Tuesday, March 31, 2009

Analisa mudah HUJAH TV9 berkenaan krisis di Perak

Baru sebentar tadi TV9 melalui program Hujah yang dipengerusikan oleh Prof Agus yang mana panel yang dijemput adalah Prof. Shad Saleem al Faruqi, Pensyarah dan Dekan Fakulti Undang-undang UITM, Peguam Kanan Datuk Shafee Abdullah dan Presiden Bar Council, En Ragunath Kesavan.

Secara keseluruhan saya tidak mahu menjelaskan dengan Akta atau peruntukan Undang-undang atau perlembagaan memandangkan khusyuk mendengar pandangan undang-undang dan fakta yang dikemukakan oleh Panel.

Secara memudahkan untuk pemahaman layman, apa yang boleh saya simpulkan adalah terdapat beberapa isu-isu menarik yang kita tidak tahu yang sebenarnya terjawab didalam rancangan tadi iaitu:-

1. Kesahihan perletakan jawatan 3 Adun yang melompat parti:-

a) Prof Shad Faruqi menjawab tindakan membuat surat perletakan jawatan yang disediakan sebelum pemilihan calon adalah amat tidak bermoral. Analogi, kita diberi kerja pada masa yang sama kita di minta untuk tandatangan surat berhenti kerja dan sekiranya majikan tidak berpuas hati maka sewenangnya boleh dipecat.

b) Datuk Shafee menjelaskan surat yang ditandatangan awal tidak terpakai didalam Public Law iaitu melibatkan rakyat. Pemimpin tidak boleh dijadikan Puppet to the expense of the public. Ianya berbeza dari contoh Perjanjian Jual Beli, Sewa Beli Kereta dll yang mana iainya adalah private law iaitu melibatkan peribadi individu tertentu sahaja. Hal ini telah diputuskan didalam satu kes di Sarawak yang melibatkan fakta yang hampir sama.

c) Datuk Shafee menerangkan bahawa di dalam Kanun Keseksaan (peruntukkan seksyennya saya lupa tetapi dibaca semasa rancangan tadi), surat yang ditandatangani tetapi tidak bertarikh yang kemudiannya di letakkan tarikh oleh pihak ketiga, maka pihak ketiga tersebut boleh didakwa di Mahkamah Jenayah atas dakwaan Pemalsuan.

d) Ragunath Kesavan gagal memberi apa-apa fakta undang-undang tetapi hanya menyatakan kuasa hendaklah dipulangkan kepada rakyat. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Shafee tentang tuduhan letaknya tarikh oleh pihak ketiga adalah Pemalsuan tetapi kemudiannya terdiam apabila Datuk Shjafee membacakan peruntukkan undang-undang.

2. Kuasa Sultan untuk memecat Nizar:-

a) Prof Shad Faruqi berpendapat bahawa didalam peruntukkan undang Perlembagaan Perak, Perlembagaan Persekutuan atau mana Undang-undang tiada yang menyatakan tentang pemecatan MB oleh Sultan, TETAPI Perlembagaan Perak di Klausa 16.4, ada dua pilihan iaitu DUN dibubarkan atau sekiranya Sultan tidak perkenankan DUN dibubarkan maka MB hendaklah meletakkan jawatan.

b) Beliau menambah apabila Sultan tidak perkenan untuk pembubaran DUN, maka Nizar pada masa itu hendaklah meletakkan jawatan. Maka titah baginda agar Nizar hendaklah letakkan jawatan adalah selari dengan peruntukkan klausa 16.4 Perlembagaan Perak.

c) Menariknya juga, beliau berkata Nizar berkeras kononnya beliau hanya boleh meletak jawatan sekiranya satu undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri YANG MANA pada Prof Shad Faruqi perkara ini mustahil kerana pada masa itu Speaker Sivakumar (Prof Shah Faruqi menggunakan perkataan 'spoiler' merujuk kepada Speaker Perak) tidak akan samasekali memanggil apa-apa sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Nizar tersebut kerana telah jelas pada masa itu majoriti ahli-ahli DUN menyebelahi BN.

