arah dan tujuan bangsa kita di Tanah asal nenek moyang kita?

P/s: usaha setakat yang mampu..

Sunday, August 31, 2008

Salam MERDEKA!

Seluruh rakyat Malaysia pada hari ini menyambut kemerdekaan yang ke 51. Walaupun sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu-isu yang timbul, perselisihan faham, perbezaan melampau pandangan politik, caci maki, bergaduh dan sebagainya, namun masing-masing tiada sebab untuk tidak menyambut atau sekurang-kurang jauh didalam lubuk hati seluruh warga Malaysia untuk mempunyai semangat yang sama iaitu meyambut hari Kemerdekaan Negara kita.

Untuk kali pertama dalam hidup aku, aku terdengar anak aku yang berumur 2 tahun 10 bulan, Fahim, pagi ini menyanyikan lagu Negaraku walaupun sebutan dan pitching terlalu jauh larinya, terkejut juga.. namun aku yakin semangat Merdeka juga wujud dalam dirinya.

Untuk seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Merdeka! Semoga keamanan dan kemakmuran terus terpelihara sampai bila-bila.

P/s: Salam RAMADHAN juga. Masa terbaik untuk bermuhasabah! Moga amalan kita diredhai Allah SWT. Indahnya Ramadhan sekiranya kita bersatu.

Friday, August 29, 2008

Kisah bapak dan anak!

Tersebutlah kisah seorang anak yang mempunyai sakit kanser yang kronik. Maka, si bapak telahpun berjumpa dengan ramai doktor-doktor pakar dan yang terbaik didunia yang menasihatkan si anak untuk menjalankan pembedahan serta merta untuk pulih.

Tetapi atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh sibapak sahaja atau mungkin sibapak tak faham atau tidak mendengar atau buat-buat takda otak, mata dan telinga, maka sibapak mengatakan kepada anaknya,

"wahai anakku, takpalah, makanlah panadol dan ubat painkiller ni, tahanlah dulu yer, 2 tahun lagi kita buat pembedahan, mudah-mudahan awak sihat"..

P/s: dalam keadaan sekarang, relevan ke peralihan kuasa pada jun 2010?

Monday, August 25, 2008

Sapa menang PRK Permatang Pauh?

Anwar Ibrahim!

P/s: Prove me wrong!

Friday, August 22, 2008

Con-skrip-lagi?

Satu perkara yang sememangnya dijangka ialah alasan dan justifikasi beberapa pemimpin PR bahawa berkenaan isu penahanan 2 exco Perak oleh BPR adalah KONSPIRASI POLITIK!.

Aku tak nafikan masih ada penyokong-penyokong PR mempercayai sepenuhnya kata-kata pemimpin-pemimpin mereka. Tetapi, aku yakin juga, ada juga penyokong-penyokong PR yang masih rasional.

Hentikanlah skrip macam ini. Aku rasa rakyat pun dah bosan dengan skrip yang sama dan basi macam ni. Rakyat melihat, memerhati, menganalisa dan membuat keputusan berdasarkan akal dan panduan agama.

Rakyat dah semakin matang untuk bezakan kon-spi-rasi dan Con-skrip-lagi.

P/s: Kepentingan politik nampaknyalebih penting dari membasmi rasuah. Biarlah PR tu tetap bermaksud 'Pakatan Rakyat' bukan 'Perbodohkan Rakyat'!

Thursday, August 21, 2008

Pemuda PAS cabar Anwar bersumpah.

Pemuda PAS Selangor dilaporkan oleh Utusan Malaysia mencabar Anwar untuk bersumpah dan menyatakan Saiful telah melakukan sesuatu yang betul.

P/s: macam taknak bagi Anwar menang je

Wednesday, August 20, 2008

2 Exco Perak ditahan BPR

Breaking news!

