Thursday, July 31, 2008

Pas tolak kerjasama dengan UMNO bentuk kerajaan

Pas telah mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat atau negeri-negeri terutamanya dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Terpulanglah kepada kebijaksanaan Pas tetapi daripada laporan-laporan berita dilihat muqabalah yang sedang berjalan diantara Pas dan Umno tetap tidak tergugat.

Aku dah menjangka keputusan Pas tersebut, cuma harapan ikhlas aku kalau bukan melalui kerjasama membentuk kerajaan, cukup kedua-dua pihak mempunyai 'common interest' yang mana Pas dan Umno bersama-sama bersatu membela kepentingan bersama tersebut terutamanya soal orang melayu dan agama Islam sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba persoal dan pertikaikannya.

P/s: Belum berminat nak komen apa-apa pun berkenaan Anwar didalam blog ini.

Wednesday, July 30, 2008

Israk Mikraj: ramai tak sedar

Hari ini adalah hari bersejarah bagi umat Islam sempena perjalanan yang menakjubkan Rasulullah dari Masjidil Aqsa di Palestin, meredah 7 petala langit ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah SWT didalam tempoh satu malam.

Hari tersebut juga pada asasnya menguji ketaqwaan dan keimanan umat Islam pada zaman Rasulullah atas sesuatu perkara yang dianggap terlalu mustahil mengikut logik akal.

Teringat pada masa kecil dikampung, setiap kali israk mikraj, maka diceritakan berhari-hari pelbagai kejadian tentang perjalanan Rasulullah yang penuh dengan teladan dan panduan untuk kehidupan umat Islam yang mana hikmah terbesar Israk Mikraj, Allah SWT telah memerintahkan ibadah Solat kepada umat Islam.

Ramai mungkin tidak sedar akan hari-hari kebesaran dalam Islam, malah saya yakin ramai diantara kita yang masih gagal menghafal bulan-bulan Islam, itu belum cerita menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Jangan cerita hafal lagi, baca Quran pun mungkin ramai dah lupa bila akhir sekali buka al-Quran dan baca. Yang hafiz pula, adakah ajaran al-Quran dan Hadith dihayati?

Hmm..bukan nak ingatkan orang lain sebenarnya...satu jari tunjuk pada orang, 3 jari tunjuk pada diri sendiri.

P/s; Di Palestin menerusi berita hari ini, penduduk Gaza merayu agar puak Hamas dan Fatah bersatu. Apakah kita tidak terfikir sebarang pengajaran dari negara Palestin kalau kita berpecah belah? Mengapa ada orang Islam sendiri menentang usaha untuk bersatu? Taraf manakah orang-orang tersebut disisi Allah SWT.?

Tuesday, July 29, 2008

Pilihan Malaysia vs Chelsea; Malaysia menang!

Sila tandakan jawapan yang betul:-

Apakah yang ingin dicapai oleh pemain Malaysia semasa pertemuan dengan chelsea malam ini:-

a) Menunjukkan bahawa mutu permainan kita setanding dengan peringkat antarabanngsa.

b) Memalukan chelsea dengan mengalahkan mereka.

c) Menunjukkan skil permainan terbaik bagi menarik perhatian jurulatih chelsea untuk berpeluang bermain dengan chelsea.

d) Mempelajari skil-skil dan teknik-teknik pemain-pemain chelsea bagi membantu meningkatkan mutu peemainan bola sepak tempatan mereka, ATAU;

e) Mengejar pemain-pemain kesayangan mereka selepas tamat permainan untuk mendapatkan jersi-jersi yang dipakai oleh pemain tersebut untuk menjadi kenangan terindah seumur hidup untuk ditunjukkan kepada anak cucu apabila tua kelak bahawa mereka pernah menentang pasukan chelsea.

f) Semua diatas..

Sunday, July 27, 2008

Pas dan Umno bubar?

Tok Guru Nik Aziz secara serius telah mencadangkan bahawa Pas dan Umno dibubarkan dan seterusnya bergabung membentuk satu parti baru berlandaskan Islam.

Aku memang menyokong orang melayu bersatu tetapi adakah ahli-ahli Umno bersedia untuk Umno dibubarkan?. Bukan sahaja ahli Umno, bagaimana ahli-ahli PAS, bersediakah mereka?