d) Juga menarik, Datuk Shafee menyatakan Nizar gagal memaklumkan kepada Sultan kenapa perlunya satu pembubaran Dewan Undangan Negeri. SEBAB utama NIzar memohon pembubaran menurut Datuk Shafee ialah kerana dia gagal mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli-ahli DUN. Hal ini tidak dinyatakan kepada Sultan.

e) Ragunath kesavan mengulangi kuasa hendaklah dipulangkan kepada rakyat dan terus berhujah tanpa ada peruntukkan undang-undang digunakan.

3. Hak siapa menentukan kesahihan peletakan Jawatan Adun? Speaker atau SPR?

a) Kuasa menentukan kesahihan perletakan jawatan dipersetujui oleh Datuk Shafee bahawa adalah dibawah bidangkuasa SPR tetapi sekiranya tidak berpuas hati boleh dicabar di Mahkamah tetapi telah terdapat satu kes yang diputuskan di Mahkamah Persekutuan bahawa SPR mempunyai kuasa. (beliau menyatakan peruntukkan undang-undang dan kes)

b)Ragunath kesavan kata speaker tanpa menyokong dakwaannya dengan peruntukkan undang-undang.

c) Prof Shad faruqi berhujah berdasarkan peruntukkan Perlembagaan Perak dan Persekutuan, SPR mempunyai kuasa.

4. Adakah Speaker ada kuasa untuk memanggil sidang tergempar dewan?

a) Prof Shad Faruqi kata ada kuasa sekiranya sidang terdahulu ditangguhkan (adjourn sine dine) tetapi tidak boleh sekiranya ianya ditamatkan (prorouged) ianya hendaklah melalui persetujuan Sultan.

b) Namun begitu, prof shad faruqi menegaskan persidangan dewan di luar dewan boleh sah tetapi persidangan Dewan yang dibuat dibawah pokok tersebut tidak mempunyai Notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Notis adalah satu keperluan mandatori yang wajib dipatuhi didalam memanggil persidangan Dewan. Secara tersiratnya, prof shad faruqi menyatakan bahawa persidangan tersebut tidak sah.

c) Datuk Shafee menyatakan bahawa adalah menjadi satu amalan dimana-mana Dewan Undangan Negeri pun bahawa persidangan Dewan akan ditangguhkan (adjourn sine dine), namun begitu, walau ditangguhkan mengikut amalan biasa juga consent atau perkenan Sultan adalah dirujuk. Datuk Shafee ada merujuk kepada Arahan Tetap Dewan (standing order) berkenaan hal tersebut. Beliau merujuk Sidang DEwan yang terakhir adalah bulan September( November?) lalu. Maka, melalui jarak jangkamasa yang panjang, Sidang Dewan hendaklah hanya boleh dipanggil selepas mendapat perkenan Sultan. Ada beberapa perkara lain yang ingin ditambah oleh Datuk Shafee tetapi Prof Agus telah merujuk kepada persoalan lain.

d) Ragunath Kesavan tidak diminta memberi pandangan kerana mungkin Prof Agus agak bosan dengan hujahan kosong beliau.

Pendek kata, rancangan tersebut telah banyak merungkai apa yang berlaku di Perak yang mana secara kesimpulannya adalah jelas bahawa krisis di Perak adalah jelas timbul daripada sikap bongkak, sombong, angkuh dan kurang ajar oleh pembangkang yang di 'ketuai' oleh Nizar atas pengaruh tangan-tangan 'dajjal' yang tersembunyi.

p/s: Sudah terang lagikan bersuluh. Terdapat satu point yang menarik yang boleh diusahakan oleh YAB Zambry untuk menjustifikasikan sidang dewan seterusnya hendaklah mendapat perkenan Sultan, dengan mengihstiharkan dan mempersembahkan kepada Sultan bahawa Sidang Dewan DUN di tamatkan (prorogued). Hal ini adalah selaras dengan satu kes law yang diputuskan di UK (dirujuk dan nama kes dibacakan)yang mempunyai kesan seperti yang dicadangkan diatas.

