Tuesday, April 14, 2009

Kaum cina: Jangan tegur?!

Nampaknya apabila DS Muhyiddin menyuarakan kebimbangan akan sikap orang-orang cina kerana tidak bersyukur, maka pemimpin-pemimpin kaum cina daripada pembangkang dan komponen BN sendiri mengkritik dan menghentam DS Muhyiddin.

Adakah persoalan dan kebimbangan ini hanya difikirkan oleh DSM semata-mata? Adakah persoalan ini tidak bermain-main dikotak pemikiran pemimpin-pemimpin kaum cina terutamanya dari komponen BN sendiri? SAya yakin hal ini juga disedari oleh pemimpin-pemimpin kaum cina sendiri.

Apabila DSM berterus terang dengan trend majoriti pengundi cina yang nampaknya tidak bersyukur, walaupun pelbagai imbuhan,tumpuan, keistimewaan dan pembaharuan dibawa oleh kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib sehingga meresahkan orang melayu yang menyokong BN sendiri, namun, trend majoriti kaum cina mengundi pembangkang walaupun menerima imbuhan-imbuhan tersebut amat membimbangkan!

Bukankah ini menimbulkan persoalan kepada sesiapa pun? bukan sahaja DSM tetapi kepada pemimpin-pemimpin termasuk kaum cina sendiri.

Adakah teguran ini tidak boleh dibuat oleh seorang pemimpin yang berkata atas suara hatinya dan majoriti rakyat yang menyokong BN berdasarkan suasana terkini? adakah kenyataan yang dilemparkan oleh DSM bohong dan tidak benar samasekali?

Sebenarnya yang tersirat, kenyataan DSM itu semata-mata ingin mengingatkan kaum cina untuk muhasabah segala kebajikan dan jasa kerajaan BN kepada mereka selama ini. Kekayaan dan penguasaan ekonomi daripada kaum cina sendiri adalah ketika kerajaan BN berkuasa!. Maka apa lagi yang anda inginkan??!

Juga, kini isu tersebut telah dimainkan oleh pembangkang terutamanya Lim Kit Siang kalau dilihat didalam laporan the malaysian insider yang terus meniupkan kebencian kaum cina kepada satu entiti melayu untuk keuntungan DAP.

Adakah kaum cina tidak boleh ditegur lansung?

p/s: Jangan laungkan kerajaan mesti menerima teguran tetapi mereka sendiri tidak boleh ditegur. Ke mana agaknya kuasa politik orang melayu bila bergantung kepada kaum lain sebagai kuasa penentu untuk berkuasa?

Sunday, April 12, 2009

Melayu yang bunuh Melayu!

Kalau selama ini kita sering menyalahkan kaum-kaum lain akan keberanian mereka meminta-minta dan mengugut satu entiti yang selama ini mempunyai satu 'legititimate expectation' dengan berpegang teguh kepada janji kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum bagi menghargai umat melayu yang begitu bermurah hati kepada kaum-kaum lain di Tanah Melayu ini. Maka, adakah benar semata-mata mereka, menjadi mereka begitu 'tamak' untuk menuntut?

Maka; satu persoalan utama yang ingin dibangkitkan "apakah sebab utama yang membenarkan perkara ini berlaku?.

Jawapannya: tidak lain tidak bukan bangsa melayu sendiri yang membenarkan perkara ini berlaku.

Tidaklah ingin saya mengulas lanjut akan bagaimana saya katakan bangsa melayu juga yang menjadi 'duri dalam daging' & pengkhianat kerana saya percaya anda semua telah maklum akan isyarat fakta-fakta dan perkembangan politik tanahair terkini.

Itulah yang saya katakan sebagai isyarat telah jelas...namun samada kita masih bersikap 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' ATAU kita kembali bersama menjaga kepentingan bersama kita tanpa mengira kekangan politik demi survival umat melayu (kita masih belum mampu bercerita kegemilangan orang melayu lagi), terpulanglah kepada anda sendiri untuk menilai.

Adakah kita umat melayu patut gembira keputusan PRK di Bukit Gantang? Bagi yang melihat kepada yang tersirat, PAS menang kerana undi kaum cina, agak-agaknya apakah yang menjadi perbualan dikalangan kaum cina pada masa ini ya? Mereka berjaya memperjuangkan hak kaum mereka, tapi kita? Apa lagi yang ada pada kita umat melayu selain daripada berpecah belah? Terpulanglah kepada anda untuk menilai!.

