Tuesday, March 24, 2009

Nizar calon Parlimen Bukit Gantang: Latok Ngeh ala semayang selupa Hj Hadi ka?

Terkini di Utusan Malaysia, Yb Nizar telah dinamakan sebagai calon PAS Parlimen Bukit Gantang. Walaupun kedengaran 2 calon lain yang telah dipertimbangkan, nampaknya PAS Perak mengambil satu tindakan berani mati untuk memilih Nizar sebagai calon. Adakah PAS Perak ingin menjadikan PRK Bukit Gantang ini sebagai satu referendum?

Walauapapun, cadangan ini asalnya dikemukakan oleh Latok Ngeh Pengerusi DAP Perak tetapi tidak dipersetujui oleh Tok Guru Nik Aziz atas sebab-sebab yang telah dinyatakan.

Nampaknya PAS Perak lebih berminat mengikuti nasihat feng shui latok Ngeh daripada Nakhoda tongkang PAS sendiri. Jelas juga DAP masih mempunyai pengaruh besar pada PAS Perak yang berterusan semasa PR masih lagi berkuasa.

Kalau dulu semasa PRK Kuala Terengganu, Tok Guru Hj Hadi menyengkang mata membuat solat istikharah untuk memilih calon, tetapi nampaknya PAS Perak lebih berminat mendapat restu tuan latok Ngeh!

PERSOALAN CEPU PLATINUM: latok Ngeh ala semayang macam itu hj hadi juga ka??!!

p/s: Terkesima untuk menunggu sejauh mana rakyat Bukit Gantang menerima si penderhaka??..

1 comment:

cohong gym said...

itu Latok Ngeh sudah jumpa Mr. Joey Yap tanya pasal Feng Shui