Tuesday, March 3, 2009

Peguam-peguam melayu hampir semua tewas.

Bertitik tolak dari kesedaran beberapa orang peguam-peguam muda melayu yang selalu 'memekak' dalam blog-blog mereka dengan menghentam Bar Council telah menjadikan gerai mee jawa di sekitar ampangan sebagai tempat merancang dan mengatur strategi bagi menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam Negeri Sembilan pada 27.2.2009, yang mana telah terhasil satu gerakan bagi mendapatkan lebih tempat didalam jawatankuasa Majlis Peguam Negeri Sembilan.

Dengan serba kekurangan, kami mendapat sedikit kekuatan apabila rakan-rakan peguam yang lain memberi sokongan yang kuat akan usaha kami dan seterusnya beberapa orang peguam senior memberi peransang dan membantu untuk menyusun strategi. Terima kasih kepada En Hanif, Pn Zainuritha, En Halim dan Dato' Hamzah dan rakan-rakan lain terutama blogger thirdlane yang beria-ia berusaha macam la boleh buat duit dengan kerja-kerja macam ni!

Namun begitu selepas lebih seminggu berdebar-debar menunggu pada hari kejadian, cuma 2 wakil peguam melayu dipilih sebagai AJK daripada 7 yang dicalonkan untuk 11 jawatan AJK. Pun begitu, bagi kami itu adalah kejayaan besar kerana dapat menyatukan peguam-peguam melayu walaupun berbeza fahaman politik didalam memperjuang satu matlamat yang sama iaitu bangsa dan agama.

Bagi kami sebagai permulaan, itu adalah petanda yang baik untuk AGM tahun hadapan. Bagi kami apa yang dikata telah cuba diusaha dengan tindakan.

P/s: cuma sedikit terkilan kekalahan adalah tipis yang mana beza jumlah peguam-peguam melayu yang hadir cuma 5 ke 7 orang dengan yang bukan melayu. Disamping 5 ke 6 orang belum mendapat practising certificate dan hampir 7 ke 8 orang peguam hadir lewat ke AGM selepas undi dijalankan. Terkilan juga hampir 20 orang peguam-peguam melayu yang dimaklumkan tidak hadir. Takpela, mungkin ada sebab tertentu. Sekiranya semua berjalan seperti yang dirancangkan maka, mungkin semua yang disalonkan akan menang. Namun begitu, ia adalah permulaan yang baik dan ia adalah satu kejayaan besar dapat menyatukan suara hati peguam-peguam melayu di Negeri Sembilan. Terima kasih pada rakan-rakan yang menyokong. Kita nantikan tahun hadapan!

3 comments:

Anonymous said...

lain kali wajib kan jer chambie di firm utk hadir....tanyala loyar2 melayu tu napa tak dtg?ckp kosong kat gerai tak kan bergerak...

cohong gym said...

tak pe bro, ini baru permulaan. bole cuba lagi tahun depan. yang penting jangan give up. bukan bole membina empayar dalam sekelip mata.

syarimann said...

take kedahperlis bar com as an example................