Wednesday, April 22, 2009

Apabila Nizar 'mendedahkan' perbincangannya dengan Sultan Perak!

Didalam perbicaraan kes penentuan yang mana Nizar mencabar Zambry sebagai MB Perak, terdapat satu Afidavit menarik yang difailkan oleh NIzar yang mana kononnya menceritakan apa yang berlaku semasa pertemuan di antara Nizar dan Sultan Perak.

Beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa beliau ingin membubarkan DUN kerana beliau tidak mendapat sokongan majoriti ADUN tetapi kononnya terdapatnya 'deadlock' didalam Dewan maka DUN hendaklah dibubarkan apabila 3 ADUN meletak jawatan!.

Cukuplah Nizar...cukuplah bermain kata-kata! Rakyat yang berfikiran terbuka tahu niat kenapa anda minta pembubaran, apatah lagi Sultan yang penuh ilmu didada...

Hal ini pernah dibincangkan didalam HUJAH di TV9 yang mana alasan utama NIzar minta pembubaran adalah sebenarnya disebabkan beliau hilang majoriti dan adalah didalam pengetahuan sesiapa pun bahawa kesemua 3 ADUN yang tersebut telah menyokong BN.

Malah, Nizar pernah ditanya berkenaan pembubaran DUN oleh pemberita semasa awal-awal lagi 3 Adun dikatakan meletak jawatan, takda pulak sibuk nak bubar!!

Mengapa perlu bermain kata-kata lagi? Kalau didalam prinsip undang-undang, terma 'reasonable man test' sekiranya ditanya, mereka akan menjawab Nizar minta pembubaran kerana NIZAR HILANG SOKONGAN MAJORITI!

APA lagi alasan anda Nizar??

WALAUAPAPUN, PERSOALAN PENTING DISINI adalah, kalau pun betullah itu yang difikirkan oleh Nizar, adakah pembubaran DUN seperti yang diminta NIzar menjadi relevan kini ketika mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan surat perletakan jawatan 3 ADUN tidak sah!!! Ia kini menjadi akademik, membuang masa, mencetus pelbagai polemik & menjadikan Institusi Raja sebagai bahan hinaan oleh segelintir masyarakat yang taksub membabi buta!!

Berikut adalah kata-kata NIzar kepada Sultan didalam Afidavitnya selepas Sultan enggan membubarkan DUN dan memintanya meletak jawatan! Patutla orang kata DERHAKA!!!

Hearing this, Nizar interjected and spoke for 15 minutes, urging the Ruler to allow the people of Perak to exercise their rights and elect their own government.

NIzar boleh sound Sultan Perak:- I pointed out that history showed that in countries such as Egypt and Iran the institution of the monarchy was diminished or completely wiped out when decisions not in the interest of people were made.''

KWANGJAQ!!!! PUNGKOQ HANG!!!


Lanjut dialam The Malaysian Insider:-

KUALA LUMPUR, April 21 - He pleaded, appealed and even cajoled Sultan Azlan Shah to dissolve the Perak state assembly, saying that with the resignation of the three Pakatan Rakyat lawmakers there was deadlock in the House between the coalition he led and Barisan Nasional.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin said that at no time during his audience with the Sultan did he ask the monarch to dissolve the assembly and call for fresh elections because he had lost the confidence of the majority of the members of the state assembly.

Nizar cleared this important point in an affidavit which was filed in the High Court yesterday as part of the judicial review application challenging Datuk Seri Zambry Kadir appointment as the Mentri Besar of Perak.
The Perak state legal advisor in his affidavit said that when Nizar appeared before the Sultan on February 4, he asked the Malay Ruler to dissolve the house because he had lost the confidence of the House.

This point is important because it gives some legitimacy to the Sultan's actions in asking Nizar to quit as the Mentri Besar, an act which paved the way for Zambry to be made the chief executive of the state.

But Nizar in his affidavit noted that the state legal advisor was an interested party in the case, having represented and taken instructions from Zambry.

His description of the events on Feb 4 were wrong, said Nizar. Nizar recalled that on Feb 4 he informed the Sultan that three Pakatan Rakyat lawmakers had resigned.

They could not be contacted and seemed to have gone missing.

He then asked the Sultan to dissolve the assembly because it was appropriate to have fresh elections given the deadlock situation in the House with Pakatan Rakyat and BN having equal number of seats.

The Sultan said he would study the matter further and told Nizar that Allah is with those who are patient.

At no point during the audience, did the issue of Nizar losing the confidence of majority of the assembly crop up.

On Feb 5, the Sultan informed Nizar that he was rejecting the request to dissolve the assembly.

Hearing this, Nizar interjected and spoke for 15 minutes, urging the Ruler to allow the people of Perak to exercise their rights and elect their own government.