7 comments:

Anonymous said...

Salam perkenalan

Apa pandangan anda tentang kedua-dua belah pihak iaitu Prof Shad dan Mr.Ragunath bersetuju bahawa jalan terbaik bukan penyelesaian mahkamah tetapi kembalikan kuasa pada rakyat melalui pilihanraya? Bukankah itu jalan terbaik?

Apakah cadangan Dato Shafie menggunakan peruntukan darurat penting dalam kes Perak sebegini? Saya kira menggunakan peruntukan darurat adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan barangkali boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

Anonymous said...

Bagaimana notis nak dikeluarkan kalau setiausaha kerajaan negeri pun turut bersubahat dgn kerajaan persekutuan.

Kenapa nak gunakan jalan yang berbelit macam diputarkan oleh Dato Shafie sedangkan jalan terbaik, paling mudah dan adil adalah kembali kepada rakyat.

tak suka putar belit.

Abafahim said...

ikmalhmt:

Tq atas komen. terpulang pada penilaian individe. ramai juga yang menyatakan keputusan Sultan adalah keputusan yang tepat dan bijaksana.

Prof shad juga ada bangkitkan berkenaan tentang keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mungkin pengaruhi keputusan Sultan. Boleh kita anggarkan kos perbelanjaan pilihanraya semata-mata kita ingin buktikan siapa yang BERKUASA? Sedangkan peruntukkan undang2 membolehkan lompat parti dan jelas pihak yang mendapat majoriti ADUN boleh memerintah. Bayangkan PR berkuasa dengan cara yang sama sprti 16 sept. penyokong PR tidak pula membangkitkan isu itu patut diserahkan kpd rakyat.

Pemahaman saya, aPa yang dikatakan oleh Dato shfee bukanlah cadangan, tetapi keadaan2 yang berkemungkinan sekiranya situasi yang dibangkitkan oleh dr agus timbul. APapun pilihan 'option' adalah terbuka.

anon;

Perlu diingat, SUK bertindak bagi pihak kerajaan perak dan kerajaan perak pada masa ini adalah kerajaan BN. Sama juga kalau perkara ini berlaku sekiranya PR berkuasa. SUK tiada kuasa untuk menolak.

cohong gym said...

Ayid,
Ragunath adalah penyokong PKR. Tu pasal la hujah hujah dia bagaikan menegakkan benang yang basah tanpa disokong dengan akta dan kes law. Buat malu je jadi president Bar Council. Kalau nak berhujah, persiapkan diri terlebih dahulu.

Anonymous said...

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak”.

Ahli2 panel akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul.

Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.

Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahyang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact).

Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009.

Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu,

PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak

Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan kononya tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

Adakah hanya kerana 3 ADUN, Sultan dikehendakai bubar DUN? Dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan?

Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

Saya dah berulang-ulang kali mengatakan bahawa jika pengundi2 merasakan mereka telah ditipu dan tertipu dengan calon DUN mereka – bukankah yang “menipu” adalah calon tersebut – dimanakah salah Sultan? Adakah calon tersebut disarankan Sultan atau PKR/DAP? Siapa yang cuai dalam mencalonkan ADUN2 yang melompat tersebut? Maka siapa sebenarnya cuai - Sultankah?

Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Anonymous said...

