Wednesday, July 23, 2008

Perbezaan Muqabalah dan Muzakarah

Hari ini adalah pertemuan diantara pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang mana topik utamanya adalah tentang pertemuan diantara UMNO dan PAS.

Selepas pertemuan yang berakhir hampir 2 jam tersebut, Tok Guru Nik Aziz menyimpulkan pertemuan tersebut bersetuju bahawa PAS tidak akan menyertai BN dan perkataan muzakarah ditukar ke muqabalah.

Disamping itu juga, Tok Guru Hj Hadi terus komited menyatakan bahawa pertemuan dengan umno adalah untuk bersemuka untuk membincangkan masa depan orang-orang Islam dan Melayu.

Lantaklah terma apa nak pakai pun pertemuan ke, meeting ke, bersemuka ke, lepak ke, perjumpaan ke, muzakarah ke, muqabalah ke, 'mubahalah' ke.., janji usaha untuk bersatu akan tetap diteruskan.

P/s: Puji sikap terbuka PAS yang boleh bertemu dengan UMNO untuk mencari penyatuan walau pada masa ini kerajaan yang diterajui Umno dituduh dengan pelbagai konspirasi dan tuduhan-tuduhan berat oleh DSAI. Kadang-kadang terfikir juga takkan PAS sanggup berjumpa dan beramah mesra dengan Umno sekiranya PAS beranggapan Kerajaan benar-benar melakukan perkara-perkara seperti yang dituduh oleh DSAI.

4 comments:

Anonymous said...

salam abafahim.

kenapa tak balas komen den kat artikel sebelum ni? takut nak jawab ka?

Abafahim said...

podeh..

Saya akan balas komen anda secara muqabalah.

En podeh nampak sibuk kebelakangan ni.

Anonymous said...

sibuk skit terutama dekat2 nak puasa nih.

cohong gym said...

Cuba kau bayangkan sekiranya semua orang melayu berada dibawah satu parti. Tak perlu nak bodek bangsa lain suruh undi. Betapa indahnya.....