P/s: Aku menyokong apa sahaja yang boleh menyatupadukan orang melayu.

Friday, July 25, 2008

Exco Terengganu dapat merc

Update!

Pak lah menyatakan bahawa kegunaan merc tersebut hanya untuk tetamu sahaja dan pemimpin-pemimpin kerajaan Terengganu tetap menggunakan Perdana V6.

P/s: Another flip flop?

Sebentar tadi kedengaran berita saluran Sinar FM yang menyatakan PM memberi kebenaran untuk pemimpin-pemimpin besar Terengganu memandu kenderaan mercedes.

Selepas teruk membelasah dan merendah-rendahkan khidmat Perdana V6, kereta keluaran Nasional, maka, mereka kini boleh 'gah' dan berbangga memandu kereta impian mereka sejak kecil.

Sebagai seorang yang memandu kereta perdana V6 selama 4 tahun tanpa belas kasihan, (seremban, melaka, KL dan Shah Alam hampir setiap hari bekerja) seingat saya tidak sampai RM15k pun total 4 tahun untuk kos selenggara. Alhamdulillah, selamat dan tiada masalah.

Mungkin mereka memerlukan keselesaan untuk membela nasib rakyat (?) tapi janganlah merendah-rendahkan dan menghina hasil usaha dan penat lelah kita sendiri selama ini.

P/s; Teringat orang melayu terkaya di Malaysia Syed Mokhtar al Bukhari yang begitu berbangga dan bersikap sangat patriotik dengan memandu Perdana V6 walau beliau jauh mampu untuk memiliki apa jenis kenderaan pun.

Thursday, July 24, 2008

Baba amek k..


Pada tika dan saat ini aku sedang menunggu anakku fahim yang berumur 2 tahun 8 bulan akan pulang dari sekolah tadikanya pada pukul 12.30 tengahari.

Kebetulan pagi ini aku ada perjumpaan dengan Yang di Pertua NGO yang aku ceburi untuk majlis yang bakal aku kendalikan selama dua hari di Melaka dan kesempatan ini aku tak lepaskan peluang menghantar fahim ke tadikanya, memandangkan atas urusan kerja, aku hanya berkesempatan pulang selalunya 1 hari sepanjang Isnin hingga jumaat hari bekerja.

Setiap hari pada waktu pagi, fahim akan dihantar oleh maknya ke rumah neneknya yang tidak jauh daripada rumah aku dan pagi tadi bila aku datang ke rumah mak mertua aku untuk menghantarnya ke sekolah, dia seolah-olah terkejut dan datang memeluk serta mencium aku dan memberitahu nenek dan datuknya berulangkali "a'im sayang baba, a'im sayang baba". Semua urusan pakaian dan kasutnya, dia minta aku yang pakaikan.

Sehinggalah nak buka pintu kereta untuk menghantarnya, dia berulangkali dia berkata "baba amek k! baba amek k..!".Didalam kereta dia kelihatan sangat gembira dengan menyanyikan lagu 'ABC' dan 'ba ba black sheep'. Tetapi.. apabila tiba disekolah, dia kelihatan agak sedih...tak pandang aku pun, terus masuk ke tadikanya.

Selepas menghantarnya pada pukul 8.30 pagi, aku pun terus menelefon Yang Dipertua Persatuan Abang Sham untuk tetapkan tempat dimana hendak berjumpa. Rupa-rupanya, sebaik aku menelefonnya, Abang Sham maklumkan aku dia tak dapat berjumpa pada pagi ini atas urusan yang tidakdapat dielakkan dan terpaksa tetapkan kepada satu tarikh lain.

Memandangkan banyak kerja-kerja yang masih tertunggak dan untuk tindakan segera, maka,aku ambil keputusan untuk terus ke seremban. Tetapi selepas setengah jam perjalanan dari melaka ke seremban, tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata anak aku berulangkali sebelum dihantar ke sekolah sebentar tadi "baba amek k! baba amek k!.." dan timbul perasaan pada diri aku untuk tidak mengecewakannya dan pada masa itu juga aku kata pada diriku, biarlah hajatnya aku selesaikan dulu sebelum selesaikan kerja-kerja aku yang lain.

