Friday, April 3, 2009

Zambry vs Nizar: Analisa mudah: Peguam Utama Nizar akui Kuasa Sultan tidak boleh dicabar!

Perbicaraan kes Nizar untuk mendapatkan kebenaran untuk Judicial Review semalam telah mendedahkan satu kesilapan didalam permohonan tersebut yang membolehkan Mahkamah menolak saman tersebut.

Semakan Kehakiman Nizar adalah didasarkan kepada peruntukkan dibawah Aturan 53 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:-

Under Order 53 in the constitution it states that a person adversely affected by a decision made by a public authority figure may bring the case to court.

Yang menariknya, saya melihat dengan berdasarkan kepada peruntukkan undang-undang jelas Datuk Zambry bukanlah 'public authority' figure seperti di bawah Aturan 53 tersebut yang mana beliau disaman atas kepasiti peribadi. Public authority figure yang diperuntukkan didalam artikel 160 Perlembagaan Persekutuan adalah Sultan (state ruler). Hal ini telah dihujahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin.

Adalah jelas kuasa Sultan memang tidak boleh dicabar seperti didalam peruntukkan Undang-undang. Hal ini secara tidak lansung dialam hujahannya diakui oleh Sulaiman Abdullah, Leading counsel Nizar didalam permohonan tersebut. (sila rujuk mstar dan the malaysian insider)

Nampaknya kalau dilihat daripada perkembangan diatas, Semakan Kehakiman yang dipohon oleh Nizar boleh ditolak oleh Mahkamah.

Berdasarkan permohonan tersebut nampaknya Nizar cuba berselindung dengan memfailkan permohonan semakan kehakiman dibawah Aturan 53 Perlembagaan Persekutuan yang secara tidak lansung sebenarnya cuba mempertikaikan kuasa Sultan.

Secara rumusan juga nampaknya, saya berpendapat tiada apa-apa peruntukkan undang-undang sebenarnya yang membolehkan Nizar menyaman Datuk Zambry dan/atau membuat semakan kehakiman.

p/s: Walauapapun kita perlu menunggu keputusan Mahkamah untuk kes diatas yang telah ditetapkan hari ini. Apapun keputusan adalah di atas pertimbangan Hakim terpelajar.

2 comments:

ikmalhmt said...

Kuasa sultan tidak boleh dicabar memang ada kebenarannya. Tetapi bagaimana pula kuasa budi bicara yang ada pada baginda? Adakah ianya mutlak sehingga tidak ada satu parameter yang boleh menafsirkannya betapa mutlaknya itu?

Adakah ini akan menolak konsep raja berperlembagaan kepada kepada konsep monarki mutlak pula? Sedangkan negara kita adalah mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Apa pun penyelesaian melalui penafsiran mahkamah akan menjelaskan lagi bidang kuasa sultan.Satu perkembangan yang baik dalam undang-undang negara :)

cohong gym said...

Hakim terpelajar? hahahahhaha. Style sungguh translation kau