Saturday, July 12, 2008

Ezam cabar anwar berdebat

Laporan terbaru menyatakan bahawa Ezam mencabar Anwar Ibrahim untuk berdebat tentang 'masa depan negara dan orang melayu'.

Bagi aku perdebatan tersebut menarik dan bakal menyaksikan bekas mentor dan anak murid derhaka berdebat dan menunjuk kejantanan masing-masing.

Memandangkan Anwar dengan Ezam, masing-masing telah mengenali diri masing-masing dengan begitu lama intim (walaupun tidak seintim saiful?) dan mengetahui kejantanan masing-masing, maka biarlah mereka beradu kekuatan.

Biarlah Ezam membuktikan kesetiannya pada UMNO dan mencari jalan bagi beliau untuk mengambil hati ahli-ahli UMNO yang telah 'terluka' walaupun dilihat sangat sukar. Mungkin 'pendedahan besar' yang dicanangkan oleh Ezam terhadap PKR boleh membantu.

Maka, adakah Anwar juga ingin menunjukkan belang serta 'kejantanannya' yang telahpun diketahui umum seperti yang didakwa oleh saiful? dan akan menyambut cabaran murid derhakanya itu.

Sama-samalah kita melihat kesudahannya.

P/s: Seorang sahabat dari PKR menyatakan betapa meluat dan bencinya terhadap tindak tanduk Ezam semenjak sertai UMNO. Kemudian saya menjawab, agaknya macam tu lah perasaan ahli-ahli UMNO masa Ezam bersama PKR.

3 comments:

Anonymous said...

Kenapa lambat sangat pendedahannya tentang kes sodomi nuar?
Dengan jentera kerajaan dibelakang UMNO tindakan Ezam dan sekutu nya KJ gdan Paklah amat lambat!

Apa nak tunggu lagi pendedahan demi pendedahan! Masa dalam PKR, dia tentang TDM dgn membuat pelbagai gertakan, GERAK dia pon tak bergerak2... dulu pon mamat ni banyak kasi gertak je.

Kalau betul ada bahan bukti tak payahlah nak jelajah negeri berceramah! Cukup aja pendedahan bukti(jika ada)kasi tutup kes cepat!

Anonymous said...

Lebih kurang 8 - 9 tahun yang lalu di atas pentas parti Pas di Taman Melewar aku mendengar Ezam berucap bergegar-gegar penuh semangat. Aku ketika itu sambil mendengar ceramah sambil pekena roti 'canai banjir' dan kopi O panas di gerai bersebelahan. Orang kata sambil menyelam sambil minum air.

Lagi lantang Ezam bersuara lagi laju aku membelasah roti canai banjir berkuahkan kari ayam dan sambil tumis. Sedar tak sedar dua keping roti canai habis aku belasah dengan secawan kopi panas. Memang panas! cara Ezam bercakap pun ada iras² mentornya, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Memang berkarisma Ezam ni sebagai pemimpin.

Dalam ucapannya itu, Ezam mendakwa mempunyai enam kotak rahsia salah laku pemimpin Umno. Banyak tuu! Semua orang tercengang termasuk juga aku. Ada yang bertepuk tangan dan ada yang bertakbir. Biasalah tu....semangat!

Tunggu dok tunggu dok tunggu! Dari Ezam yang masuk penjara dah keluar penjara. Dato' Seri yang kena enam tahun penjara dah pun keluar penjara. Aku pun yang boleh berjalan dulu sampai dah tak boleh berjalan. Tapi sampai ler ni (sebut sleng utara) enam kotak rahsia yang Ezam cakap tu tak nampak bayang pun!

Ler ni Ezam pun dah masuk Umno semula. Rahsia enam kotak entah kemana. Mungkin Ezam simpan buat pekasam kot! Rahsia masih menjadi rahsia dan kotak hanya tinggal kotak......

Pagi ni sambil makan roti canai cicah gula dengan segelas teh O dengar pulak cerita yang sama, dari orang yang sama. Cerita tentang 'Rahsia' lagi. Banyak betul si Ezam ni dengan rahsia².

Cuma yang berbeza pagi ni ada dua perkara. Pertama, kali ini rahsianya bukan lagi rahsia salah laku pemimpin Umno tapi 'rahsia besar' PKR. Dan yang kedua, kali ni aku makan roti canai kena bersuap pulak, tak seperti 8 - 9 tahun dahulu.....huhuhu!

Hidup Ezam!!!

Anonymous said...

Badrul - Ezam pernah cerita tuduhan liwat 3 bulan sudah!
Written by Webmaster
Monday, 14 July 2008
Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shahrin dalam laman blognya berkata, isu lewat ini adalah isu terancang dengan Ezam Mohd Nor pernah dalam mesyuarat GERAK membayangkan bahawa ada tuduhan liwat akan timbul dan ia melibatkan nama lain dan bukan nama Saiful. Dalam blog Badrul Hisham, beliau telah membongkar perkara ini dengan kenyataan seperti berikut :

Cuma pesanan ikhlas cheGuBard : tuduhan abang terlibat dalam konspirasi adalah punca mulut teman yang rapat dengan kamu juga. Budak - budak kamu sendiri yang pecahkan 'lobang' sebelum laporan polis dibuat kamu bertemu Saiful..? Sebelum laporan polis di buat abang sudah umumkan 'akan ada letupan kes liwat terbaru Anwar ? Dalam satu pertemuan tertutup (lebih 3 bulan lepas) di pejabat GERAK abang sudah umumkan cerita skrip liwat terbaru Anwar dan kali ini ia benar terjadi cuma watak berbeza dulu namanya R_sh_d tetapi cerita yang sama cuma namanya Saiful ? Bagaimana ini boleh berlaku ? Jika abang bukan perancang mungkin abang punya ilmu tilikan yang cukup tinggi untuk mengetahui masa depan atau mungkin benar cerita Shamsul, ketika menjadi peguam masa abang di bawah ISA bahawa abang berzikir malam sehingga abang mampu terapung .... wallAllahuallam....


p/s : aku x sabar nak dengar rahsia besar ezam...

amrul