Keputusan pemilihan pemuda umno telah di umumkan yang mana KJ di ishtiharkan pemenang walaupun Lembaga Disiplin Umno telahpun menyabitkan kesalahan KJ didalam politik wang.
Kalau selama ini kempen di blog-blog, terdapat 2 pilihan 'wang' atau 'bangsa'. Juga, Tun telah menggariskan 4 kaedah yang jadi benteng terakhir untuk menguatkan Umno iaitu jangan pilih calon yang rasuah di pemilihan Umno, namun rupa-rupanya hampa belaka!.
Kalau dilihat rakan-rakan blogger nampaknya redha dengan keputusan malam tadi dan ingin melihat pemuda bersatu, malangnya jiwa dan nurani saya tidak sekalipun boleh menerima keadaan ini kerana bencinya saya dengan budaya rasuah!!!
Maka, saya dengan ini menyeru MM dan KT untuk terus menunjukkan konfrontasi dengan KJ bagi melihat pemuda Umno terus relevan! Pada saya, keputusan malam tadi tidak lansung menunjukkan hasrat pemuda Umno di seluruh pelusuk negara.
Saya yakin juga ada perwakilan-perwakilan yang 'mengkhianati' hasrat bahagian-bahagian yang mereka wakili atas sebab-sebab yang mereka sahaja ketahui!
Hanya dengan konfrantasi itu sahajalah yang boleh menunjukkan bahawa daripada 791 perwakilann, majoritinya tidak menyokong KJ dan generasi muda terus melihat bahawa majoriti pemuda umno adalah pemuda-pemuda yang benar-benar berjuang untuk mengembalikan maruah Umno dan menarik kembali generasi muda untuk bersama-sama berjuang dengan umno.
Namun, walaupun perbezaan pendapat dan konfrantasi, apabila berdepan dengan pembangkang, mereka wajib bersatu untuk memastikan kemenangan BN.
P/s: kalau trend ini berterusan berlaku, nampaknya bersedialah juga menerima Mat Taib sebagai Timbalan Presiden Umno Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
aku tak puas hati dengan keputusan semalam. tersangat ralat rasanya. kenapa masih ramai lagi golongan yang mengejar kebendaan dari nasib bangsanya sendiri?
aku rasa macam nak ludah je muka para perwakilan. kalau ada mesyuarat pemuda kat kampung, aku nak attend dan tanya wakil rakyat tempat aku (pasal dia ketua pemuda bahagian) siapa yang dia undi. kalau dia kata KJ, aku nak ludah muka dia.
cohong.. siram dengan gas pemedih mata je mcm waktu ceramah PKR kat Bukit Silambau..
Eh, apa citer kawan kita Arif Fahmi, orang kuat bukit silambau??
Aku masih menaruh harapan dengan UMNO ni. Kalau banyak lagi cerita rasuah lepas ni, tak tahulah aku lagi. MALU !
Post a Comment