Tuesday, May 6, 2008

Lemah sangat ke Pemimpin Melayu?

Karpal Singh didalam kenyataannya menyatakan bahawa MB Perak seorang yang lemah dan mudah tunduk ("wilted & buckled") kepada arahan Sultan ("royal intimidation"). (Sila berikan saya terjemahan lebih tepat sekiranya ada).

Beliau menyatakan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa didalam isu penukaran pegawai walaupun ianya berkaitan dengan hal ehwal Agama Islam memandangkan rakyat telah memilih kerajaan pakatan rakyat dan pentadbir kerajaan Pakatan Rakyat berhak untuk membuat apa-apa tindakan yang difikirkan baik dan sepatutnya Sultan Perak lebih tahu sebagai bekas Ketua Hakim Negara.

Apakah tujuan sebenar Mr karpal Singh? adakah beliau bermaksud MB Perak tidak sepatutnya meminta ampun walaupun dengan jelas Tuanku Sultan tidak berkenan?. Adakah dia tahu bahawa tindakannya itu boleh menyebabkan orang-orang melayu berang? Atau adakah sebenarnya dia masih mempertikaikan kredibiliti Nizar sebagai seorang melayu menjadi MB Perak walaupun DAP mempunyai lebih banyak kerusi berbanding parti-parti didalam pakatan rakyat yang lain?. Saya yakin orang-orang PAS tidak terperangkap dengan permainan politik DAP.

Apa sebenarnya permainan politik Mr Karpal? Minta maaf, ia jelas tidak membantu Pakatan Rakyat, malah boleh kehilangan sokongan orang-orang melayu. Tidak dinafikan dia dianggap peguam yang terkemuka di Malaysia, tetapi jangan lupa bahawa Sultan Azlan Shah adalah bekas Ketua Hakim Negara.

Umum dapat melihat betapa intelleknya dan betapa kepentingan rakyat diutamakan oleh Sultan Azlan Shah dan Dr Raja Nazrin ketika menyuarakan titahnya. Memang jelas dan nyata, apabila Dr Raja Nazrin memberikan fakta-fakta ucapan-ucapan yang mereka rasakan menyokong mereka, maka, nama Dr Raja Nazrin dijulang dan dijadikan sebagai otoriti didalam tuntutan mereka. Tetapi, apabila ianya tidak menyebelahi mereka, maka, mereka dengan lantang menyatakan seolah-olah Sultan Perak atau Dr Raja Nazrin tidak tahu apa-apa pun dan secara tidak lansung bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti Sultan Perak yang pernah menjawat jawatan tertinggi didalam sistem kehakiman negara tetapi diri baginda sendiri sebagai Sultan kepada rakyat Negeri Perak dan Ketua Agama Islam serta adat istiadat Melayu Negeri.

p/s: Teringat titah Dr Raja Nazrin baru-baru ini "kestabilan negara ini adalah bergantung kepada kestabilan minda orang melayu". Kini semakin jelas dan nyata Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu terbukti menjadi teras kepada kepimpinan dan kedaulatan bangsa melayu.

4 comments:

cohong gym said...

Macam yang pernah kau postkan dalam blog kau ni tentang macam mana kelakuan dan perbuatan si Karpal dalam kes Anwar Ibrahim. Karpal ni pada pandangan aku merupakan reincarnation seekor biawak, itulah sebab lidahnya bercabang.
Dia orang politik yang bijak mempergunakan hal semasa untuk kepentingan politiknya dan DAP.
MB sebagai seorang melayu faham bahawa tentang adat istiadat dan tatasusila seorang melayu. Aku tak maksudkan yang dia kena ikut membabi tuli perintah Sultan, tapi dia kena bijak menurut perintah yang baik especially yang datang dari Sultan yang bijak pandai dan expert dalam undang-undang.
Kepada MB Perak, buat bodoh je kat Karpal. Sebagai seorang MB, kepentingan rakyat perlu diutamakan.

paneh said...

KS ni bukan tak tau undang2 atau sejarah, tapi sengaja nak wujudkan provokasi agar negara berada dlm keadaan tidak aman dan boleh menimbulkan huru hara. apabila negara tidak stabil, maka akan adalah bangsa asing yg dtg kononnya nak memulihkan kembali keadaan. menangani agenda asing suatu perkara yg perlu diberi perhatian.

ahmadalbab said...

salam..

1) Kepercayaan kepada tuhan
2) kesetiaan kepada raja negara
3) kedaulatan undang-undang
4) keluhuran perlembagaan
5) kesopanan dan kesusilaan

kita ada rukun islam.. rukun iman.. rukun sembahyang.. itu dalam kita menganut gama islam..

dalam konteks kenegaraan kita ada rukun negara..

patuh kepada rukun2 di dalam islam sesuatu yang wajib.. kalau tak buat pincanglah akidah. rosaklah agama

samalah dalam kenegaraan wajib patuh kepada rukun negara.. kalau tak patuh rosaklah kewarganegaraan..

en kapal sing ni kurang ajar.. orang kurang ajar ni kita kene ajar.. dia sudah melanggar rukun negara perkara 2.. jadi kewarganegaraanya telah rosak.
apa tunggu lagi...
TARIK BALIK KEWARGANEGARAAN DIA..
biar dia berambus ke negara india..
takut2 india pun taknak terima BIG MONKEY ni...

Anonymous said...

Tak tahu la pemimpin Pas skrg ni macam mana? Bercakap benar tak berani bila suruh komen tentang Karpal sebab DAP sekarang ni kawan dia. Sama juga dgn pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR tak berani nak bersuara walaupun bangsa lain hentam Sultan Melayu.Saya harap Pas & pemimpin Melayu PKR cuba la berkata benar walaupun pahit!