Saturday, October 25, 2008

Zulhasnan Rafiq pengkhianat bangsa!

Utusan Malaysia melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafiq semasa merasmikan mesyuarat Bahagian Setiawangsa menyatakan BN hanya boleh memenangi Pilihanraya hanya dengan menggunakan konsep kesamarataan semua kaum! Kepala hotak kau!

Inilah dia contoh klasik orang melayu yang dah termakan dan kena jual dengan cerita 'sedih' dan 'rintihan' kaum cina! Aku nak tanya menteri umno ni, umno ditubuhkan untuk menang pilihanraya atau perjuangkan hak-hak orang melayu di Tanah Melayu ni??!!

Aku lebih rela menjadi ahli Umno yang menjadi pembangkang atas dasar memperjuangkan hak-hak orang melayu daripada menjadi kerajaan tetapi memperjudikan maruah dan hak bangsa Melayu!.

Berfikir apabila berkata-kata! Jangan kata-kata kita menjerat anak-anak bangsa kita sendiri. Mungkin anda dah berjaya dalam hidup tetapi masih ramai orang melayu ketinggalan. Jangan jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri terutama anda sebagai pemimpin.

P/s: Ditengah-tengah kita berasa kuat apabila Majlis Raja-Raja beri amaran jangan diganggu gugat kontrak sosial, ada pula Menteri Umno yang 'kena jual' dengan kaum lain dengan matlamat politik semata-mata untuk menang pilihanraya??!!

4 comments:

pekembar said...

sepeti di blog paneh mengatakan cina ada kesatuan yang kuat. org melayu hanya harapkan umno. harap najib singkir pemimpin bodoh dlm umno lepas jadi presiden.

Anonymous said...

Memang Zulhasnan contoh melayu berjaya yang derhaka. Ramai lagi kat luar sana yang sebijik perangai mcm dia. Diaorang ni langsung tak bersandar Qada & Qadar. Ketentuan Ilahi terhadap kejayaan, kemewahan dan kedudukan bukannya berlandaskan usaha diri sendiri semata-mata. Doa & usaha seluruh umat melayu & islam yang meletakkan dia kat tempat sekarang. Kalau dah Qada & Qadar pun dah tak jadi sandaran...memang la UMNO jadi mcm sekarang, semua iman pemimpin masing2 dah terpelanting ntah mana ... aku memang bebulu dengan mamat ni. Dia ngan anak bini dia 'WESTERN' mengalahkan org putih ! Ni ke "Melayu'..!

cohong gym said...

Itu kata-kata orang yang hanya nak menang pilihanraya, bukannya orang yang nak memperjuangkan nasib bangsa yang masih jauh ketinggalan.

Aku tak kisah nak sama rata, dengan syarat Melayu telah duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Bila dan mencapai tahap macam tu, baru la nak cerita pasal sama rata. Kalau tidak, makin mundur la orang melayu.

Anonymous said...

Mana boleh sama rata! Melayu bangsa asal dan majoriti di Malaysia, takkan semua nak bagi 1/3 dgn kaum cina & india? Secara kasar kita patut dpt majoriti or at least 1/2 dr semua sudut! Secara adilnya melayu patut dpt lebih lg dr itu, atas alasan Perlembagaan memberi HAK ISTIMEWA kpd org melayu, bahasa melayu & agama Islam selaku agama rasmi negara Malaysia! Apa lg yg nk dipertikaikan? Nak pertikai Perlembagaan sbg tidak adil plak? Pegi laa carik Perlembagaan negara lain kalau tk puas hati...

-M6