Hari ini (14hb April 2009) Yang Amat Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan (Federal Court) yang diketuai oleh Presiden Makamah Rayuan (ambil perhatian bahawa Presiden Mahkamah Rayuan juga adalah Hakim Mahkamah Persekutuan) Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sepakat bahawa Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan samada keputusan pergantunggan Dato Zambry dan Exconya dari menghadiri sdiang itu mengikut undng-undang atau tidak (sah atau tidak). Sila lawati;

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404155
April 14, 2009 20:13 PM
Zambry Used Correct Procedure To Challenge Speaker's Suspension - Federal Court
PUTRAJAYA, April 14 (Bernama) -- The Federal Court ruled today that Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors had used the right procedure to challenge their suspension from attending the State Legislative Assembly sittings by Speaker V. Sivakumar.

Sebelum ini (awal April) mahkamah telah menolak bantahan awal bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidangkuasa menentukan isu peruntukkan dalam perlembagaan negeri hanya isu perlembagaan Persekutuan. Bantahan ini bagaimanapun tidak berjaya kerana Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan sebelum ini memulangkan “paku buah keras” kepada Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa peruntukkan perlembagaan negeri bukan sesuatu yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Disegi ini, pada pandangan itu ada betulnya namun tidak tepat kerana Mahkamah Rayuan terlupa bahawa bidangkuasa Mahkamah Persekutuan meliputi bukan sahaja bidangkuasa Rayuan (appellate) tetapi termasuk bidangkuasa2 seperti Penyelian (supervisory), bidangkuasa semakan (revisionary) dan bidangkuasa asal (original). Malahan biangkuasa Mahkamah Persekutuan merangkumi dan melewati (goes beyond) apa-apa bidang kuasa yang terdapat pada Mahkamah Tinggi mahupun Mahkamah Rayuan. Maksud saya, Mahkamah Persekutuan tidak sekadar (walaupun kebiasaannya) mendengar rayuan dari mahkamah Rayuan (Court of Appeal) seperti difahami ramai. Lihat Courts of Judicature Act 1964,

Tidak lama kemudian (9hb April) Mahkamah Persekutuan memutuskan lagi bahawa Suruhanjaya Pilhanraya (dibawah Akta Pilihanraya) adalah kuasa menentu samada terdapatnya kerusi kosong DUN(casual vacancy) bukannya Speaker.

Kini pula (14th April) , Mahkamah Persekutuan sekali lagi memutuskan bahawa mahkamah persekutuan ada bidang kuasa mendengar dan menentukan samada Speker Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan tugas MB (Dato Zambry) dan Exconya selama 18 bulan dari menghadiri sidang DUN. Dibawah Artikel 44 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) Zambry dan 6 ahli ECO lain -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon deklarasi penggantungan mereka adalah tidak sah dan batal (null and void).

Halangan demi halangan (melalui bantahan awal) Sivakumar bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan kuasa Speaker ternyata gagal. Pada pandangan/hujah mereka, Mahkamah (Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan, Persekutuan) tiada bidangkuasa mendengar dan menentukan samada tindak tanduk speaker yang kononnya kebal berdasarkan Artikel 72 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) yang menyatakan bahawa kesahan (validity) apa-apa prosiding di DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana Mahkamahpun.

Isunya kini ialah Setelah bantahan awal sivakumar gagal, persoalannya sekarang adalah samada Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan MB Dato Zambri dan EXconya. Dalam hal ini apa itu "prosiding" menjadi isu penting?

Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan spekaer tiada kuasa menggantung MB Dato Zambry dan Exconya, bermakna masaalah besar akan menimpa Spekaer kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;

121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.

