Thursday, March 12, 2009

inilah blogger2 yang akan didakwa hina Sultan Perak!

Terkini:-

Dato' Norza Zakaria akan didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh atas tuduhan rasuah pagi esok!

Posting asal:-

Paria pun boleh sakit hati inikan Sultan! Berita terkini yang diterima 6 bloggers atau pemberi komen akan didakwa akibat sikap KURANG HAJAR mereka! padan muka!! puas hati aku!

Ini sahaja cara nak ajar mereka hebat berkata-kata tapi kecut dan gabra bila kena siasat polis. Bertambah lagi la kalau kena dakwa di Mahkamah. Cuba tengok RPK (blogger terkenal, paling suci dan termaksum), nampak 'berdengung' masa di Mahkamah.

Pengalaman aku sebagai peguam ketika kendali kes-kes jenayah, bila buat jahat kalau lepas rasa hebat tapi bila kena tangkap masing-masing kelam kabut & kecut perut cari peguam! Biasanya kalau aku dapat anakguam macam tu memang aku taruk dulu kecuali kalau aku tahu mereka tak bersalah! Lantak la nak ambik aku jadi peguam ke tidak!

Jangankan yang nak kena dakwa kecut perut, mereka yang nak bagi statement pun resah gelisah. Walau apapun, nah rasakan kau penangan kepala hotak takda insurans.

Secara kesimpulan, aku mengalu-alukan tindakan keras terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yang secara lansung menghina bukan sahaja institusi Raja tetapi adat resam & budaya nenek moyang kita yang bukan sahaja indah malah selari dengan ajaran agama.

P/s: terlajak perahu boleh diundur, terlajak menaip dan dipostingkan buruk padahnya. Dan untuk mereka2 yang memang rasuah, ini untuk lu orang 'lu boleh pergi mampos!!!'. Untuk yang tidak bersalah, buktikan anda suci di Mahkamah!.

4 comments:

cohong gym said...

Bro,
Padan muka dengan Datuk Norza. Kalau tak silap aku, dia ni antara orang kuat si KJ. Polis tak nak siasat KJ ke? Bukan ke KJ lagi kuat rasuah.

Dulu aku suka gak baca Malaysia Today, tapi bila article yang ditulis semakin "hampeh" aku dah stop baca.

kepada mereka yang sokong RPK, aku harap korang sedar yang si RPK ni sebenarnya tak sebagus mana pun

Anon 00 said...

aku tak mahulah memadankan muka diorang sebab kesalahan yang diorang dah lakukan... hehehe... tapi memang patut pun diorang berhadapan dengan natijah daripada perbuatan tersebut.

seronok sangat sebab akal menyatakan, tiada sesiapa yang dapat mengesan di mana dan bila masa posting atau tulisan dibuat. Malah ada yang memandai menganggap dengan menukar IP Address, segala-galanya akan selamat...

mereka terlupa bahawa selagi anda berada di Malaysia, jalan keluar untuk ke jaringan Internet antarabangsa hanya satu dan yang satu itu sentiasa dipantau dan diperhatikan...

Untuk itu, untuk memastikan anda benar-benar bebas, lakukan sesuatu sehingga IP Address anda tidak wujud... kalau selagi ianya wujud, anda boleh dikesan walaupun anda menggunakan broadband wireless yang anda bawa ke mana-mana...

Alif Lam said...

terlajak menaip dan posting.. bukan boleh edit ker??

Anonymous said...

ckp siang pdg2x..