Posting kali ini lebih menjurus kepada teman-teman yang bersama atau pernah bersama didalam satu perjuangan suci bangsa melayu.
Saya sebenarnya melihat satu trend iaitu penerimaan tanpa rujukan kepada sesuatu perkara. Trend ini adalah merujuk bagaimana sesuatu penceritaan itu disampaikan dan bagaimana kita mentafsir!.
Perlu diingat, tafsiran kita berbeza kerana perbezaan kefahaman diantara kita. Pemahaman kita mungkin berbeza tertakluk pada niat kita, tahap kefahaman matlamat perjuangan kita, apa yang sebenarnya yang kita faham yang perlu dinyatakan didalam satu perjuangan bangsa melayu.
Perbezaan pemahaman akan berlaku mengikut keadaan kita sendiri iaitu samada kita berterusan bersungguh bergiat berjuang atau kita telah berhenti berjuang separuh jalan atau kita tidak konsisten didalam perjuangan (kejap ada kejap takda!).
DAN paling penting, kegagalan memahami sesuatu penyampaian ATAU isyarat juga kerana sikap kita sendiri iaitu kita tidak berusaha mendekati dan mendampingi serta memahami fikrah mereka yang taat dan yakin didalam perjuangan.
Maka, atas 'kesombongan' untuk merujuk, terjadilah penilaian kita adalah semata-mata penilaian terjemahan terus TANPA memahami apa yang tersirat, isyarat serta hakikat sesuatu penyampaian.
Maka dengan itu, janganlah atas 'kesombongan' seperti yang saya nyatakan diatas menjadikan kita bangsa melayu "menang sorak kampung tergadai"!
p/s: Insaf serta mengakui kekurangan dan terlalu banyak kelemahan.. mungkin juga saya yang gagal memahami...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kesombongan utk merujuk? applies to whom? periksa diri, tanya iman
Use ur own name next time k.. It is not about u..anyway, my only advise to u,Pls devide ur time wisely n manage ur time accding e priorities :)
Ayid,
ada sesetengah orang yang tak mau menilai diri sendiri tapi lebih suka untuk menilai orang lain.
ada orang yang mengikut membuta tuli tanpa usul periksa.
itulah yang dipanggil bodoh sombong
Seorang yang terbuat dosa kemudian rasa berdosa adalah lebih baik dari orang yang tidak buat dosa, dan tidak merasa berdosa.
Sebab orang yang pertama, bersifat hamba kepada Tuhan. Manakala yang kedua merasakan diri seperti Tuhan.
Segelintir orang pula suka bersikap prejudis dan menyamakan semua orang. Ini juga tidak baik.
terima kasih atas komen kawan2..
posting ini menjurus kepada rakan2 yang sedang & pernah bersama2 saya didalam perjuangan seni dan budaya yang membela agama bangsa dan negara.
Taat kepada guru yang mursyid lagi siddiq membawa berkat dan menjadi panduan hidup didunia dan diakhirat..
Post a Comment