Akhbar the Star dan Utusan Malaysia baru sahaja melaporkan 6 orang termasuk 2 Exco Perak ditahan BPR dan direman 3 hari kerana dituduh menerima suapan termasuk rasuah seks untuk mempercepatkan satu projek perumahan bernilai RM180 juta.

P/s: Bukankah kerajaan PR tu suci dari rasuah? Apapun, untuk berlaku adil, biar BPR lakukan siasatan dulu.

Terdetik..teringat..

Ketika semua orang sibuk memfokuskan PRK Permatang Pauh, sibuk membualkan berkenaan sumpah mubahalah saiful, heboh dengan keengganan Awar membuat sumpah, puas mendengar fatwa-fatwa ulama'-ulama', bising pasal YB Zulkefli Nordin 'menyerang' Bar Council dan lain-lain isu hangat..tiba-tiba aku teringatkan saiful dan terdetik dalam hati...

Sakit lagi tak anu tu kalau nak 'bertabarruq'???

P/s: Orang tua-tua cakap masalah yang betul-betul masalah bagi manusia ialah kalau susah nak buang air besar!

Tuesday, August 19, 2008

Cuba bayangkan...

Cuba anda bayangkan didalam satu situasi dimana sekiranya saiful bersumpah menuduh Najib telah menyodomisekan dia?

Boleh anda gambarkan apa reaksi dari US, Gus Dur, Estrada? adakah US akan membela Najib dan menghentam sistem undang2 Malaysia?

Apakah reaksi BAR Council? Adakah Bar Council akan menganjurkan forum bagi melindungi dan membela hak-hak saiful yang telah diliwat dari segi undang-undang?

Bagaimana reaksi Anwar dan penyokong-penyokong pakatan rakyat? Adakah satu tribunal akan ditubuhkan? Atau satu demonstrasi besar-besaran diadakan dan pelbagai memorandum dibuat untuk membela nasib saiful? Adakah mereka akan memaksa najib bersumpah juga?

Apakah pula reaksi RPK? Adakah beliau menggesa polis serta badan berwajib membuat siasatan yang rapi terhadap Najib? Dan seterusnya membuat siasatan sendiri bagi memastikan Najib benar-benar bersalah dan pelbagai SD dibuat bagi menyokong tuduhan saiful?

Reaksi Tok-Tok Guru Nik Aziz dan Hj Hadi bagaimana?

Dan apa pula reaksi penyokong-penyokong Najib?

P/s: kalaulah..

Monday, August 18, 2008

Kalaulah Anwar bermubahalah..

Jawabnya, Arif Shah patut tarik diri daripada bertanding di Permatang Pauh dan BN patut bungkus segala khemah-khemah dan segala barang-barang yang berkaitan dengan kempen dan segala jentera dari seluruh negara lupakanlah niat nak datang berkempen dan luangkanlah masa berharga bersama isteri, suami dan anak-anak sempena musim cuti sekolah ini.

P/s: kalaulah..

Saturday, August 16, 2008

Mana nak percaya?

Saiful telahpun bersumpah dengan nama Allah secara mubahalah bahawa Anwar telah meliwatnya semalam dan telah melafazkan segala laknat pada dirinya, keluarganya dan keturunannya sekiranya beliau berbohong dan berdusta.

Balasubramaniam telah juga bersumpah tetapi melalui akuan bersumpah dihadapan pesuruhjaya sumpah dengan membayar rm4..

Begitu juga Raja Petra Kamarudin telah bersumpah melalui akuan bersumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah.

Malah, Dr Osman yang merawat saiful juga dikatakan telah membuat pengakuan bersumpah juga dihadapan pesurujaya sumpah.

Persoalannya, siapa yang berkata benar dan siapa yang berbohong?

P/s: Terpulang kepada anda!

Wednesday, August 13, 2008

Kenapa dengan Khalid Ibrahim

MB Selangor mencadangkan untuk membuka kuota 10% kuota untuk pelajar-pelajar bukan bumiputra belajar di UITM. Satu demi satu hak-hak orang melayu nak digadai kepada orang bukan melayu oleh orang melayu sendiri. Kenapa? Nak jaga hati, jiwa dan perasaan orang bukan melayu?