MAka benarlah kata Guru Hikam: " Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong."

Juga benarlah kata Guru Hikam, kalau ingin masuk politik kena ada 2 syarat: i) cukup iman dan ii)cukup duit. Dengan cukupnya 2 syarat ini, maka, mampulah dia menjaga diri daripada 3 'ta' iaitu "TAHTA, WANITA & HARTA".

p/s: Nampaknya tak layak lansung nak masuk politik.

Thursday, April 9, 2009

Isyarat telah jelas...

Posting kali ini lebih menjurus kepada teman-teman yang bersama atau pernah bersama didalam satu perjuangan suci bangsa melayu.

Saya sebenarnya melihat satu trend iaitu penerimaan tanpa rujukan kepada sesuatu perkara. Trend ini adalah merujuk bagaimana sesuatu penceritaan itu disampaikan dan bagaimana kita mentafsir!.

Perlu diingat, tafsiran kita berbeza kerana perbezaan kefahaman diantara kita. Pemahaman kita mungkin berbeza tertakluk pada niat kita, tahap kefahaman matlamat perjuangan kita, apa yang sebenarnya yang kita faham yang perlu dinyatakan didalam satu perjuangan bangsa melayu.

Perbezaan pemahaman akan berlaku mengikut keadaan kita sendiri iaitu samada kita berterusan bersungguh bergiat berjuang atau kita telah berhenti berjuang separuh jalan atau kita tidak konsisten didalam perjuangan (kejap ada kejap takda!).

DAN paling penting, kegagalan memahami sesuatu penyampaian ATAU isyarat juga kerana sikap kita sendiri iaitu kita tidak berusaha mendekati dan mendampingi serta memahami fikrah mereka yang taat dan yakin didalam perjuangan.

Maka, atas 'kesombongan' untuk merujuk, terjadilah penilaian kita adalah semata-mata penilaian terjemahan terus TANPA memahami apa yang tersirat, isyarat serta hakikat sesuatu penyampaian.

Maka dengan itu, janganlah atas 'kesombongan' seperti yang saya nyatakan diatas menjadikan kita bangsa melayu "menang sorak kampung tergadai"!

p/s: Insaf serta mengakui kekurangan dan terlalu banyak kelemahan.. mungkin juga saya yang gagal memahami...

Sunday, April 5, 2009

Anwar Ibrahim pengacara baru Akademi Fantasia?

Saya baru sahaja membaca suratkhabar yang inginkan Aznil kembali mengacarakan pogram popular di ASTRO bagi menggantikan AC yang semakin hilang punca mengacarakan program hiburan no.1 tersebut.

Namun begitu, mengikut perkiraan saya berdasarkan perkembangan terkini, saya melihat bagi mengembalikan kepopularan AF, saya tidak dapat tidak ingin mencadangkan YB Anwar Bin Ibrahim menjadi pengacara baru AF kerana kelebihan beliau membuat kejutan-kejutan 'giler babi' yang sudah pasti boleh menarik kembali populariti program tersebut sepertimana 'kejutan giler babinya' yang dibuatnya malam tadi .

Saya juga yakin program tersebut bukan sahaja orang-orang melayu yang akan menontonnya tetapi juga kaum-kaum lain tidak akan melepaskan peluang untuk menonton AF ini.

Malah saya juga yakin, AF juga akan menjadi popular di Turki, US, Israel dll negara. Maka dengan itu, saya merayu cadangan saya boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurusan ASTRO.

P/s: tak sabar tunggu kejutan paling besar selepas 7 April seperti yang dijanjikan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim.

Friday, April 3, 2009

Zambry vs Nizar: Adakah NIzar telah menang?

Pada posting yang asal, saya telah mengulas secara ringkas intipati hujahan diantara peguambela Nizar dan Peguam Kanan Persekutusan didalam permohonan Nizar untuk kebenaran semakan kehakiman.

Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang final tetapi tertakluk kepada perbicaraan merit permohonan Nizar yang akan ditentukan kelak tarikhnya.