"When the assembly is dissolved, the rakyat will view the Sultan as someone who is fair and not partisan. They will in turn respect the institution for returning to them their rights to elect the government.
This is also consistent with the constitutional monarchy system and democratic principle here…

"In contrast, if the people were denied their rights, the people may lose respect for the institution and the Sultan…I pointed out that history showed that in countries such as Egypt and Iran the institution of the monarchy was diminished or completely wiped out when decisions not in the interest of people were made.''

To support his case, Nizar also read out a passage from the book "Constitutional Monrachy: Rule of Law and Good Governance .

It said: "Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role is purely formal.

The book was given to Nizar by Sultan Azlan Shah when he was installed as the MB last year.

As soon as Nizar finished his 15 minute plea, the Sultan looked up at him and declared that he would not dissolve the assembly and urged Nizar to resign.

Meanwhile, in a supporting affidavit, Perak Speaker V Sivakumar said that on Feb 6, he wrote to the Sultan to convene a state assembly sitting so that a vote of confidence could be held.

Till today, he has not received a reply from the palace, forcing him to take steps to protect the name and integrity of the assembly.

p/s: penat dengar awta2!!!

2 comments:

cohong gym said...

The reason why Nizar bermati-matian nak pilihanraya pasal diaorang sangat yakin yang perak akan jatuh balik kat tangan diaorang.

Anonymous said...

Dari
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang2 Awam)
Kulliyah Undang2 IIUM

Nizar lawan Zambry: Apa Pertikaian Faktanya?

Dato Seri Md Nizar mendakwa beliau tidak menyarankan kepada Sultan Perak supaya membubarkan DUN dibawah Artikel 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak mahupun ada menyatakan dan juga mencadangkan kepada Sultan beliau sudah kehilangan sokongan majoriti ahli2 DUN. Bahawasanya, affidavit (kenyataan bertulis bersumpah) Penasihat Undang2 Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal terhadap apa yang berlaku tidak betul dan tidak tepat. Ini bagaimanapun disangkal oleh Peguam Dato Zambry Datuk Cecil Abraham kerana terdapatnya keterangan dokumen berdasarkan dua surat yang ditulis oleh Nizar pada 4hb dan 5hb Februari 2009.

Sedikit petikan dari surat YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bertarikh 5 Februari 2009 kepada Baginda Sultan;

“Ampuan Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.”

Bukankah kenyataan tersebut membawa maksud bahawa Dato Seri Nizar sendiri akur beliau tiada lagi memperolehi kepercayaan majoriti ahli2 DUN bilamana beliau memohon DUN dibubarkan bagi mendapatkan mandat yang baru?

Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan bahawa tindakan EC (Suruhanjaya Pilihanraya) tidak bersetuju dengan Speaker DUN Perak bahawa terdapatnya 3 kerusi DUN kosong ekoran 3 ADUN Pakatan Rakyat yang berpaling tadah kepada BN adalah mengikut undang2. Ini adalah satu lagi keterangan yang menyokong kenyataan rasmi dari Istana Perak bahawa Dato Seri Nizar sudah kehilangan kepercayaan majoriti ahli2 DUN Perak.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=402996
April 09, 2009 18:23 PM
Three Independent Perak Assemblymen Keep Their Seats
PUTRAJAYA, April 9 (Bernama) -- The three independent Perak state assemblymen keep their post after the Federal Court ruled that the Eelction Commision was the rightful entity to declare vacancies in the state seat.

In a landmark decision, Court of Appeal President, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, who headed a five-men bench, granted an application by the trio - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Capt (Rtd) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) and Hee Yit Foong (Jelapang) - to declare that they were the state assemblymen for the three constituencies.

Alauddin said the bench was unanimous in its decision that the EC had the power to declare whether the seats were vacant and not the Perak State Assembly Speaker, V.Sivakumar.

Alauddin held that the interpretation of Article 36 (5) of the Perak Constitution, read together with Section 12 (3) of the Election Act 1958, meant that the EC was the rightful entity to establish if there was a casual vacancy of a state legislative assembly seat in Perak.

Bahawa persoalan beliau tidak memohon kepada Baginda Sultan DUN dibubarkan adalah sesuatu yang sukar disangkal dan diterima berdasarkan rentetan (kronologi) krisis itu sendiri.

Maka elok kita lihat Atikel 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak.

Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau hendaklah mengemukakan perletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.

Artikel 16 (6) digelar Perak Constitution
If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.

Apa maksudnya?
Perhatian: Perkataannya adalah “kepercayaan daripada majoriti ahli2 DUN (“members of” the DUN bukannya “members in” the DUN). Bukannya suatu kemestian bahawa kehilangan majoriti hendaklah didalam DUN.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Res ipsa loquitornya (the thing speaks for itself)
Permohonan Dato Seri Nizar memohon perkenan Baginda Sultan membubarkan DUN itu sendiri menjelaskan keadaan bahawa beliau sudah kehilangan kepercayaan majoriiti ahli2 DUN Perak.