Aku terus belok kereta untuk balik ke melaka kembali untuk menunggunya pulang dari tadika dan kini aku sudah hampir 2 jam menunggunya di sebuah kedai minum berhampiran tadikanya, takpelah..hanya tinggal 1 jam sahaja lagi..

@E90

Wednesday, July 23, 2008

Perbezaan Muqabalah dan Muzakarah

Hari ini adalah pertemuan diantara pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang mana topik utamanya adalah tentang pertemuan diantara UMNO dan PAS.

Selepas pertemuan yang berakhir hampir 2 jam tersebut, Tok Guru Nik Aziz menyimpulkan pertemuan tersebut bersetuju bahawa PAS tidak akan menyertai BN dan perkataan muzakarah ditukar ke muqabalah.

Disamping itu juga, Tok Guru Hj Hadi terus komited menyatakan bahawa pertemuan dengan umno adalah untuk bersemuka untuk membincangkan masa depan orang-orang Islam dan Melayu.

Lantaklah terma apa nak pakai pun pertemuan ke, meeting ke, bersemuka ke, lepak ke, perjumpaan ke, muzakarah ke, muqabalah ke, 'mubahalah' ke.., janji usaha untuk bersatu akan tetap diteruskan.

P/s: Puji sikap terbuka PAS yang boleh bertemu dengan UMNO untuk mencari penyatuan walau pada masa ini kerajaan yang diterajui Umno dituduh dengan pelbagai konspirasi dan tuduhan-tuduhan berat oleh DSAI. Kadang-kadang terfikir juga takkan PAS sanggup berjumpa dan beramah mesra dengan Umno sekiranya PAS beranggapan Kerajaan benar-benar melakukan perkara-perkara seperti yang dituduh oleh DSAI.

Monday, July 21, 2008

Pertemuan PAS dan UMNO

Kedua-dua pihak kini telah 3 kali bertemu untuk berbincang untuk masa depan orang Islam dan Melayu.

Alhamdulilah, aku rasa inilah berita yang paling mengembirakan bagi aku sebagai orang melayu selepas PRU 12. Aku yakin PAS juga semakin bosan dengan sikap rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat dan menjadi satu isyarat kepada rakan-rakan PR yang lain bahawa jangan cuba menjolok sarang tebuan dengan cuba mempersoalkan hak-hak bangsa melayu dan agama Islam.

Aku yakin Tok Guru Nik Aziz tidak membantah, cuma mungkin inginkan PAS berhati-hati dan memastikan kedua-dua pihak ikhlas serta matlamat kedua-dua pihak dapat dicapai.

P/s: Jadikan ia isyarat bahawa orang melayu boleh bersatu walau berbeza fahaman dan pendekatan politik. Aku menaruh harapan tinggi untuk kedua-dua pihak dapat bersatu apabila hak-hak orang melayu dan Islam dipertikaikan..

Saturday, July 19, 2008

Sebab YB Loh ditampar?

Seorang pembantu khas Setiausaha Politik MB Selangor telah menampar YB Loh Gwe Burne (perakam video lingam) atas pertikaian yang berlaku semasa perasmian pecah tanah yang berlansung secara aman di Selangor untuk mendirikan sebuah surau.

YB Loh dikatakan bertindak atas aduan penduduk-penduduk Hindu yang mempertikaikan dan menunjukkan rasa tidak berpuas hati yang keterlaluan atas pembinaan surau tersebut yang dikatakan tidak mendapat kelulusan PBT. (sumber: blog2)

Ini dah melampau!. Memang celaka!

Tapi apakan daya...PKR kini fokus memperjuangkan hak mereka dengan mengorbankan hati, jiwa dan perasaan orang-orang melayu termasuk yang menyokong PR sendiri.

Murahnya nilai perasaan dan suara orang-orang melayu beragama Islam di Selangor kini.

Sedarlah, bangkitlah dan bersatulah bangsaku! Kita ditekan kerana kita lemah dan berpecah belah!

P/s: Aku faham perasaan pembantu khas setiausaha politik tu, tapi.. apakan daya..

