Wednesday, March 25, 2009

Inilah Mufti Baru Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sahibul Samahah Dato Hj Mohd Murtadha Bin Hj Ahmad telah diberitakan tidak menyambung perkhidmatannya sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dan telah di ganti oleh sahabat baiknya Dato' Hj Mohd Yusof Bin Haji Ahmad yang juga seorang ulamak yang amat disegani oleh masyarakat di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sepanjang pengetahuan peribadi saya, Dato' Hj Mohd Yusof adalah seorang tokoh ilmuwan yang bukan sahaja disegani di Negeri Sembilan malah di seluruh negara. Beliau adalah merupakan bekas Pengetua Maktab Perguruan Islam dan juga bekas Pengetua SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Sikamat, Seremban yang mana tempat saya bersekolah dan pernah juga kena marah oleh Dato' Yusof atas kenakalan semasa persekolahan dahulu.

Pada masa ini beliau menganggotai pelbagai badan dan majlis berkaitan agama Islam di Negeri Sembilan dan juga diperingkat kebangsaan dan difahamkan juga beliau merupakan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Secara peribadi, saya mengagumi peribadi beliau sepertimana kagumnya saya pada ketokohan Dato' Haji Mohd Murtadha, bekas mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Namun begitu pengesahan rasmi rasanya belum diumumkan. Kalau berita ini tepat, tahniah kepada Dato' Hj Mohd Yusof atas perlantikan dan terima kasih tak terhingga kepada Dato' Hj Mohd Murtadha atas sumbangannya kepada pembangunan agama dan masyarakat Islam di Negeri Sembilan ini.

p/s: Baru je kena teh dengan anak Dato' Hj Murtadha minggu lepas.

1 comment:

Anonymous said...

Salam Tuan,

Dengar cerita orang PAS lebih suka kalau Ustaz Zaidi jadi mufti. Betul ker? Yang orang PAS paling risau kalau2 Ustaz Fuad Al-Maliki dilantik jadi mufti sebab dia orang kata Ust Fuad ni orang UMNO.

Sila baca ni
http://czackpy.blogspot.com/

Rasanya Syeikh Murtaza tu setuju tak kalau2 Ust Fuad tu jadi mufti?