Kadang-kadang ada terdetik dihati aku kenapa tuduhan yang terlalu berat serta laporan polis dibuat terhadap anwar. Kenapa pendedahan aib yang sebegitu besar boleh terkena kepada anwar! Adakah sebab Anwar mempunyai 'habit' membuka aib orang lain, maka dibukakan kini aibnya??
Aku terus terfikir, adakah ianya satu konspirasi? Manusia tak berhati perut mana yang sanggup mengada-ngadakan cerita tentang liwat yang dilakukan oleh anwar terhadap budak berumur 23 tahun? Adakah kerajaan yang diterajui oleh BN serta disokong oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berkonspirasi untuk menjatuhkan anwar? Kalau konspirasipun, kenapa begitu teruk dan seolah 'tak masuk akal' bagi rakyat jelata yang tidak mempunyai akses informasi-informasi sulit? Bodoh ke diorang ni semua?
Terus lagi aku merenung, apakah kesannya pada kerajaan dan pemimpin-pemimpin BN sekiranya Anwar dapat buktikan wujudnya konspirasi? Sudah tentu kerajaan bila-bila masa akan tumbang, tambah lagi dalam situasi yang tidak menentu didalam BN sendiri dan pertambahan kekuatan pembangkang!
Kemudian terus aku menyingkap kredibiliti pemimpin-pemimpin tertinggi BN terutamanya Pak Lah dan konco-konconya, selepas penat dan lunyai dibelasah kerana kepimpinan yang gagal dan terburuk dalam sejarah kepimpinan negara, kini pemimpin-pemimpin ini 'diangkat', 'dipuji' dan 'dilabelkan' pakar dan sempurna didalam membuat konspirasi. Untungnya diorang ni!
Kemudian, aku cuba bandingkan 'taraf' tuduhan anwar pada KPN dan Peguam Negara dengan tuduhan liwat ke atasnya yang lansung samasekali tak setara dan manusia yang berakal sempurna pasti tidak percaya atas sebab tuduhan memalsukan keterangan, KPN dan Peguam Negara berkonspirasi untuk 'menjatuhkan' tuduhan liwat kepada Anwar!! Kalau betul, pendendam dan kejam sungguh diorang ni!
Terlalu banyak episod-episod yang ingin aku terus persoalkan lagi tetapi kemudian aku teringatkan seorang budak 'hingusan' berumur 23, nampak lembut dan agak 'jambu' orangnya.
Siapakah dia dan apa kehebatannya sehingga diberikan 'tugas' untuk kehadapan dan menyerang anwar dengan penuh yakin dan waja dengan tuduhan liwat serta berkebolehan menjadi watak utama didalam episod 'liwat' ini?
Dan siapakah sebenarnya dia sehinggakan pemimpin-pemimpin BN, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sanggup menggadai masa depan, maruah diri dan keluarga serta nyawa kepada budak berumur 23 tahun ini semata-mata untuk menjatuhkan Anwar didalam satu 'konspirasi'??!! Adaka ianya berbaloi??
Betulkah ada konspirasi.. ATAU, sememangnya budak ini adalah benar-benar seorang MANGSA..??
p/s: Rimas dengan teori-teori konspirasi!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Aku pun tak tau. Tapi yang penting aku tak suka pada sesiapa saja yang jadi barua America.
Ruhanie Ahmad
Banyak pihak telah memprovokasi saya untuk membuat posting mengenai tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya mendiamkan diri buat beberapa ketika kerana mengkaji dan menyaksikan seluruh babak perkembangan harian mengenainya.
Saya bertindak begini kerana pada saat dan ketika ini wujud terlalu banyak teori konspirasi bertebaran di Malaysia - mengenai pelbagai hal, dengan aneka motif, membabitkan beberapa personaliti besar, segala-galanya kerana kuasa.
Tetapi, dalam diam saya saksikan betapa heronya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana menjamin keselamatan Anwar tidak akan tergugat. Dalam diam saya saksikan betapa kesiannya Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa menafikan pembabitannya dalam kontroversi liwat ini. Dalam diam saya saksikan betapa ghairahnya Datuk Seri Syed Hamid Albar membuat kenyataan demi kenyataan juga mengenai kes yang sama. Dalam diam juga saya saksikan betapa Amerika Syarikat cuba campur tangan dalam kelam-kabut ini.
Persada Kuasa
Maka, sikap hero Abdullah dalam perkembangan ini pun seolah-olah disanjung dan dipuji. Maka, seolah-olah terlupalah rakyat jelata akan soal Abdullah yang sepatutnya telah mengundurkan diri dari persada kuasa negara dan siasah UMNO sesudah PRU12. Maka, seolah-olah terlupalah rakyat jelata akan kedolak-dalikan Abdullah dalam soal peralihan kuasa kepada Najib yang indah khabar dari rupa. Maka, seolah-olah terlupalah rakyat jelata kepada tindakan-tindakan adhok kerajaan Abdullah dalam menangani kenaikan harga bahan bakar kebelakangan ini.