Suara akar umbi di Kampung Ubai

Perkembangan mutakhir kini berkenaan pemilihan UMNO ialah sebuah cawangan terbesar di Pekan (dimana Najib Ahli Parlimen) Kampung Ubai telah membuat satu resolusi didalam Mesyuarat Agung Tergempar untuk mencalonkan Najib sebagai Presiden.

Perkara ini terang-terangan bertentangan dengan semangat peralihan kuasa yang diumumkan oleh Pak Lah secara peribadi baru-baru ini dan suara-suara korus dari beberapa pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO Negeri yang kononnya semua Ketua Bahagian menyokong Pak Lah sebagai Presiden semasa pemilihan UMNO nanti.

Nampaknya Najib perlu mempertimbangkan peralihan kuasa yang mungkin (kepastian dipersoalkan) akan diserahkan kepadanya pada jun 2010 memandangkan AKAR UMBI dikawasannya telah bersuara dan menyuarakan desakan mereka.

Kalau selama ini pemimpin-pemimpin kita berlumba-lumba untuk menunjukkan bahawa mereka mendengar suara akar umbi, maka kini BUKTIKAN!

Mungkinkah suara akar umbi dan cawangan-cawangan lain kedengaran dan mengikut jejak langkah kampung Ubai?

P/s: Nak makan roti telur di Kampung Ubai

Friday, July 18, 2008

Fitnah vs Kebenaran

Aku rasa hidup rakyat di Malaysia kini berada dalam ilusi dan penuh persepsi. Kini, siapa yang benar tidak semestinya benar, siapa yang salah dilihat benar, yang tidak terlibat apa-apa pun dilihat salah dan berdosa. Malah mangsa juga adalah dilihat bersalah.

Kini, rakyat hidup ditengah-tengah fitnah dan setengahnya suka berada berada didalamnya. Yang malangnya, fitnah menjadi sumber rujukan rakyat jelata dan ramai yang mempercayainya.

Yang melakukan fitnah adalah dikalangan orang-orang yang berilmu dan yang mempercayainya juga orang-orang yang berilmu. Mereka ini tidak kisah sekiranya negara dan rakyat tergadai dan menderita atas fitnah-fitnah yang berleluasa asalkan fitnah ini boleh digunakan untuk menutup sesuatu kesalahan atau untuk kepentingan diri semata-mata ATAU melindungi seseorang yang disanjungi dan diagung-agungkan selama ini.

Aku merasakan kini rakyat terutamanya orang melayu kian dibohongi, semakin berpecah-belah dan berpuak-puak. Yang menyedihkan kaum-kaum lain melihat dengan penuh minat perpecahan kita dan ada juga diantara mereka dilihat memainkan peranan dan suka kepada perpecahan kaum melayu.

Maka benarlah firman Allah bahawa 'FITNAH ITU LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH'.

P/s: Persepsi = Fitnah?

Thursday, July 17, 2008

Mogok sementara waktu

Memandangkan tiada isu yang menarik selain daripada kes anwar yang semakin membosankan, maka saya akan memogokkan diri sehingga ada isu-isu menarik perhatian saya.

Kecuali, tindakan menangkap anwar lebih awal menjadi persoalan! Kenapa tak tunggu?

P/s: Kalau ikut trend sekarang persepsi boleh mengatasi kebenaran!

Tuesday, July 15, 2008

Debat isu minyak!

Malam ini berlansungnya debat diantara Menteri penerangan Malaysia Shabeery Chik dengan Penasihat PKR Anwar Ibrahim yang julung-julung kali diadakan diadakan secara formal dikaca TV malaysia untuk tontonan lansung penonton.

Sudah pasti debat tersebut mengundang perasaan ingin tahu rakyat dan sudah pasti rakyat tidak melepaskan peluang untuk menontonnya yang pada aku lebih berdasarkan kepada kepentingan peribadi masing-masing.

Terpulang kepada siapa merasakan diri mereka menang, tetapi yang penting samada rakyat mendapat manfaat dari debat tersebut?

p/s: Adakah Anwar akan muncul malam ni? Cuma terdetik..Harap Anwar hadir sebab aku saja seronok nak tengok debat dan kelakuan-kelakuan oleh mereka yang digelar pemimpin!

Monday, July 14, 2008

Alasan Anwar tak hadir beri keterangan!.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar gagal hadir di IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan walaupun telah bersetuju untuk hadir.

