Sunday, April 12, 2009

Melayu yang bunuh Melayu!

Kalau selama ini kita sering menyalahkan kaum-kaum lain akan keberanian mereka meminta-minta dan mengugut satu entiti yang selama ini mempunyai satu 'legititimate expectation' dengan berpegang teguh kepada janji kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum bagi menghargai umat melayu yang begitu bermurah hati kepada kaum-kaum lain di Tanah Melayu ini. Maka, adakah benar semata-mata mereka, menjadi mereka begitu 'tamak' untuk menuntut?

Maka; satu persoalan utama yang ingin dibangkitkan "apakah sebab utama yang membenarkan perkara ini berlaku?.

Jawapannya: tidak lain tidak bukan bangsa melayu sendiri yang membenarkan perkara ini berlaku.

Tidaklah ingin saya mengulas lanjut akan bagaimana saya katakan bangsa melayu juga yang menjadi 'duri dalam daging' & pengkhianat kerana saya percaya anda semua telah maklum akan isyarat fakta-fakta dan perkembangan politik tanahair terkini.

Itulah yang saya katakan sebagai isyarat telah jelas...namun samada kita masih bersikap 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' ATAU kita kembali bersama menjaga kepentingan bersama kita tanpa mengira kekangan politik demi survival umat melayu (kita masih belum mampu bercerita kegemilangan orang melayu lagi), terpulanglah kepada anda sendiri untuk menilai.

Adakah kita umat melayu patut gembira keputusan PRK di Bukit Gantang? Bagi yang melihat kepada yang tersirat, PAS menang kerana undi kaum cina, agak-agaknya apakah yang menjadi perbualan dikalangan kaum cina pada masa ini ya? Mereka berjaya memperjuangkan hak kaum mereka, tapi kita? Apa lagi yang ada pada kita umat melayu selain daripada berpecah belah? Terpulanglah kepada anda untuk menilai!.

MAka benarlah kata Guru Hikam: " Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong."

Juga benarlah kata Guru Hikam, kalau ingin masuk politik kena ada 2 syarat: i) cukup iman dan ii)cukup duit. Dengan cukupnya 2 syarat ini, maka, mampulah dia menjaga diri daripada 3 'ta' iaitu "TAHTA, WANITA & HARTA".

p/s: Nampaknya tak layak lansung nak masuk politik.

2 comments:

cohong gym said...

aku lansung tak layak nak masuk politik.

shara said...

salam. saya baru nak try jual kuih secara online ni. leh tlg promote or at least letak link kuih kat page ni x? manatau, ado lak pengunjung blog ni nak oder kuih. kalo xleh xpo la, sayo carik blog lain. timo kaseh. :)