Thursday, May 15, 2008

60 tahun al-Nakba (15 Mei)

Bagi kebanyakan negara, rakyat dan kerajaannya akan merayakan hari kebangsaan atau kemerdekaan secara meriah dan penuh kegembiraan, sedang rakyat Arab Palestin memilih hari 15 Mei ini untuk disambut setiap tahun sebagai hari malapetaka.

Mula disambut pada 15 Mei 1998 oleh pemimpin Palestin, Yasser Arafat dan disertai oleh lebih sejuta orang.

Hari al-Nakba bermaksud 'hari malapetaka' sebagai memperingati pengusiran penduduk Arab Palestin oleh pengganas Zionis dan peperangan yang membawa kekalahan kepada penduduk arab pada 1948.

Tarikh 15 Mei dipilih sebagai sambutan hari al-Nakba kerana pada tarikh 15 Mei 1948, Mandat British di Palestin berakhir dan pembentukan Negara Israel yang merdeka diisyhtiharkan secara rasmi dengan Presiden Harry S. Truman pemimpin negara pertama membuat pengiktirafan.

Jika selama 60 tahun Arab Palestin tidak mendapat keadilan ke atas hak mereka, hakikatnya ketidakadilan itu bermula sebelum itu apabila Britain sebagai kuasa penjajah melakukan diskriminasi.

Tindakan Britain pada 1947 bukanlah satu kebetulan kecuali sudah dirancang dengan memberikan bahagian yang lebih subur kepada bangsa yahudi, sementara penduduk arab diberikan kawasan pedalaman dan pergunungan kering.

Satu catatan oleh ketua delegasi palang merah Antarabangsa, Jacques de Ryneir mendedahkan lebih 300 penduduk Arab Palestin dibunuh kejam di Deir Jassin berhampiran Baitul Muqaddis pada 9.4.1946 oleh kumpulan Yahudi Irgum Zwei Leumi yang diketuai oleh Menachen Begin-bekas menteri kabinet dan pemimpin pembangkang.

Sehingga 1949, lebih 700,000.00 orang penduduk Arab Palestin telah diusir dan menjadi pelarian dan 418 kampung dan bandar dimusnahkan.

Ketika mandat British berakhir 15 mei 1948 dan PBB mengihstiharkan gencatan senjata pengganas yahudi berjaya menguasai kawasan yang jauh lebih besar daripada yang diperuntukkan sehingga pada akhirnya mencapai tahap 78 peratus.

HARI AN-NAKBA ATAU 15 MEI MERUPAKAN HARI MENGENANG SELURUH KEHIDUPAN YANG DIASASKAN SEJAK BERIBU-RIBU TAHUN YANG AKHIRNYA DIRAMPAS OLEH SUATU BANGSA LAIN YANG TERLALU ANGKUH.

Cerita penuh didalam ruangan MEGA, Utusan Malaysia 15 Mei 2008.

p/s: Semoga perjuangan Rakyat Palestin menjadi pedoman berguna dalam hidup kita dinegara tercinta ini.

1 comment:

paneh said...

Buat semua pejuang Islam Palestin dan Juruselam yg gugur sejak dulu hingga kini - Al-Fatihah.