Sunday, May 4, 2008

Bro. Ezam membela orang melayu?

Berikut adalah temubual diantara wartawan Majalah SIASAH dan saudara Ezam.

SIASAH: Seruan tersebut agak senada dengan pendirian Anwar Ibrahim yang menuntut perkara yang sama, memerangi rasuah dikalangan menteri?

EZAM : Hubungan saya dengan Anwar adalah cuma berbeza pendapat sama ada setuju ataupun tidak bersetuju. Hal ini membabitkan soalan prinsip dalam perjuangan parti. Anwar Ibrahim telah melepaskan tanggungjawab untuk membela orang melayu didalam percaturan meraih sokongan rakyat dan didalam soal ini, saya tidak boleh berkompromi dengan beliau. DEB adalah membela nasib orang melayu dan kita harus mempertahankannya. Tetapi Anwar menggunakan itu untuk menarik undi daripada orang bukan melayu. Rasuah bukanlah soalan untuk DEB, didalam DEB tiada "direct nego". Gara-gara politik yang sebegini bukanlah agenda bangsa dan negara. Parti Keadilan Rakyat sepatutnya meletakkan kepentingan melayu sebagai perkara yang asas, tetapi pendapat saya ditentang dan Anwar Ibrahim tidak mempertahankan saya. Maksud saya bukan ketuanan melayu patut diperjuangkan tatpi asas kepada melayu dan Islam yang patut dilaksanakan. Asas Islam adalah adil kepada semua orang bukan melayu. Saya tidak bersetuju dengan ketuanan melayu atau ketuanan rakyat. Didalam Islam tidak ada ketuanan.

SIASAH: Saudara tidak ingin kembali membina hubungan dengan Anwar Ibrahim?.

EZAM : Ramai orang melihat hubungan saya dengan Anwar Ibrahim tidak seperti dulu lagi, sebelum ini saya telas ulas faktor ini hubungan Anwar dengan Azmin, dan yang jelas Anwar tidak bersama saya untuk membela nasib orang melayu sebenarnya, saya melihat Anwar melepaskan tanggungjawab untuk membela orang melayu dalam melakukan percaturan untuk mendapatkan undi sahaja. Anwar melaungkan isu ketuanan melayu di Kampung Baru dalam perhimpunan Black 14, tetapi pada masa yang sama beliau juga menolak DEB supaya beliau mendapat undi daripada pengundi bukan melayu. Memang banyak pengundi bukan melayu yang mengundi Pakatan Rakyat kerana isu DEB akan dihapuskan oleh beliau. Selagi perjuangan melayu perjuangan Anwar Ibrahim tidak jelas tentang asas Melayu dan Islam maka tidak ada ruang untuk saya membina kembali hubungan dengan beliau dan kini peluang itu dilihat semakin jauh kerana beliau menafikan Melayu dan Islam sebagai asas politik.

Petikan majalah Siasah : 27 April-3 Mei 2008.

p/s: Bro. ramai pengkritik tetap disini tidak bersetuju dengan anda. Kalau ada komen-komen yang panas dan menarik, saya akan emailkan pada anda untuk anda sendiri jawab.

9 comments:

Anonymous said...

Hang ni pon satu, yang mana kenyataan Ezam yang hang rasa leh support hang baikkkk punya, hang paste kat sini. Kaluuu hang otak tak terkatup, hang paste kan jugak kenyataan dia berkenaan berapa banyak Menteri UMNO rasuah! Itu mana dia..aku nampak hang ni dok cari salah pihak pembangkang saja…Hang ni lawyer, tapi ada mental block. Payahlaa laguutuu

Ezam ni dah macam orang putus cinta plak aku tengok. Dulu dah bersumpah keramat tapi skrg laguumana.. Ezam ni keluaq dari keadilan bukan masa isu DEB ni diwar-warkan, ini kira nak cari point ajaaa.. Orang Tua-tua kata, “Kalau dah tak suka tuu, bau minyak wangi pon kata bau kentut.”

Kalau hang tak puehh hati kat Azmin, settle diam-diam sudey…tak payah nak cari point yang mana akan memalukan diri sendiri kemudian hari. Kesian aku tgk Ezam ni, ada peluang sebenaqnya, mungkin dia tak yakin dengan perjuangaan dia..itu silap dia laa…kesian..

Anonymous said...

Anak Jarjis Praba,

Aku rasa apa yg cuba diutarakan oleh Abafahim berkenaan status atau ke mana halatuju atau pegangan bro Ezam ketika ini... Tak perlu laa nk salahkan beliau sbb pd pandangan saya topik ni 'impartial', dua2 pihak buleh berhujah mengenai kata2 beliau tersebut.

-Mazda6-

Anonymous said...

"hak keistimewaan" adalah wajar dan betul secara perlembagaan, tetapi ianya bukan "ketuanan melayu".

Abafahim said...

En anak jarjis ...

Sila rujuk kepada posting saya berkenaan 'definisi baru anak haram' dan '3 ta'. Saya cukup yakin kesemua pemberi komen disini tidak terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah malah melihatnya sebagai menjijikkan. InsyaAllah.

Sesiapa yang terlibat dengaan maksiat dan rasuah, maka terimalah azab Allah bukan shj di akhirat tetapi juga kehinaan didunia.