Y.A Abdul Aziz Abdul Rahim hari ini berpendapat bahawa didalam permohonan Nizar terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan dan tidak boleh dibuang tanpa dihujahkan iaitu antaranya Hakim Abdul Aziz bersetuju dengan hujahan Sulaiman bahawa Mohammad Nizar, dalam permohonannya menyebut tentang quo warranto (cara mana) bagi Zambry menunjukkan sebab di bawah kuasa mana beliau (Zambry) dilantik menjadi menteri besar yang sah.

TETAPI adakah keputusan Y.A Hakim tersebut memberi maksud bahawa isu-isu yang dibangkit oleh Nizar tersebut akan berpihak kepadanya? Jawapannya: Tidak sama sekali kerana mengikut Hakim, pada peringkat ini isu-isu merit belum diputuskan lagi cuma Mahkamah berpendapat bahawa terdapat isu-isu yang perlu dihujahkan iaitu:-

*tafsiran Perkara 16 (6) UndangUndang Tubuh Kerajaan Perak sama ada jawatan menteri besar boleh dikosongkan disebabkan menteri besar telah menasihatkan Sultan supaya membubarkan dewan undangan negeri; tidak berlaku sebarang pembubaran dewan; tiada usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan dewan; dan beliau tidak meletak jawatan.

Apa yang pasti, Mahkamah telah menyatakan bahawa Nizar tidak lansung mempersoalkan kuasa Sultan cuma membangkitkan isu-isu seperti yang dinyatakan diatas.

Rumusan saya; peruntukkan undang-undang yang terpakai didalam kes ini berdasarkan pengalaman ialah sesuatu permohonan walaupun dikatakan sangat lemah dan/atau tidak mempunyai peluang untuk menang sekalipun, Mahkamah sekiranya mendapati terdapatnya isu-isu atau prima facie untuk dihujahkan, maka, Mahkamah lazimnya akan mengambil pendekatan untuk membenarkan permohonan ini terus dihujahkan didalam satu perbicaraan dan seterusnya kes tersebut akan diputuskan berdasarkan merit.

Maka; saya masih lagi berpendapat permohonan semakan kehakiman oleh Nizar adalah sangat lemah dan sukar untuk menang. Kebenaran untuk semakan kehakiman oleh Mahkamah pada hari ini tidak lansung bermakna permohonan NIzar mempunyai kes yang kuat.

p/s: Tertarik dengan peguam yang mewakili Dr Zambry, Cecil Abraham.

Zambry vs Nizar: Analisa mudah: Peguam Utama Nizar akui Kuasa Sultan tidak boleh dicabar!

Perbicaraan kes Nizar untuk mendapatkan kebenaran untuk Judicial Review semalam telah mendedahkan satu kesilapan didalam permohonan tersebut yang membolehkan Mahkamah menolak saman tersebut.

Semakan Kehakiman Nizar adalah didasarkan kepada peruntukkan dibawah Aturan 53 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:-

Under Order 53 in the constitution it states that a person adversely affected by a decision made by a public authority figure may bring the case to court.

Yang menariknya, saya melihat dengan berdasarkan kepada peruntukkan undang-undang jelas Datuk Zambry bukanlah 'public authority' figure seperti di bawah Aturan 53 tersebut yang mana beliau disaman atas kepasiti peribadi. Public authority figure yang diperuntukkan didalam artikel 160 Perlembagaan Persekutuan adalah Sultan (state ruler). Hal ini telah dihujahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin.

Adalah jelas kuasa Sultan memang tidak boleh dicabar seperti didalam peruntukkan Undang-undang. Hal ini secara tidak lansung dialam hujahannya diakui oleh Sulaiman Abdullah, Leading counsel Nizar didalam permohonan tersebut. (sila rujuk mstar dan the malaysian insider)

Nampaknya kalau dilihat daripada perkembangan diatas, Semakan Kehakiman yang dipohon oleh Nizar boleh ditolak oleh Mahkamah.

Berdasarkan permohonan tersebut nampaknya Nizar cuba berselindung dengan memfailkan permohonan semakan kehakiman dibawah Aturan 53 Perlembagaan Persekutuan yang secara tidak lansung sebenarnya cuba mempertikaikan kuasa Sultan.

Secara rumusan juga nampaknya, saya berpendapat tiada apa-apa peruntukkan undang-undang sebenarnya yang membolehkan Nizar menyaman Datuk Zambry dan/atau membuat semakan kehakiman.

p/s: Walauapapun kita perlu menunggu keputusan Mahkamah untuk kes diatas yang telah ditetapkan hari ini. Apapun keputusan adalah di atas pertimbangan Hakim terpelajar.