- macammana punya pusing/ belit dan cornerpun, pada pandangan saya (Dr Abdul Rani), Dato Seri Nizar had ceased to command the confidence of the majority dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:

…once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/

Menurut Akta Interpretasi:

ELEVENTH SCHEDULE PROVISIONS OF THE INTERPRETATION AND GENERAL CLAUSES ORDINANCE, 1948 (MALAYAN UNION ORDINANCE NO. 7 OF 1948), APPLIED FOR INTERPRETATION OF THE CONSTITUTION

29. Power to appoint includes power to dismiss - Where a written law confers upon any person or authority a power to make appointments to any office or place, the power shall, unless the contrary intention appears, be construed as including a power to dismiss or suspend any person appointed and to appoint another person temporarily in the place of any person so suspended or in place of any sick or absent holder of such office or place: (diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/
========================================

Apa sebenarnya berlaku (tersurat dn tersirat) diIstana?

http://sayangbangsa.blogspot.com/2009/02/kebijaksanaan-seorang-raja-vs-kedegilan.html

JUMAAT, 2009 FEBRUARI 06
KEBIJAKSANAAN SEORANG RAJA VS KEDERHAKAAN SEORANG MB
(SULTAN Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menerima menghadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong di Istana Kinta, Ipoh, semalam berikutan tindakannya keluar daripada DAP dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Baginda turut menerima menghadap tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN. Terdahulu, Sultan Azlan Shah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak bagi mendapatkan perkenan baginda untuk BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. – BERNAMA)

BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868

05 Februari, 2009 16:45 PM
Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”

Nizar tidak pegang kepada janji

IPOH: Keengganan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin patuh kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya beliau serta barisan exconya meletak jawatan membuktikan beliau tidak berpegang pada kenyataannya semalam.

Mohammad Nizar semalam semasa ditemui pemberita mendakwa beliau tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) berikutan perkembangan terbaru politik di negeri itu.

Bagaimanapun pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini hari ini, Mohamad Nizar telah mengumumkan keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar kerana menganggap beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau patut mengemukakan peletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.

Sementara Artikel XVI (7) Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan bahawa berkait dengan klausa (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat selain Menteri Besar boleh mengekalkan jawatan atas perkenan Paduka Seri Sultan tetapi mana-mana ahli Mesyuarat, boleh, pada bilabila masa, meletakkan jawatan.

Mohammad Nizar semalam turut berkata beliau yakin sebarang keputusan yang diperkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil dan akan "akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku."

Hari ini beliau turut mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri di Perak kerana majoriti yang disebut oleh BN adalah tidak tepat kerana kedudukan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang dianggap mereka telah meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi itu.

Ini berikutan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V.Sivakumar sebelum ini yang mengisytiharkan terdapat tiga kawasan DUN yang kosong dan telahpun memohon mahkamah untuk mengisytiharkan kekosongan itu berikutan dakwaan Sivakumar yang mengatakan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada ketiga-tiga ADUN Behrang, Jelapang dan Changkat Jering.

Sultan Perak hari ini memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), serta menitahkan supaya Mohammad Nizar dan barisan exconya meletak jawatan.

Baginda membuat keputusan itu setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas di Istana Kinta di sini hari ini dan yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

BERNAMA

Patik mohon derhaka – Nizar

Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’ .

Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.

Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

=========================================

http://shaiful-hulusgr.blogspot.com/2009/02/nizar-akur-apa-saja-keputusan-sultan.html
Februari 05, 2009
Nizar akur apa saja keputusan Sultan Perak
04 Februari 2009
@MEDIA PKR HULUSGR/SAS
"Saya telah pun menyembahkan permohonan kepada Sultan melalui peruntukan undang-undang yang ada sebagai " leader of the house", namun saya fikir apa-apa yang diperlukan oleh Sultan maka Sultan ambil masa dan menangguhkan keputusannya," demikian kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Pejabat PAS Perak malam ini. Katanya, beliau akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai menteri besar.

"Saya akan akur kepada apa saja keputusan diputuskan Tuanku dan perbincangan dengan Tuanku cukup baik dan baginda sempat membaca ayat Al-Quran 'Sesungguhnya Allah akan bersama-sama dengan orang yang sabar,"ujarnya. Sambil menyifatkan kerajaan negeri kini adalah kerajaan minoriti, beliau amat berharap tidak ada kejadian hulu hara dan sebagainya. "Saya sifatkan Umno cuba merampas hak rakyat dan memohon kepada rakyat memberi mandat lebih besar kepada Pakatan Rakyat sekiranya berlaku pilihan raya.