Bagi aku kenyataan ini semata-mata untuk kepentingan politik mereka sendiri bagi meraih sokongan bukan melayu! Takda lain daripada itu. BABI!!

Ahli-ahli politik akan gunakan apa sahaja cara dan jalan (duit, perempuan, maksiat, maki hamun, fitnah, menggadai hak masyarakat dll) bagi mendapatkan kuasa untuk kepentingan diri sendiri!

P/s: Majlis Peguam BAR Council dijadualkan akan mengadakan Annual Dinner pada bulan ini. Aku mengisytiharkan tanda benci dan protes aku dengan sikap bias Majlis Peguam untuk memulaukan dinner tersebut dan ini adalah PERMULAAN!!!

Tuesday, August 12, 2008

Sunday, August 10, 2008

Majlis Peguam dan Peguam Melayu.

Sekian lama aku memendam rasa dengan sikap dan peranan Bar Council sejak kebelakangan ini, memang lama aku cuba luahkan, malah banyak kali aku suarakan kepada rakan-rakan peguam melayu yang lain. Kebimbangan awal telahpun dinyatakan didalam posting terdahulu didalam blog ini.

Apabila aku ingin suarakan dan menggerakkan sesuatu, sudah awal-awal lagi kedengaran halangan-halangan tertentu dari peguam melayu sendiri walaupun mereka amat sedar akan keadaan kaum melayu dicabar sewenang-sewangnya dan sesuka hati oleh pentadbir-pentadbir tertinggi Bar Council yang terdiri daripada mereka bukan melayu walaupun komposisi peguam melayu adalah yang tertinggi didalam Bar Council itu sendiri.

Namun begitu tetap aku tak pernah salahkan mereka, namun masih lagi mengharapkan mereka (aku juga) dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa untuk sama-sama pertahankan maruah bangsa kita sendiri.

Tetapi, sehingga ke hari ini, aku masih tidak boleh maafkan peguam-peguam melayu yang sudah kaya raya dan mempunyai kewangan yang lebih daripada mencukupi tetapi masih tidak teringat untuk menyumbang apa-apa. Aku yakin golongan ini ramai.

Adakah mereka merasakan ini bukan urusan mereka? Mungkinkah sesetengah daripada mereka merasakan sumbangan kepada bangsa sendiri tidak sepenting berbanding dengan menghabiskan masa dengan berkaroake, perempuan, menabur wang ringgit dan menghadiahkan pelbagai hiburan yang melalaikan kepada klien-klien bagi mengaburi 'performance' yang tidak seberapa.

Mungkin mereka menjawab, "mana nak ada masa berpersatuan, kalau tak buat macam tu, macamana nak cari makan..".

Patutkah aku salahkan mereka?

P/s: Cuba mana termampu..aku yakin, aku dahpun mulakan sesuatu..

Friday, August 8, 2008

Pening kapla..

Pening kepala sekarang ni memikirkan nak beli rumah samada rumah double storey, corner lot fully furnished dengan matured garden, gazebo etc-etc atas luas tanah 4200kps yang berharga RM290,000-00 atau rumah banglo baru 1 tingkat baru dan mempunyai tanah seluas 10,000 kps berharga RM275,000-00. Kedua-dua rumah dikawasan yang tidak jauh diantara satu sama lain iaitu di kawasan Seremban 2.

Berkenaan kawasan, rumah double storey tu masyarakat majmuk dan dekat dengan Jaya Jusco dan agak sunyi tetapi berdekatan dengan sekolah dan lain-lain kemudahan. Rumah banglo pula, kawasan baru tetapi majoriti orang-orang melayu yang asalnya daripada Felda sendayan dan kemudahan-kemudahan adalah didalam 'CADANGAN' pembinaan dan dimaklumkan telahpun diluluskan. Masyarakatnya mungkin lebih kepada semangat gotong royong sepertimana dikampung.