Maka, apakah pergantunngan MBDatZambry dan EXCONya sah?
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/deterministic-chaos-in-perak.html
FRIDAY, FEBRUARY 20, 2009

Deterministic Chaos In Perak

Here is a news report from the New Straits Times today:
Karpal stumped by Sivakumar's decision
IPOH: Pakatan Rakyat members are shaking their heads in disbelief over the suspension of Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six exco members by Speaker V. Sivakumar for 18 months and 12 months respectively.
Even DAP chairman Karpal Singh, a prominent lawyer, is stumped by Sivakumar's decision to order the suspension. Karpal told a press conference at Parliament House in Kuala Lumpur Sivakumar must call for the assembly to meet to endorse his decision to suspend Zambry and six executive councilors.
He said Sivakumar's decision must be endorsed by the house.
Several PR lawmakers here said the move was totally unexpected as they had painstakingly gone through the state constitution and the assembly's Standing Orders prior to Wednesday's hearing before the Rights and Privileges Committee.
"I was shocked upon hearing Sivakumar's decision. We had discussed about this (possibility of suspending Zambry and his exco members) and strongly advised against it. "By doing so, we have fallen into our own trap, akin to stepping on a banana peel planted by ourselves.
"I honestly do not know whose advice he (Sivakumar) took before making up his mind," said a PR lawmaker.
Karpal’s suggestion that Sivakumar should put the suspension to the Assembly first is echoed on both sides. Perak UMNO Youth secretary Hang Tuah Din cited Rule 72(2) of the Standing Orders stating :
“when the House was not in session, a state representative could complain to the Speaker of any offences. The Speaker, if satisfied that the offence appeared to have been committed, could refer it to the Rights and Privileges Committee. In turn, the committee must report it to the Assembly”
“It is clear he (Sivakumar) should have referred the matter to the Assembly, and not made a decision,” Hang Tuah told a press conference.
Hang Tuah Din’s statement tallies with Karpal’s view.
According to another comment, by not following the proper procedure, the Speaker has become “the investigator, the prosecutor and the judge at the same time” when such a decision by the Privileges Committees should have been referred to the House.
The Perak Assembly does not meet until April. Logically the Speaker cannot suspend any member of the Assembly until then. Pending the vote, the MB and the six Excos are not suspended. And when the Assembly sits in April, the MB and the six Excos targeted by Sivakumar must also have the right to vote over their own suspension. Otherwise it is as good as a confirmed suspension already and a mockery of the whole process.
(Imagine a situation where a Speaker goes berserk and suspends say 28 members of the Assembly. Why not? If the Speaker can suspend six Excos and the MB, why not suspend 12, 18 or 28 members of the Assembly?)
More importantly if you suspend an MB and six Exco members, how does the State Government function? How does this help the people of Perak? No matter how tasty or distasteful, the State of Perak and its people do not have an effective Government to rule its affairs. Is this what the Speaker Sivakumar really aims to do?
Granted that Sivakumar has a serious axe to grind with the new MB over the change in the Perak State Government. But that does not justify his present action. Suspending an MB and six Exco members on some excuse that they showed contempt to the State Legislature appears frivolous.
Again I can smell the presence of His Ineptitudeness here.
The suggestion that the MB and his Exco take this matter to Court to set aside the suspension imposed by the Speaker is sound. It must be pursued urgently.
If the Court sets aside the Speaker’s action, it is possible that it will be Sivakumar who is in contempt. This must be thought through extremely very carefully but Sivakumar can also be held in breach of other laws.
In my view treason against the Sultan is not an issue because Sivakumar has not denied that Zambry Kadir is the new MB of Perak. He recognizes the Sultan’s appointment of Zambry as the new MB. He has merely suspended the MB and six Excos based on procedure which does not seem right.

Lihat juga;
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2484884/Article/index_html

http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak-pakatan-snared-in-own-trap-over.html

Sidang bawah pokok pula?

Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)

Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2.

Pun begitu,

PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.

Baru-baru ini, MB Perak Dato Zambry ada menyatakan disuratkhabar (13hb April) beliau akan meminta perkenan sultan untuk mengadakan sidang DUN dan menasihati Speaker DUN supaya bertindak mengikut Undang2.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang2Awam) IIUM

Anonymous said...

Isu utama yang tinggal kini ialah samada Dato Seri Nizar masih seorang MB.

Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?

Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.

Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

“Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).

Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (jabatan Undang2 Awam) IIUM