Sunday, March 1, 2009

Benci Niz Aziz pada UMNO melebihi segalanya

UPDATE:

Utusan Melayu melaporkan Nik Aziz menyelar kenyataan bahawa bumiputra disamakan dengan apatheid.

P/s: Walauapapun posting diatas berdasarkan sumber yang menjadi rujukan pembangkang 'the malaysian insider' memandangkan pembangkang menyatakan Utusan Malaysia suka 'memutarbelitkan' berita walaupun berita itu benar. Nampaknya the malaysian insider cuba sembunyikan fakta yang diucapkan oleh Nik Aziz dan melaga-laga diantara orang2 melayu.

Original Posting:-

Saya baru sahaja membaca kenyataan Nik Aziz di themalaysianinsider yang mana menegaskan terma 'bumiputra' itu pun adalah rasis dan menafikan hak-hak kaum lain! Kenyataan ini timbul disebalik isu dimana ketua pembangkang Johor menyamakan bumiputra dengan dasar apartheid.

Kenyataan Nik Aziz tersebut seolah-olah mempertahankan kenyataan Adun DAP Johor tersebut dan nampaknya membela DAP yang dasarnya jelas MENENTANG sekerasnya penubuhan Negara Islam.

Nampaknya kebencian Nik Aziz yang meluap-luap pada UMNO yang matlamat asal penubuhannya mempertahankan agama, bangsa dan negara melebihi segala-galanya dan sanggup bermain najis yang lebih jijik bagi melenyapkan UMNO dengan mengumpan kaum lain dengan retorik ketuanan rakyat!

Apa sebenarnya Nik Aziz cuba buktikan? Adakah beliau kini cuba nak main lagi kasar sesuai dengan segala helah yang dibolehkan sebagaimana matlamat menghalalkan cara dan/atau berkawan lebih rapat dan akrab dengan syaitan dengan nasihat-nasihat percuma (memandangkan ada fatwa PAS yang boleh berkawan dengan syaitan)?

Kebelakangan ini jelas nampak kenyataan Nik Aziz adalah kenyataan-kenyataan politik yang penuh dengan kebencian dan dendam terhadap UMNO dan adalah malang seorang pemimpin yang diagungkan oleh ahli-ahli PAS sebagai ulamak agung mengungkapkan kata-kata yang menimbulkan kebencian yang keterlaluan daripada bangsanya sendiri dan sanggup membela golongan yang terlalu benci dan memandang hina pada hukum Islam. Adakah itu ciri-ciri ulamak? Saya cuba mencari ciri-ciri tersebut dalam sirah perjuangan Rasulullah, Nabi-nabi dan rasul-rasul, para sahabat, tabi' tabi'in, mazhab yang 4, ulamak-ulamak lampau yang hebat ilmu agamanya, MALANG sekali tidak ada!!

Nampaknya kebencian Nik Aziz kepada UMNO yang ahli-ahlinya sebangsa dan seagama dengannya melebihi segalanya termasuklah sanggup meninggalkan 'matlamat' yang diwar-warkan untuk menubuhkan kerajaan dan negara Islam dengan pelaksanaan hudud.

P/s: betapa saya sebelum ini memuji dan menyanjungi beliau, nampaknya kini, Nik Aziz rupa-rupanya juga adalah seorang pemain politik sepertimana pemain-pemain yang lain.

5 comments:

Anonymous said...

salam..jgn main api bro..nik aziz tu bkn calang2 orgnya...bro nak beri komen beri la..tapi ayat guna biar betul...org umno pun slalu main pakai ckp jer...jgn slalu nampak silap org..silap sendiri x dijaga..

Abafahim said...

bro. Anon;

Dah lama tak main api, asyik kena simbah api je.

Tapi itulah propaganda yang dimainkan oleh suratkhabar rujukn pembangkang utk membenci sesama melayu SEDANGkan Utusan Melayu (yang dibenci pemmbangkang) menunjukkan Nik Aziz menyelar kenyataan bumiputra disamakan dengan apatheid.

Posting tersebut adalah berdasarkan tulisan bangsa cina di themalaysianinsider yang sembunyikan fakta yang diucapkan oleh nik aziz.

Walauapapun; itulah rujukan utama utk propaganda pembangkang!

Abafahim said...

bro. Anon;

Dah lama tak main api, asyik kena simbah api je.

Tapi itulah propaganda yang dimainkan oleh suratkhabar rujukn pembangkang utk membenci sesama melayu SEDANGkan Utusan Melayu (yang dibenci pemmbangkang) menunjukkan Nik Aziz menyelar kenyataan bumiputra disamakan dengan apatheid.

Posting tersebut adalah berdasarkan tulisan bangsa cina di themalaysianinsider yang sembunyikan fakta yang diucapkan oleh nik aziz.

Walauapapun; itulah rujukan utama utk propaganda pembangkang!

cohong gym said...

Kalau kerajaan ada spin doctor, pembangkang pun ada jugak. Diaorang tu semua 2 kali 5

Anonymous said...

Melayu kena fokus untuk memajukan bangsa dan negara.

Eknomi Melayu sangat lemah. Pencapaian ekonomi Melayu sangat kurang.

Melayu dah berpecah belah kepada tiga parti utama. Ini amatlah menyedihkan kerana perpecahan ini tidak menguntungkan bangsa atau negara.

Kita jangan mengutuk pemimpin-pemimpin Melayu. Mereka semua ada sumbangannya.

Sekian