Yang peningnya kedua-dua perlukan deposit dan jawapan awal. Kalau tidak akan di beri kepada orang lain memandangkan advertisment adalah melalui internet. Melepas la jawabnya..

p/s: Yang paling tak best dan memeningkan ialah kelulusan shareholder "isteri :)" belum diperolehi memandangkan dia masih belum melihat rumah-rumah tersebut dan belum tahu bila boleh datang melawat memandangkan kami masih duduk di Melaka.

Tuesday, August 5, 2008

Rezeki

Mungkin didalam masa terdekat ini, ada perkara yang menarik yang mungkin berlaku didalam hidup aku. Sesuatu yang amat aku harapkan yang mana membolehkan aku sentiasa bersama-sama keluarga aku. Tak confirm, tetapi kemungkinannya kuat.

Memang ada pro & cons. Tetapi didalam hal yang berkait dengan keluarga sudah pasti memberi banyak kelebihan. Anak-anak membesar dihadapan mata, bukan atas tanggungjawab lebih kepada isteri. Bersyukur dapat isteri yang sangat memahami, pandai menjaga anak dan menjaga hal ehwal rumahtangga walaupun sibuk dengan tugas tersendiri mencari rezeki. Terima kasih dik..

Tak rugi aku jadi pengapit kepada sahabat baik aku pada 20.02.2002. Pertemuan pertama dengan isteri diatas pelamin berakhir dijinjang pelamin pada 12.6.2004.

@E90

Thursday, July 31, 2008

Pas tolak kerjasama dengan UMNO bentuk kerajaan

Pas telah mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat atau negeri-negeri terutamanya dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Terpulanglah kepada kebijaksanaan Pas tetapi daripada laporan-laporan berita dilihat muqabalah yang sedang berjalan diantara Pas dan Umno tetap tidak tergugat.

Aku dah menjangka keputusan Pas tersebut, cuma harapan ikhlas aku kalau bukan melalui kerjasama membentuk kerajaan, cukup kedua-dua pihak mempunyai 'common interest' yang mana Pas dan Umno bersama-sama bersatu membela kepentingan bersama tersebut terutamanya soal orang melayu dan agama Islam sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba persoal dan pertikaikannya.

P/s: Belum berminat nak komen apa-apa pun berkenaan Anwar didalam blog ini.

Wednesday, July 30, 2008

Israk Mikraj: ramai tak sedar

Hari ini adalah hari bersejarah bagi umat Islam sempena perjalanan yang menakjubkan Rasulullah dari Masjidil Aqsa di Palestin, meredah 7 petala langit ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah SWT didalam tempoh satu malam.

Hari tersebut juga pada asasnya menguji ketaqwaan dan keimanan umat Islam pada zaman Rasulullah atas sesuatu perkara yang dianggap terlalu mustahil mengikut logik akal.

Teringat pada masa kecil dikampung, setiap kali israk mikraj, maka diceritakan berhari-hari pelbagai kejadian tentang perjalanan Rasulullah yang penuh dengan teladan dan panduan untuk kehidupan umat Islam yang mana hikmah terbesar Israk Mikraj, Allah SWT telah memerintahkan ibadah Solat kepada umat Islam.

Ramai mungkin tidak sedar akan hari-hari kebesaran dalam Islam, malah saya yakin ramai diantara kita yang masih gagal menghafal bulan-bulan Islam, itu belum cerita menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Jangan cerita hafal lagi, baca Quran pun mungkin ramai dah lupa bila akhir sekali buka al-Quran dan baca. Yang hafiz pula, adakah ajaran al-Quran dan Hadith dihayati?

Hmm..bukan nak ingatkan orang lain sebenarnya...satu jari tunjuk pada orang, 3 jari tunjuk pada diri sendiri.

