Monday, March 23, 2009

Adakah dia 'penipu'?.

Berkobar-kobar menyokong PR, merendahkan kredibiliti Sultan Perak, mempersendakan Umno, berbicara soal integriti, berlagak dan berbicara persis sebagai seorang peguam, menggunakan bahasa-bahasa lembut untuk berbicara, seorang klien berbangsa India yang baru dikenali cuba mencari 'mangsa' baru.

Beberapa kes-kes baru telah diberikan kepada saya dan berjalan lancar, pembayaran yuran guaman in advance. Cuma baru-baru ini, beliau menyerahkan beberapa kes-kes baru yang agak meragukan.

Keraguan jelas nampak dari segi pindahmilik dan perjanjian jual beli yang mana tandatangan penjual sangat berbeza diantara satu sama lain. Kebetulan partner saya yang kendalikan kes ini menghubungi peguam asal yang kendalikan perjanjian dan amat mengejutkan, peguam yang kononnya menandatangani dokumen perjanjian yang merupakan kawan baik juga tidak tahu bahawa tandatangannya dan firmanya digunakan untuk perjanjian tersebut.

Dan didapati juga rupa-rupanya beberapa peguam telah 'terkena' dan menceritakan pengalaman masing-masing seperti tandatangan ditiru dan sebagainya.

Adakah sah dia seorang 'conman'?

P/s: tertanya-tanya mengapa dia menyokong PR?

2 comments:

Anonymous said...

bhaya ni...postkan jer gambar dia kat paper atau web BAR council...

cohong gym said...

peh, nasib baik kau check. kalau tak naya kau nanti. itu hari ada satu geng kita pun kena gak. dokumen semua lengkap. title search etc, tapi rupanya con. Nasib baik tak buat apa-apa lagi.