Sunday, October 26, 2008

Mukhriz atau Khir Toyo perlu undur diri!

Kalau mengikut trend persaingan kini nampaknya Mukhriz, KJ dan KT begitu sengit bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Tetapi nampaknya yang nyata mempunyai kelebihan ialah KJ! Kenapa?

Umum tahu kenapa Pemuda Umno Bahagian tidak mencalonkan KJ dan memilih samada Mukhriz atau KT. Sebabnya mereka merasa jelik untuk memasyhurkan KJ sebagai Ketua Pemuda.

Tetapi adakah kelebihan Mukhriz ketika ini boleh menjamin kemenangannya sebagai Ketua Pemuda? Sudah tentu tidak! Dan juga disaat kelihatan KT menghampiri kouta menjadi calon untuk bertanding KP March 2009 nanti, adakah ia boleh menjamin individu selain dari KJ boleh menang KP nanti? Tidak samasekali!

Di akar umbi sudah jelas menyuarakan pandangan majoriti untuk menolak KJ sebagai KP tetapi mereka berpecah undi samada untuk memilih MM atau KT! Adakah MM dan KT sedar bahawa situasi ini tidak memberi kelebihan kepada mereka berdua!, malah menguatkan kemungkinan bahawa KJ mendapat undian solid dari wakil-wakil bahagian-bahagian (yang mencalonkannya atau tidak) yang akan membuang undi nanti atas semangat 'setiaka?wang?' dan 'kekuatan' atau 'kerajinan' KJ melobi!.

MM dan KT perlu diingatkan bahawa masih ada ahli Umno yang masih 'mengemis RM' dan meletakkan maruah disenarai paling akhir dalam hidup mereka seperti yang diluahkan oleh Tun Mahathir walaupun ramai kini sedar bahawa kepentingan agama, bangsa dan negara adalah yang utama.

Oleh sebab-sebab inilah aku menggesa agar salah seorang calon MM atau KT menarik diri bagi menghalang KJ daripada dimashyurkan sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia. Sekiranya tidak berlaku, kemungkinan KJ menang sebagai KP adalah sangat besar dan sekiranya ini berlaku, maka suara akar umbi akan tenggelam dan Umno semakin hanyut dan karam.

P/s: Sebenar perjuangan perlukan pengorbanan.

4 comments:

maarofkassim said...

Saya rasa antara MM dan KT,KT yang patut berundur.Dengan dia bertanding dia hanya memberi peluang kepada KJ untuk menang. KT patut melupakan hasratnya untuk kembali menjadi MB Selangor.

cohong gym said...

Kalau disuruh memilih MM dan KT, aku pilih MM. In fact, kalau tak perlu pilih pun, aku tetap akan pilih MM. Pada aku dia lebih berkaliber. Selama apa yang berlaku kebelakangan ni, MM adalah calon yang paling sesuai dan tidak keterlaluan jika aku cakap, dia sebenarnya layak untuk menjadi PM selepas digroom buat sementara waktu

Iwan said...

Aku punya pandangan yg berbeza dlm hal ni... Aku rasa kehadiran KT hanyalah utk memecah undi KJ, sepertimana berlaku di satu bhg di Terengganu kubu kuat KJ, yg mana MM hanya dpt 2 undi shj.

Walaupun begitu, jika KT berjaya mendpt cukup pencalonan situasi akan berbza, takut strategi makan diri seperti kata AbaFahim.

MM mmg calon yg paling sesuai utk jd pemimpin KP, atau pemimpin negara kita sekarang. Aku sokong 100percent!

Anonymous said...

Aku pilih KTA, kalau tak KK. KK takde, aku pilih KW. Takde KWA jugak, aku pilih KD. Hmmm takde jugak, aku pilih KO! Last2 aku pilih COHONG! HAHAHAHA!