Mengenai tindakan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang telah menyeberangi semula ke pangkuan BN, Nizar menganggap ia sebagai satu konspirasi besar. " Jika wujud unsur paksaan, ia adalah satu penganiayaan kepada Nasaruddin dan penduduk Bota,"tambahnya.

Datuk Seri Nizar Jamaludin berkata, Sultan Perak dijangka membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak esok.

"Baginda Sultan meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan Tuanku membuat rujukan terhadap beberapa perkara. Nizar berkata demikian selepas selesai mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak.

Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini."Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya. Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."ujarnya.

==========================================
DUN Perak bubar: Sultan buat keputusan esok
http://perakexpress.com/www/?p=1085
By webmaster • Feb 4th, 2009
Sultan Perak akan buat keputusan esok
8.00 malam
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.
Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.
Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.
Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.
“Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran,” katanya.
Ayat itu yang bermaksud “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

=========================================
Surat YAB Menteri Besar Perak kepada Baginda Sultan
http://shamsuliskandar.wordpress.com/2009/02/06/surat-yab-menteri-besar-perak-kepada-baginda-sultan/

Dikirim pada Februari 6, 2009 oleh Shamsul Iskandar

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:
5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,
MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

=======================================
http://www.bernama.com/bernama/v5/newspolitic.php?id=407396

April 28, 2009 19:54 PM
Federal Court Sends Zambry-Nizar Suit Back To High Court

PUTRAJAYA, April 28 (Bernama) -- The Federal Court Tuesday ruled that the dispute between Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin on who is the rightful Perak Menteri Besar will be heard and determined by the High Court.

The five-men bench headed by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff unanimously held that there were disputed facts in this case relating to two affidavits affirmed by Nizar and Perak Legal Adviser Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

The proceedings to examine Kamal's affidavit will be heard before High Court Judge Datuk Abdul Aziz Abd Rahim on Monday.

This is the second time the case was remitted back to the High Court.

The first was on March 23 when the Federal Court ruled that issues involving the interpretation of Article 16(6) of the Perak Constitution must be heard and decided at the High Court, and could only be brought to the Federal Court by way of appeal.

Alauddin, Chief Judge of Malaya Datuk Ariffin Zakaria and Federal Court justices Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf and Datuk James Foong were today supposed to hear Zambry's application, filed on April 21, to seek a declaration that he is the rightful Menteri Besar.

With the sitting of the five-man panel, Nizar's request for a nine man-bench to hear the case was turned down.

Earlier in the proceedings today, Nizar's counsel Sulaiman Abdullah objected to Zambry's application on the ground that there were disputed facts on the dissolution of the Perak State Legislative Assembly which was scheduled to be heard at the High Court next week.

He said there was material contradiction between what was affirmed by Kamal in his affidavit with what actually had happened in the meeting between Nizar and the Sultan Azlan Shah on Perak on Feb 4.

"I affirm that when I had an audience with His Royal Highness (H.R.H) the Sultan, I never stated and did not inform, and never suggested to H.R.H. the Sultan that there was loss of confidence in me as Menteri Besar by the majority of the State Legislative Assembly. I also never recommended to H.R.H. the Sultan to dissolve the State Legislative Assembly in accordance with Article 16(6) of the Perak Government Constitution.

"Referring to the legal adviser's affidavit, I state that Datuk Ahmad Kamal's version on what had happened was wrong and inaccurate," said Sulaiman, reading out the affidavit affirmed by Nizar.

He also submitted that Kamal had represented Zambry when the case was called for mention before Judicial Commissioner Mohamad Ariff Md Yusof on Feb 18. "Datuk Kamal had appeared for Zambry and clearly showed that he was not neutral," said Sulaiman.

He also said that on the principle of "res judicata" (a matter already judged) the application should not be heard by the Federal Court as the same application on the same issue had been determined by the same court on March 23.

Counsel Datuk Cecil Abraham for Zambry said in reply that there was documentary evidence based on two letters written by Nizar to the Sultan of Perak on Feb 4 and 5 to show that there were no disputed facts as claimed by the respondent.

He also said that the principle of res judicata was not applicable because the issue of Article 63 did not arise at the hearing before the Federal Court on March 23.

Present during the proceedings were Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail as the intervener, counsel Mohd Reza Hassan who holds a watching brief for Barisan Nasional and assistant Perak legal adviser Zulqarnain Hassan.

Outside the courtroom, Nizar told reporters that today's decision was a sign that the Perak political crisis could reach a final settlement.

"I hope the State Legislative Assembly sitting on May 7 will be postponed until the dispute is settled at the High Court. No need for us to be hasty because many facts are being disputed here," he said.

-- BERNAMA