Berikut adalah alasan-alasan Anwar melalui peguamnya:-

"Anak guam kami sekarang ini ingin menyatakan bahawa kecuali pihak polis bertindak secara profesional dan mematuhi persefahaan baik tersebut dan undang-undang, anak guam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis.

" Walau apa pun, anak guam kami mengulangi kedudukan beliau bahawa anak guam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya pihak plis tidak mengganggu beliau atau mengintimidasi keluarganya dan tidak memungkiri persefahaman baik tersebut.

"Kami selaku peguam bela anak guam kami akujanji akan mengemukakan anak guam kami sekiranya kesemua syarat di perenggan 9 di atas dipenuhi oleh pihak polis dan kami memohon agar suatu tarikh baru ditetapkan supaya anak guam kami boleh hadir ke IPK Kuala Lupur untuk memberi keterangan di bawah keadaan yang tidak membahayakan mana-mana pihak. Dalam keadaan intimidasi yang dilakukan oleh pihak polis seperti ini, anakguam kami tidak dapat menghadirkan ke IPK Kuala Lumpur pada 14 Julai 2008 sehingga keadaan intimidasi ini lenyap sama sekali.

"Anak guam kami ingin memaklumkan bahawa beliau pada hari Rabu 16 Julai 2008 (Rabu) akan hadir ke pejabat Agensi Anti Rasuah untuk memberi keterangan.

"Sekali lagi kami mengulangi bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis tetapi tidak di dalam keadaa adanya intimidasi dan gangguan dari pihak polis."


p/s: Kenapa Anwar perlu mengenakan pelbagai syarat?!!.

Saturday, July 12, 2008

Jangan perbesarkan isu Altantuya: Hj Hadi

Hj hadi semasa ditemuramah oleh Malaysiakini menegaskan bahawa isu altantuya tidak perlu diperbesarkan kerana ianya tidak berbeza dengan kes-kes pembunuhan yang lain.

Begitu juga dengan kes liwat anwar, beliau menegaskan ianya adalah isu peribadi dan perlu diselesaikan didalam mahkamah yang mempunyai bidangkuasa.

Mungkin Tok Guru perasan Najib telahpun bersumpah dengan nama Allah berkenaan isu Altantuya dan tidak mahu lagi fitnah terus berleluasa, maka dengan itu, beliau secara terbuka mahukan isu altantuya tidak perlu diperbesarkan.

Mungkin juga Tok Guru dah bosan dengan tindak tanduk Anwar yang terus-terusan mempolitikkan tuduhan liwat yang sedang dihadapinya dan tindak tanduk Anwar yang banyak menimbulkan tandatanya berkenaan isu liwat ini.

P/s: Kepada shabeery chik, tak payahlah nak buktikan apa-apa lagi. Debat tidak perlu, membuang masa serta hanya menegakkan hujahan walaupun ianya tidak benar. Kalau nak jadi hero tambah-tambah lagi pemilihan tak lama lagi, harap lupakan lah. Kalau muzakarah, itu amatlah dialukan kerana ia mencari penyelesaian.

Ezam cabar anwar berdebat

Laporan terbaru menyatakan bahawa Ezam mencabar Anwar Ibrahim untuk berdebat tentang 'masa depan negara dan orang melayu'.

Bagi aku perdebatan tersebut menarik dan bakal menyaksikan bekas mentor dan anak murid derhaka berdebat dan menunjuk kejantanan masing-masing.

Memandangkan Anwar dengan Ezam, masing-masing telah mengenali diri masing-masing dengan begitu lama intim (walaupun tidak seintim saiful?) dan mengetahui kejantanan masing-masing, maka biarlah mereka beradu kekuatan.

Biarlah Ezam membuktikan kesetiannya pada UMNO dan mencari jalan bagi beliau untuk mengambil hati ahli-ahli UMNO yang telah 'terluka' walaupun dilihat sangat sukar. Mungkin 'pendedahan besar' yang dicanangkan oleh Ezam terhadap PKR boleh membantu.

Maka, adakah Anwar juga ingin menunjukkan belang serta 'kejantanannya' yang telahpun diketahui umum seperti yang didakwa oleh saiful? dan akan menyambut cabaran murid derhakanya itu.

