Friday, May 9, 2008

Hati dan Perasaan Sultan Perak.

Agak-agaknya apalah perasaan Tuanku Sultan Azlan Shah dan kerabatnya apabila titahnya dipertikaikan dengan biadap oleh Karpal Singh?

Juga, apakah agaknya perasaan Baginda apabila tidak ada satu pun pemimpin kerajaan Negeri Perak membela Baginda dengan lantang atas sikap dan kesombongan Karpal Singh?

Bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Perak, malah pemimpin-pemimpin PR di seluruh Malaysia juga membisu seribu bahasa.

Mungkinkah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya berbangsa Melayu juga bersetuju dengan tindak-tanduk Karpal Singh?

p/s: Apa lagi seterusnya..?

5 comments:

cohong gym said...

Tu la pasal. Semua orang senyap dan diam. Serupa apa yang terjadi di Terengganu. Bila UMNO hentam Agong, semua orang diam. Pak Lah pun hentam jugak. Dia kata tak constitutional.
Apala nak jadi sekarang ni. Aku bukan penyokong Raja-raja, tapi respect la sikit kat Sultan ni, Sultan Perak tuh! The only King in the World yang pernah jadi Ketua Hakim Negara!

Abafahim said...

Saya tertarik dengan Ucapan Tun baru2 ni:

"Kita lihat sahaja respons orang Melayu, misalnya. Mereka telah menyenaraikan pelbagai desakan untuk itu dan ini sebagai respons kepada desakan yang dibuat pihak lain. Mereka fikir penyelesaiannya ialah dengan mengenepikan konsep demokrasi, bahawa mereka patut kembali kepada corak kerajaan feudal.

Yang saya faham melalui cebisan ucapan tersebut, orang melayu kini menjadikan Sultan2 sebagai tempat untuk mengadu hal dan melindungi kepentingan mereka. Mengapa ini berlaku?

Yang boleh saya simpulkan hanyalah disebabkan oleh kelemahan kerajaan dan pemimpin yang ada pada masa ini. Rakyat semakin rasa tidak 'secure' dan semakin bosan. Begitu juga MCA, MIC dan Gerakan yang pada hemat saya ingin melihat perubahan didlm kepimpinan UMNO secepat mungkin bagi mengembalikan keyakinan ahli-ahli mereka.

En. Cohonggym:-

Tak silap aku ada beberapa kenyataan dari pemimpin2 UMNO macam yang aku ingat Ketua Bahagian Cheras Syed (lupa nama dia)yang mengutuk orang UMNO yang pertikaikan tindakan Agong.

Anonymous said...

Setakat ni aku rasa takde apa2 kenyataan dr MB Perak berkenaan isu Karpal & Sultan Perak... mungkin dia dh lupa yg Sultan Perak juga yg melantik melantik beliau sebagai MB, walaupun pd mulanya terdapat sedikit kekecohan antara Pakatan Rakyat di Perak.

p/s: "Melayu mudah lupa..."

-Mazda6-

Anonymous said...

Karparl Sing bangsat memang aku xpelik sebab dia bukan org melayu, tetapi aku lebih kecewaa ketika puak2 UMNO penyokong Idris Jusoh terang2 menghina Sultan ketika melakukan demontrasi haram.

Bagi aku pemimpin melayu pakatan rakyat perlu tegas bersuara dalam hal ini, sebelum dia lebih biadap, cma aku tgk dalam akhbar sinar ada temual dgn ahli Pas parlimen bachok,yg mengkritik Karparl.

Pemuda Melayu

cohong gym said...

Nama dia aku pun tak ingat, tapi kat belakang nama ada Alhabshi. Kalau pun dia mengutuk tindakan orang UMNO mempersoalkan keputusan Agong, tapi tiada tindakan susulan. PM sendiri mempertikaikan keputusan tersebut.