P/s; Di Palestin menerusi berita hari ini, penduduk Gaza merayu agar puak Hamas dan Fatah bersatu. Apakah kita tidak terfikir sebarang pengajaran dari negara Palestin kalau kita berpecah belah? Mengapa ada orang Islam sendiri menentang usaha untuk bersatu? Taraf manakah orang-orang tersebut disisi Allah SWT.?

Tuesday, July 29, 2008

Pilihan Malaysia vs Chelsea; Malaysia menang!

Sila tandakan jawapan yang betul:-

Apakah yang ingin dicapai oleh pemain Malaysia semasa pertemuan dengan chelsea malam ini:-

a) Menunjukkan bahawa mutu permainan kita setanding dengan peringkat antarabanngsa.

b) Memalukan chelsea dengan mengalahkan mereka.

c) Menunjukkan skil permainan terbaik bagi menarik perhatian jurulatih chelsea untuk berpeluang bermain dengan chelsea.

d) Mempelajari skil-skil dan teknik-teknik pemain-pemain chelsea bagi membantu meningkatkan mutu peemainan bola sepak tempatan mereka, ATAU;

e) Mengejar pemain-pemain kesayangan mereka selepas tamat permainan untuk mendapatkan jersi-jersi yang dipakai oleh pemain tersebut untuk menjadi kenangan terindah seumur hidup untuk ditunjukkan kepada anak cucu apabila tua kelak bahawa mereka pernah menentang pasukan chelsea.

f) Semua diatas..

Sunday, July 27, 2008

Pas dan Umno bubar?

Tok Guru Nik Aziz secara serius telah mencadangkan bahawa Pas dan Umno dibubarkan dan seterusnya bergabung membentuk satu parti baru berlandaskan Islam.

Aku memang menyokong orang melayu bersatu tetapi adakah ahli-ahli Umno bersedia untuk Umno dibubarkan?. Bukan sahaja ahli Umno, bagaimana ahli-ahli PAS, bersediakah mereka?

P/s: Aku menyokong apa sahaja yang boleh menyatupadukan orang melayu.

Friday, July 25, 2008

Exco Terengganu dapat merc

Update!

Pak lah menyatakan bahawa kegunaan merc tersebut hanya untuk tetamu sahaja dan pemimpin-pemimpin kerajaan Terengganu tetap menggunakan Perdana V6.

P/s: Another flip flop?

Sebentar tadi kedengaran berita saluran Sinar FM yang menyatakan PM memberi kebenaran untuk pemimpin-pemimpin besar Terengganu memandu kenderaan mercedes.

Selepas teruk membelasah dan merendah-rendahkan khidmat Perdana V6, kereta keluaran Nasional, maka, mereka kini boleh 'gah' dan berbangga memandu kereta impian mereka sejak kecil.

Sebagai seorang yang memandu kereta perdana V6 selama 4 tahun tanpa belas kasihan, (seremban, melaka, KL dan Shah Alam hampir setiap hari bekerja) seingat saya tidak sampai RM15k pun total 4 tahun untuk kos selenggara. Alhamdulillah, selamat dan tiada masalah.

Mungkin mereka memerlukan keselesaan untuk membela nasib rakyat (?) tapi janganlah merendah-rendahkan dan menghina hasil usaha dan penat lelah kita sendiri selama ini.

P/s; Teringat orang melayu terkaya di Malaysia Syed Mokhtar al Bukhari yang begitu berbangga dan bersikap sangat patriotik dengan memandu Perdana V6 walau beliau jauh mampu untuk memiliki apa jenis kenderaan pun.

Thursday, July 24, 2008

Baba amek k..


Pada tika dan saat ini aku sedang menunggu anakku fahim yang berumur 2 tahun 8 bulan akan pulang dari sekolah tadikanya pada pukul 12.30 tengahari.

