Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini ditambah dengan kenaikan mendadak harga minyak, segala kesenangan masa kini tidak menjamin kesenangan pada masa depan. Apatah lagi sekiranya kita dalam kesusahan kini. Maka,apa usaha kita?
Adakah kita tetap sepertimana kita pada sebelum-sebelum ini, kurang berusaha atau tidak berusaha lansung? Cukupkah kita dengan ilmu-ilmu?
Bagaimana yang aku rasakan peristiwa Isnin lepas di Mahkamah Rayuan benar-benar memberi kesan pada diri aku sebagai seorang peguam. Walaupun bukan aku yang menyediakan kertas-kertas kausa dan kemasukan aku sebagai peguam kepada 7 orang anakguam hanya selepas kesemua dokumen-dokumen difailkan, ianya tetap memberi pengajaran berguna.
Atas kesilapan yang terlalu remeh, kecuaian dan kegagalan memberi khidmat guaman yang baik menyebabkan hak 30 orang anakguam yang mana aku mewakili 7 orang telah dinafikan begitu sahaja. Memang menyedihkan, tambahan lagi ada diantara 7 orang anakguam aku telahpun meninggal dunia dan masih tidak dapat menikmati hak dan keadilan yang sepatutnya diperolehi semenjak dari tahun 1980an lagi.
Dan juga, mereka ini berumur sekitar 65-70an dan merupakan jiran-jiran serta sahabat-sahabat kepada orang tua aku!
Memang menyedihkan sehinga ke hari ini aku masih berusaha menyusun kata-kata untuk memaklumkan kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini yang terlalu berharap!
TETAPI, walauapapun, aku tetap ingin melihat positif! Pengajaran berguna ialah bagaimana aku perlu terus meningkatkan ilmu serta memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya dan mengisi sepenuh-penuhnya ilmu didada.
Menjadi peguam bukannya mudah, tetapi ilmu yang aku ada dari profession ini juga, disamping menjadi pendapatan utama menyara keluarga, aku ingin juga sumbangkan didalam mempertahankan dan membela agama, bangsa dan negara.
p/s: Walaupun ianya boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan, adakah keputusan boleh berpihak kepada anakguam aku? Adakah kesilapan remeh dan kealpaan peguam bakal menjadi penghalang kepada rayuan tersebut? Sekadar meluahkan kebimbangan aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kes apa tu incik? kena dismissed pasal tecnicallities ke? Tak apa, usaha tangga kejayaan. Malaysia Boleh!
Post a Comment