Pada waktu yang sama, seolah-olah terkapai-kapailah Najib dihambat penafian demi penafian yang sememangnya mesti beliau lakukan demi survival dan kerjaya siasahnya yang sedang diharu-birukan oleh kelompok-kelompok tertentu yang tidak mahu beliau mewarisi kuasa daripada Abdullah. Maka, terkapai-kapailah Anwar untuk menafikan tuduhan berkenaan yang dibuat oleh seorang pemuda berusia 23 tahun. Maka, hebat dan ghairah sungguhlah “adegan wayang” membelasah dan menyesah AS dilakukan oleh banyak pihak. [Moga-moga ini jadi pengajaran kepada AS supaya jangan sekali-kali masuk campur urusan dalaman kita.]
Bagaimanapun, dalam diam juga saya dapati seolah-olah wujud satu common denominator mengenai Najib dan Anwar dalam senario ini. Kedua-duanya jadi defensif. Najib jadi defensif kerana telah ditohmah sebagai pihak yang mendalangi perkembangan ini. Anwar pula jadi defensif dalam usahanya untuk menafikan tuduhan ke atas dirinya sendiri.
Siapakah yang membuat strategi supaya Najib dan Anwar jadi defensif sedemikian rupa? Adakah ianya pihak yang tidak mahu Najib mewarisi kuasa daripada Abdullah? Adakah ianya pihak yang cuba menyekat Najib daripada menandingi Abdullah untuk jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti Disember 2008 ini? Adakah ianya pihak yang cuba menghalang Anwar daripada menggugat masa depan politik Abdullah menerusi pelbagai cara dan pendekatan? Adakah ianya pihak yang cuba melakukan psywar untuk mencipta kesan reversed psychology yang memihak kepada Anwar? Siapakah tangan ghaib sebenarnya di sebalik percaturan ini?
Proksi Dan Boneka
Ketika ini saya tidak terdaya untuk memberikan jawapan kepada seluruh persoalan di atas. Tetapi, mustahilkah jika matlamat akhir kepada segala-galanya ini adalah mengenai kuasa? Fikirkanlah sendiri, siapakah antara pemain utama dalam peraturan kuasa di Malaysia mutakhir ini? Siapakah individu utama di sebalik takhta dan kuasa selama ini? Siapakah yang tergamak meliwat politik dan masa depan siapa semata-mata kerana kuasa? Siapakah antara individu yang didakwa bermain kuasa secara proksi? Siapakah antara individu yang dikatakan melaksanakan kuasa secara boneka? Siapakah individu yang sanggup menghalalkan apa jua cara kerana kuasa? Siapakah yang telah tergamak berbohong kerana kuasa?
Berapa ramai antara kita sudi menganalisa situasi mutakhir ini secara tajam dan rasional? Berapa ramai di kalangan kita sedia melihat babak-babak sarkas media mutakhir ini dan sanggup mempersoalkan mengapakah ianya jadi sebegitu ghairahnya? Berapa ramai antara kita sanggup merungkai pelbagai kemungkinan di sebalik kegawatan suasana ini?
Berapa ramaikah antara kita yang berani menganggap bahawa senario mutakhir ini adalah satu diversion, satu operasi bendera palsu, satu kaedah untuk melalaikan kita semua daripada memfokus kepada soal politik yang amat mendesak untuk diselesaikan dengan segera? Berapa ramaikah juga antara kita yang berani mengatakan bahawa apa yang sedang berlaku sekarang adalah tindakan terancang untuk memesongkan kita semua daripada soal kesengsaraan hidup yang kita alami akibat kenaikan harga minyak yang nampaknya ditangani oleh pihak berkuasa menerusi kaedah yang kurang berkesan dan kurang bijaksana?
Kembali Fokus
Lantaran itu, wajarlah kita kembali fokus kepada masalah semasa kita yang lebih penting – menyelesaikan krisis kepimpinan dan keyakinan yang membabitkan Abdullah dan mengatasi masalah kesulitan hidup yang juga wujud dalam era kepimpinan Abdullah. Lantas, wajarlah kita serahkan soal liwat meliwat ini kepada kebijaksanaan polis untuk menyiasatnya secara rapi dan professional.
Oleh itu, kalau ada pihak yang hari ini menyindir kononnya saya mendimkan diri dalam hal ini kerana sedang bertapa di sebuah gua, tulisan ini adalah hasil pertapaan minda saya kebelakangan ini. Saya serahkan tulisan ini untuk diadili oleh masa dan keadaan.
Kini, kita tunggu dan kita lihat, siapakah yang akhirnya akan beroleh manfaat paling besar daripada kisah liwat meliwat mutakhir ini. Dan, tanyalah juga kepada diri sendiri, adakah senario mutakhir ini juga merupakan mukadimah kepada kemungkinan Malaysia akan dilanggar todak? Fikir-fikirkanlah!
kata taknak cerita pasal nuar sodomi bang?
tahun 1998 dulu, nuar tak pernah nafikan yang dia meliwat. orang suruh dia junjung quran pun dia tak buat. skrg 2008, dia juga tidak menafikan dia liwat budak tu. yg dia buat ialah saman budak tu, tuduh najib, report pasal kpn dgn peguam negara dan buat mcm2 teori konspirasi. nampak sgt nak alih perhatian drpd isu liwat. kalo dia betul tak liwat, mesti dia buat laporan polis yg mengatakan budak cute 23 tu fitnah dia. tapi kenapa dia tak buat report tu agaknya?
p/s: paklah gak yg 'untung'.
En Podeh;
macam kata Datuk ruhanie ahmad, setelah didesak, terpaksa memberi komen :)
Post a Comment