Sama-samalah kita melihat kesudahannya.

P/s: Seorang sahabat dari PKR menyatakan betapa meluat dan bencinya terhadap tindak tanduk Ezam semenjak sertai UMNO. Kemudian saya menjawab, agaknya macam tu lah perasaan ahli-ahli UMNO masa Ezam bersama PKR.

Thursday, July 10, 2008

Peralihan kuasa!

Pak lah dah umumkan bahawa peralihan kuasa kepada Najib akan berlaku pada jun 2010. Setakat ni aku belum ada apa-apa perasaan berkenaan pengumuman tersebut, malah tiada apa yang menarik rasanya dan kalau tak silap sebelum ni Tun Mahathir dah kata beliau tak setuju peralihan kuasa pada 2010 kerana ianya terlalu lama.

Kalau ada yang menarik pun, kenyataan Dr Puad Zarkashi yang mahukan Najib diberikan lebih kuasa untuk mentadbir.

P/s: Macam-macam boleh jadi dalam masa 2 tahun.

Wednesday, July 9, 2008

Cukupkah usaha kita? Kisah Benar!

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini ditambah dengan kenaikan mendadak harga minyak, segala kesenangan masa kini tidak menjamin kesenangan pada masa depan. Apatah lagi sekiranya kita dalam kesusahan kini. Maka,apa usaha kita?

Adakah kita tetap sepertimana kita pada sebelum-sebelum ini, kurang berusaha atau tidak berusaha lansung? Cukupkah kita dengan ilmu-ilmu?

Bagaimana yang aku rasakan peristiwa Isnin lepas di Mahkamah Rayuan benar-benar memberi kesan pada diri aku sebagai seorang peguam. Walaupun bukan aku yang menyediakan kertas-kertas kausa dan kemasukan aku sebagai peguam kepada 7 orang anakguam hanya selepas kesemua dokumen-dokumen difailkan, ianya tetap memberi pengajaran berguna.

Atas kesilapan yang terlalu remeh, kecuaian dan kegagalan memberi khidmat guaman yang baik menyebabkan hak 30 orang anakguam yang mana aku mewakili 7 orang telah dinafikan begitu sahaja. Memang menyedihkan, tambahan lagi ada diantara 7 orang anakguam aku telahpun meninggal dunia dan masih tidak dapat menikmati hak dan keadilan yang sepatutnya diperolehi semenjak dari tahun 1980an lagi.

Dan juga, mereka ini berumur sekitar 65-70an dan merupakan jiran-jiran serta sahabat-sahabat kepada orang tua aku!

Memang menyedihkan sehinga ke hari ini aku masih berusaha menyusun kata-kata untuk memaklumkan kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini yang terlalu berharap!

TETAPI, walauapapun, aku tetap ingin melihat positif! Pengajaran berguna ialah bagaimana aku perlu terus meningkatkan ilmu serta memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya dan mengisi sepenuh-penuhnya ilmu didada.

Menjadi peguam bukannya mudah, tetapi ilmu yang aku ada dari profession ini juga, disamping menjadi pendapatan utama menyara keluarga, aku ingin juga sumbangkan didalam mempertahankan dan membela agama, bangsa dan negara.

p/s: Walaupun ianya boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan, adakah keputusan boleh berpihak kepada anakguam aku? Adakah kesilapan remeh dan kealpaan peguam bakal menjadi penghalang kepada rayuan tersebut? Sekadar meluahkan kebimbangan aku.

Tuesday, July 8, 2008

Saiful dares Anwar to swear!

Source: The star 8.7.2008

PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan who alleged he was sodomised by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim recently is daring the latter to swear on the Quran to prove his innocence.

The challenge posted as a link in his fiancee’s blog said: “Dear Anwar the hypocrite! I challenge you to swear on the Quran. Set the place and time! I will come. The truth will prevail. Falsehood will surely be exposed. I am not afraid to die. God is mighty!”

His fiancee Janna Mohd Zaki included the link from Friendster in her newest posting on her blog in conjunction with Mohd Saiful’s 23rd birthday on Sunday.

The blog titled “A Step in My Pink Mary Janes” can be visited at http://jannamohdzaki.blogspot.com/.

