Nampaknya apabila DS Muhyiddin menyuarakan kebimbangan akan sikap orang-orang cina kerana tidak bersyukur, maka pemimpin-pemimpin kaum cina daripada pembangkang dan komponen BN sendiri mengkritik dan menghentam DS Muhyiddin.
Adakah persoalan dan kebimbangan ini hanya difikirkan oleh DSM semata-mata? Adakah persoalan ini tidak bermain-main dikotak pemikiran pemimpin-pemimpin kaum cina terutamanya dari komponen BN sendiri? SAya yakin hal ini juga disedari oleh pemimpin-pemimpin kaum cina sendiri.
Apabila DSM berterus terang dengan trend majoriti pengundi cina yang nampaknya tidak bersyukur, walaupun pelbagai imbuhan,tumpuan, keistimewaan dan pembaharuan dibawa oleh kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib sehingga meresahkan orang melayu yang menyokong BN sendiri, namun, trend majoriti kaum cina mengundi pembangkang walaupun menerima imbuhan-imbuhan tersebut amat membimbangkan!
Bukankah ini menimbulkan persoalan kepada sesiapa pun? bukan sahaja DSM tetapi kepada pemimpin-pemimpin termasuk kaum cina sendiri.
Adakah teguran ini tidak boleh dibuat oleh seorang pemimpin yang berkata atas suara hatinya dan majoriti rakyat yang menyokong BN berdasarkan suasana terkini? adakah kenyataan yang dilemparkan oleh DSM bohong dan tidak benar samasekali?
Sebenarnya yang tersirat, kenyataan DSM itu semata-mata ingin mengingatkan kaum cina untuk muhasabah segala kebajikan dan jasa kerajaan BN kepada mereka selama ini. Kekayaan dan penguasaan ekonomi daripada kaum cina sendiri adalah ketika kerajaan BN berkuasa!. Maka apa lagi yang anda inginkan??!
Juga, kini isu tersebut telah dimainkan oleh pembangkang terutamanya Lim Kit Siang kalau dilihat didalam laporan the malaysian insider yang terus meniupkan kebencian kaum cina kepada satu entiti melayu untuk keuntungan DAP.
Adakah kaum cina tidak boleh ditegur lansung?
p/s: Jangan laungkan kerajaan mesti menerima teguran tetapi mereka sendiri tidak boleh ditegur. Ke mana agaknya kuasa politik orang melayu bila bergantung kepada kaum lain sebagai kuasa penentu untuk berkuasa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Itu la yang dipanggil kiasu. Diaorang bole kritik kerajaan macam-macam, tapi bila kena kritik, diaorang melenting lebih lebih lagi bila DAP mempolitikkan perkara tersebut.
Diaorang ni semua lupa yang sarang tebuan jangan dijolok. Sebab utama kenapa diaorang semua macam kaduk naik junjung pasal orang melayu sendiri berpecah belah. Bila melayu tak bersatu, bangsa lain sedap la pijak kepala kita.
MIC pun satu cerita. Sudah la kalah teruk masa PRU, ada hati nak kuota lebih dalam kabinet. Dah nyanyok ke si Samy ni?
Post a Comment