Thursday, April 2, 2009

3 Adun bebas Perak belum selamat.?

Permohonan ringkas Sivakumar untuk membatalkan permohonan semalam telah ditolak tetapi tidak bermakna permohonan 3 ADun bebas telah dibenarkan. Perbicaraan permohonan untuk deklarasi bahawa 3 adun kekal sebagai adun ditempat masing2 dan keputusan (mungkin) akan diputuskan pada Rabu depan.

Berikut apa yang berlaku semalam:-

Mahkamah Tinggi tolak permohonan DUN Perak

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar untuk mengenepikan saman pemula yang difailkan oleh tiga anggota DUN masing-masing bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi turut menolak permohonan enam pihak termasuk tiga bekas Exco kerajaan negeri Perak iaitu A.Sivanesan, Tai Sing Ng dan Chan Fook Chye serta tiga pengundi DUN berkenaan untuk bertindak sebagai pencelah dalam kes berkenaan dengan kos.

Secara tidak langsung, ketiga-tiga Adun bebas berkenaan iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) sehingga hari ini masih kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.

Dalam saman pemula itu, tiga Adun berkenaan yang menamakan Sivakumar sebagai defendan memohon supaya mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah setelah Sivakumar memutuskan yang mereka telah mengosongkannya.

Februari lepas, ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar parti masingmasing, iaitu Jamaluddin dan Mohd Osman daripada PKR dan Hee daripada DAP, dan ini mendorong Sivakumar mengisytiharkan tiga kerusi itu kosong kerana mendakwa mereka telah menandatangani surat peletakan jawatan selepas menang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ketua panel peguam yang mewakili ketigatiga Adun itu, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata dua permohonan itu ditolak oleh mahkamah kerana ia tidak menjadi keperluan dalam prosiding dan ia merupakan satu keputusan yang signifikan untuk menyelesaikan isu perlembangaan di Perak secepat mungkin.

Penolakan keduadua permohonan itu merupakan satu keputusan yang sangat penting kerana pihaknya mahu menyelesaikan kebuntuan krisis perlembagaan di Perak dengan cara yang paling berkesan, katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Beliau berkata mahkamah juga telah menetapkan Rabu depan sebagai tarikh pendengaran saman pemula berkenaan.

Bagaimanapun ia bergantung kepada sebarang penghakiman yang akan dibuat di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya berhubung beberapa persoalan perlembagaan pada Jumaat ini.

Sebelum ini, pihak plaintif telah memohon untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berhubung tafsiran Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah pihak yang berhak dan berkuasa untuk menentukan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau sebaliknya.

Sementara itu, mengenai permohonan enam pihak untuk menjadi pencelah dalam saman pemula itu, seorang lagi peguam plaintif Datuk Hafarizam Harun berkata pihaknya berhujah bahawa bukan setiap orang atau seseorang itu boleh mencelah di dalam kes ini.

Antara alasan yang diberikan oleh hakim untuk menolak permohonan pencelahan oleh enam pihak itu adalah kerana mereka bukan pihak diperlukan dalam kes itu, hak mereka tidak terjejas dengan penghakiman terhadap plaintif manakala bagi tiga bekas Exco yang mendakwa masih Exco yang sah dan akan hilang hak serta elaun jika tidak mencelah pula, hakim menganggap itu hanya hak komersial sedangkan penghakiman memerlukan hak daripada segi undang-undang.

"Bagi tiga pengundi di kawasan DUN berkenaan pula mereka hanya memohon untuk kepentingan politik mereka yang mana bukan dari segi hak dan kepentingan undang-undang di dalam kes ini," katanya.

Esok, Mahkamah Tinggi Ipoh dijadual mendengar satu permohonan deklarasi mahkamah oleh Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya supaya mahkamah mengisytihar tindakan Sivakumar menggantung mereka daripada menghadiri persidangan DUN sebagai tidak sah dan menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Pada 18 Februari lepas, Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exco berkenaan daripada menghadiri persidangan DUN masing-masing selama 18 bulan dan 12 bulan. BERNAMA

sumber: mstar 1.4.2009