In it she said she still looks up to Mohd Saiful as a hero despite all the public scoffing he is facing.

“In my eyes, Saiful is a hero. We have no power to make people stop making spiteful remarks about us but we know the truth will prevail some day,” she said.

p/s: Pihak-pihak yang terlibat, jangan mempersendakan sumpah..Dalam sejarah kehidupan manusia, kemungkaran yang dilakukan oleh beberapa kerat manusia durjana mengundang padah kepada manusia yang tidak berdosa.

Joe Kidd kata 'jilat' bukan 'liwat'!

Yang menarik terkini ialah berita penyanyi kumpulan punk curberator dung yang lunyai dibelasah oleh penyokong-penyokong pakatan rakyat yang sedang mengadakan 'perhimpunan aman'.

Tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh penyanyi tersebut memang diluar batasan memandangkan penganjurnya adalah terdiri daripada PAS dan lain-lain pakatan. PAS yang mengharamkan Islam Hadari dan membantah konsert Ella dan Mas Idayu hanya mampu terkedu dan termangu apabila program anjuran mereka sendiri mempunyai unsur-unsur yang sangat bertentangan dengan pendirian mereka yang sebenarnya berubah-ubah untuk kepentingan politik mere
ka.

Kalau dilihat tahap 'rebellious' carburator dung dan hisyamudin rais (penganjur) adalah setara dan tidak hairanlah kalau aksi-aksi 'belakang a.k.a punggung' mengambil tempat.

Yang kesiannya ialah penyokong-penyokong PKR yang sedang berserabut dihantui dengan kemelut dan kemaruk 'liwat' yang melanda ayahanda mereka Brader Anwar Bin Ibrahim yang mana walaupun penyanyi carburator dung tersebut menyanyikan lirik 'jilat' ianya tetap kedengaran seperti 'liwat'.

Maka, sangat malanglah 'alak' iaitu penyanyi dan kugiran tersebut yang sebenarnya adalah senior dan idola pengikut-pengikut didalam muzik underground di Malaysia menyanyi diperhimpunan tersebut dan kemudiannya menjadi 'mangsa keadaan'.

p/s: Kesian tengok alak kena belasah.

Friday, July 4, 2008

Anwar vs Najib: Lawak Tamil!!

Breaking news, source: rocky's bru

RM0.00:
4/7 PI P.Balasubramaniam retracted that DPM introduced Razak Baginda to Altantuya Shaariibuu and that DPM had a sexual relationship with her/STAR

The Star 4.7.08:-

PI retracts declaration

KUALA LUMPUR: Political analyst Abdul Razak Baginda's private investigator P. Balasubramaniam on Friday retracted his statutory declaration which he made less than 24 hours ago.

"I wish to retract the entire contents of my statuutory declaration dated July 1 2008. I was compelled to affirm the said statutory declaration under duress," said Balasubramaniam in his new statutory declaration dated Friday.

The new statutory declaration states:

"I wish to expressly state that at no material time did (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda inform me that he was introduced to Altantuya Shaariibuu by a VIP and at no material time did Razak Baginda inform me that Datuk Seri Najib (Tun Razak) had a sexual relationship with Altantuya Shaaribu and that she was susceptible to anal intercourse.

"At no material time did Razak Baginda inform me that Datuk Seri Najib instructed Razak Baginda to look after Altantuya Shaaribu as he did not want her to harass him since he was the Deputy Prime Minister."

p/s: lawak tamil paling sadis!

Dr Asri minta Saiful dan Anwar bersumpah!

Dalam Utusan Malaysia pagi ini, Dr Asri, Mufti Perlis dilaporkan berkata meminta Anwar dan Saiful bersumpah atas nama Allah atau apa yang dikatakan 'muhabalah' yang mana dialam sumpahnya Allah akan melaknat dirinya sekiranya dia berbohong.

p/s: Harap kedua-dua bersedia bersumpah untuk mengakhiri kemelut-kemelut dan teori-teori konspirasi yang semakin merimaskan!

Anwar vs Najib: Lawak di kedai roti canai!

Tengah aku menunggu nak beli roti canai pagi tadi, terdengar satu perbualan seorang pakcik dan makcik berkenaan kehadiran Najib di suatu tempat untuk merasmikan satu program.