Kebetulan pagi ini aku ada perjumpaan dengan Yang di Pertua NGO yang aku ceburi untuk majlis yang bakal aku kendalikan selama dua hari di Melaka dan kesempatan ini aku tak lepaskan peluang menghantar fahim ke tadikanya, memandangkan atas urusan kerja, aku hanya berkesempatan pulang selalunya 1 hari sepanjang Isnin hingga jumaat hari bekerja.

Setiap hari pada waktu pagi, fahim akan dihantar oleh maknya ke rumah neneknya yang tidak jauh daripada rumah aku dan pagi tadi bila aku datang ke rumah mak mertua aku untuk menghantarnya ke sekolah, dia seolah-olah terkejut dan datang memeluk serta mencium aku dan memberitahu nenek dan datuknya berulangkali "a'im sayang baba, a'im sayang baba". Semua urusan pakaian dan kasutnya, dia minta aku yang pakaikan.

Sehinggalah nak buka pintu kereta untuk menghantarnya, dia berulangkali dia berkata "baba amek k! baba amek k..!".Didalam kereta dia kelihatan sangat gembira dengan menyanyikan lagu 'ABC' dan 'ba ba black sheep'. Tetapi.. apabila tiba disekolah, dia kelihatan agak sedih...tak pandang aku pun, terus masuk ke tadikanya.

Selepas menghantarnya pada pukul 8.30 pagi, aku pun terus menelefon Yang Dipertua Persatuan Abang Sham untuk tetapkan tempat dimana hendak berjumpa. Rupa-rupanya, sebaik aku menelefonnya, Abang Sham maklumkan aku dia tak dapat berjumpa pada pagi ini atas urusan yang tidakdapat dielakkan dan terpaksa tetapkan kepada satu tarikh lain.

Memandangkan banyak kerja-kerja yang masih tertunggak dan untuk tindakan segera, maka,aku ambil keputusan untuk terus ke seremban. Tetapi selepas setengah jam perjalanan dari melaka ke seremban, tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata anak aku berulangkali sebelum dihantar ke sekolah sebentar tadi "baba amek k! baba amek k!.." dan timbul perasaan pada diri aku untuk tidak mengecewakannya dan pada masa itu juga aku kata pada diriku, biarlah hajatnya aku selesaikan dulu sebelum selesaikan kerja-kerja aku yang lain.

Aku terus belok kereta untuk balik ke melaka kembali untuk menunggunya pulang dari tadika dan kini aku sudah hampir 2 jam menunggunya di sebuah kedai minum berhampiran tadikanya, takpelah..hanya tinggal 1 jam sahaja lagi..

@E90

Wednesday, July 23, 2008

Perbezaan Muqabalah dan Muzakarah

Hari ini adalah pertemuan diantara pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang mana topik utamanya adalah tentang pertemuan diantara UMNO dan PAS.

Selepas pertemuan yang berakhir hampir 2 jam tersebut, Tok Guru Nik Aziz menyimpulkan pertemuan tersebut bersetuju bahawa PAS tidak akan menyertai BN dan perkataan muzakarah ditukar ke muqabalah.

Disamping itu juga, Tok Guru Hj Hadi terus komited menyatakan bahawa pertemuan dengan umno adalah untuk bersemuka untuk membincangkan masa depan orang-orang Islam dan Melayu.

Lantaklah terma apa nak pakai pun pertemuan ke, meeting ke, bersemuka ke, lepak ke, perjumpaan ke, muzakarah ke, muqabalah ke, 'mubahalah' ke.., janji usaha untuk bersatu akan tetap diteruskan.

P/s: Puji sikap terbuka PAS yang boleh bertemu dengan UMNO untuk mencari penyatuan walau pada masa ini kerajaan yang diterajui Umno dituduh dengan pelbagai konspirasi dan tuduhan-tuduhan berat oleh DSAI. Kadang-kadang terfikir juga takkan PAS sanggup berjumpa dan beramah mesra dengan Umno sekiranya PAS beranggapan Kerajaan benar-benar melakukan perkara-perkara seperti yang dituduh oleh DSAI.