Kalau dilihat kepada posting-posting saya, saya lebih menjurus kepada polisi-polisi yang melibatkan NGO yang saya sertai secara lansung semenjak sekian lama iaitu memperjuangkan hak2, budaya dan bangsa melayu. Begitu juga dengan cadangan2 untuk pendidikan dan asuhan anak2 bangsa melayu seawal 1 hingga 3 tahun bagi bersaing didalam dunia yang semakin sengit pada masa hadapan.

Pada saya, kalau bukan pada zaman kita, zaman anak2 kitalah untuk melihat kegemilangan bangsa kita yang berteraskan Islam.

Daripada kecil lagi, saya sering diingatkan oleh orang2 tua bahawa kaum2 bukan melayu yang korup cukup bimbang sekiranya orang2 melayu tidak lagi ingin menerima rasuah. Maka, sama2lah kita berusaha menuju kearah itu.

Pada saya, gejala rasuah ini bukan tanggungjawab mana2 parti politik semata-mata tetapi semua pihak terutamanya kekuatan dalaman individu2 untuk mengelak daripada memberi dan menerima rasuah.

Saya mempunyai pengalaman sendiri tentang gejala rasuah, saya lebih rela kehilangan prospek hampir 1 juta yuran guaman daripada mengisi perut2 manusia dengan wang haram (beberapa individu yang tidak melibatkan mana2 pihak yang berkepentingan didalam parti politik).

Saya telah melihat banyak blog2 lain yang telah menceritakan dengan panjang lebar tentang rasuah2 yang melibatkan pemimpin2 tertentu. Bukan saya tidak mahu, tetapi saya lebih selesa dengan isu2 yang saya keutarakan ketika ini. Mungkin kalau perlu, pada masa hadapan, saya akan keutarakan.

Begitu juga dengan mana2 manusia yang suka meraba samada tanpa kerelaan ATAU dengan kerelaan tanpa ada ikatan yang sah :)

Anonymous said...

Sebut pasal rasuah ni aku mmg berbulu dgn mana2 org yg tanpa segan silu melakukan perbuatan terkutuk tu. Alhamdulillah setakat ni ujian kecik je utk aku, mungkin tak sampai ke tahap AbuFahim kot... Tu bisnes juta2 tu. Aku cuma waktu berurusan dgn sesetengah org (esp gomen yg keje di bawah2), punyelah lembab apa jua dokumen yg sepatutnye kerja dia utk diselesaikan. Bila dengar2 citer, rupanye ada gak kalangan org2 lain (rakyat jelata) yg mampu mengeluarkan dokumen tu segera, tp under table laa beb. Satu dokumen sampai RM50, sehari dh siap sedangkan aku tunggu sampai 2-3 bulan, 3-4 reminder tp tk keluar2 gak. Masalahnye tu org2 tua tu, payah nk menegur kalau tk dokumen pun tak jumpe, dh hilang katanye.

So camner nk buat?

cohong gym said...

Politik dan politik lagi

Anonymous said...

setju dgn anak jarjis..
masalahnya org UMNO memang cuba lari dari topik ashik pusing2 divert attention jer!!! kami sebagai rakyat mahu melihat janji UMNO utk membuang kurap2 serta tahi-tahi kehitaman yg menyelaputi Parti melayu itu..Ini ashik hentam menghentam jer..

Saya tak mempersoalkan ketuanan melayu kerana selagi ia terkandung dalam perlembagaan dan terusik, tapi jangan sampai kita sekali lagi ditipu oleh pemimpin2 UMNO yg mengaburi mata dengan bermain isu perkauman...
tetapi reformasi didalam parti tidak ada!!!

Bile rasuah berluasa, maka DEB akan hancur, kerana perlaksanaan DEB terbantut dengan rasuah ini...

rakyat sekarang sedang menanti2kan perubahan didalam UMNO..

Abafahim said...

Alhamdulillah, saya gembira dengan komen positif anonymous 12.31 am tentang hak2 istimewa orang melayu.

Tetapi berkenaan isu rasuah dan lain2, sebagai seorang peguam saya selalu mengingatkan diri saya tentang liabiliti perundangan apabila saya mengeluarkan posting2 saya tanpa ada bukti2 yang boleh disabitkan terutamanya melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi.

Mungkin perkara tersebut wujud, tetapi atas faktor undang-undang yang memerlukan saya membuat pembuktian beyond reasonanable doubt untuk mensabitkan kesalahan, sekiranya bukti2 tersebut tidak wujud atau diragui maka, saya boleh dikenakan tindakan sivil atau jenayah.

Saya tidak berniat untuk divert isu , tetapi sekiranya tuan mempunyai bukti2 yang kukuh maka laporan boleh dibuat kepada pihak2 berkuasa dan sekiranya mahkamah membuktikan sabitan, maka selepas itu, saya boleh keutarakan isu2 tersebut.

Minta maaf tidak dapat memenuhi kehendak tuan anonymous ketika ini.

Anonymous said...

Yo Bro lain kali jangan la paste kenyataan Ezam. Dia ni siapa nak bercakap pasal perjuangan Melayu! Sebelum ni masa Anwar jadi TPM apa Ezam buat untuk perjuangkan nasib Melayu?