Apa nak jadi ni? Betul ke? Apa yg diorang dah buat? Rumah siapa kena serbu? Kenapa? Kenapa tak kecoh di paper terutamanya suratkhar SINAR? Diorang tak cukup informer ke? Kenapa tak jadi isu politik yang panas di Negeri Sembilan? PR tak tahu ke isu ni ke taknak ambik tahu?
Maaflah intro yang sepertinya diatas. Apa yang berlaku ialah penghargaan saya kepada rakan-rakan pemuda Umno cawangan sri lalang, Rantau yang bergegas 'menyerbu' pada pukul 12 tengah malam membantu rumah-rumah yang dinaiki air sehingga mencecah paras peha akibat hujan lebat yang berlaku sejak akhir-akhir ni.
Tindakan mereka amat dipuji memandangkan rumah-rumah yang dinaiki air adalah rumah-rumah warga tua yang pastinya tidak mampu mengangkat barang-barang berat dan urusan-urusan lain ketika kecemasan dan tengah malam pula.
Pastinya tindakan tersebut sebenarnya bukanlah mengharapkan pujian tetapi atas rasa tanggungjawab mereka kepada warga setempat terutama yang sudah berusia. Sudah pasti bantuan tengah malam tersebut meringankan beban-beban warga yang dilanda musibah. Inilah antara sumbangan yang amat bernilai oleh pemuda kepada masyarakat setempat.
Saya dimaklumkan terdapat 9 buah rumah yang dinaiki air dan kesemua yang terlibat telah diberi bantuan kecemasan wang tunai dan barangan-barangan keperluan dapur oleh JKKK.
Dan malam tadi didalam mesyuarat bulanan pemuda telah disyorkan untuk menubuhkan satu pasukan bantuan bencana yang dianggotai oleh pemuda-pemuda cawangan dan dipersetujui oleh semua.
P/s: Jasa dan budi yang baik akan dikenang sampai bila-bila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
alhamdulilah...tapi bkn keje baik tak boleh heboh2..nanti khuatir berlaku riak...
kenapa diaorang tak datang kat opis aku, tolong selamatkan kereta yang tenggelam
bagus bagus. Tolong orang memang bagus. Jangan dipolitikkan sudah lah.
Post a Comment