Maka kedengaran makcik tu berkata, elok jago anak-anak dagho, nanti ada yang sangkut kek najib.

Kemudian, kedengaran pakcik tu menjawab, kalau anwar datang, jago anak-anak bujang elok-elok! ado pulak anwar berkonan nanti..

p/s: Lawak spontan orang-orang tua memang kelakar!

Thursday, July 3, 2008

Nyawa di tangan budak umur 23 tahun!

Kadang-kadang ada terdetik dihati aku kenapa tuduhan yang terlalu berat serta laporan polis dibuat terhadap anwar. Kenapa pendedahan aib yang sebegitu besar boleh terkena kepada anwar! Adakah sebab Anwar mempunyai 'habit' membuka aib orang lain, maka dibukakan kini aibnya??

Aku terus terfikir, adakah ianya satu konspirasi? Manusia tak berhati perut mana yang sanggup mengada-ngadakan cerita tentang liwat yang dilakukan oleh anwar terhadap budak berumur 23 tahun? Adakah kerajaan yang diterajui oleh BN serta disokong oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berkonspirasi untuk menjatuhkan anwar? Kalau konspirasipun, kenapa begitu teruk dan seolah 'tak masuk akal' bagi rakyat jelata yang tidak mempunyai akses informasi-informasi sulit? Bodoh ke diorang ni semua?

Terus lagi aku merenung, apakah kesannya pada kerajaan dan pemimpin-pemimpin BN sekiranya Anwar dapat buktikan wujudnya konspirasi? Sudah tentu kerajaan bila-bila masa akan tumbang, tambah lagi dalam situasi yang tidak menentu didalam BN sendiri dan pertambahan kekuatan pembangkang!

Kemudian terus aku menyingkap kredibiliti pemimpin-pemimpin tertinggi BN terutamanya Pak Lah dan konco-konconya, selepas penat dan lunyai dibelasah kerana kepimpinan yang gagal dan terburuk dalam sejarah kepimpinan negara, kini pemimpin-pemimpin ini 'diangkat', 'dipuji' dan 'dilabelkan' pakar dan sempurna didalam membuat konspirasi. Untungnya diorang ni!

Kemudian, aku cuba bandingkan 'taraf' tuduhan anwar pada KPN dan Peguam Negara dengan tuduhan liwat ke atasnya yang lansung samasekali tak setara dan manusia yang berakal sempurna pasti tidak percaya atas sebab tuduhan memalsukan keterangan, KPN dan Peguam Negara berkonspirasi untuk 'menjatuhkan' tuduhan liwat kepada Anwar!! Kalau betul, pendendam dan kejam sungguh diorang ni!

Terlalu banyak episod-episod yang ingin aku terus persoalkan lagi tetapi kemudian aku teringatkan seorang budak 'hingusan' berumur 23, nampak lembut dan agak 'jambu' orangnya.

Siapakah dia dan apa kehebatannya sehingga diberikan 'tugas' untuk kehadapan dan menyerang anwar dengan penuh yakin dan waja dengan tuduhan liwat serta berkebolehan menjadi watak utama didalam episod 'liwat' ini?

Dan siapakah sebenarnya dia sehinggakan pemimpin-pemimpin BN, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sanggup menggadai masa depan, maruah diri dan keluarga serta nyawa kepada budak berumur 23 tahun ini semata-mata untuk menjatuhkan Anwar didalam satu 'konspirasi'??!! Adaka ianya berbaloi??

Betulkah ada konspirasi.. ATAU, sememangnya budak ini adalah benar-benar seorang MANGSA..??

p/s: Rimas dengan teori-teori konspirasi!!

Wednesday, July 2, 2008

AS jangan nak menyibuk!

Sumber: Utusan Malaysia 2-7-2008

AS tak perlu terlibat dalam kes Anwar - Pemuda Pas 3:32pm

KUALA LUMPUR 2 Julai - Dewan Pemuda Pas menegaskan, Amerika Syarikat (AS) tidak perlu campur tangan dalam kes dakwaan liwat yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia adalah urusan dalaman negara ini.

p/s: Kenapa Amerika bimbang berkenaan kes anwar? ada kepentingan ke? Boleh selamba AS sound Malaysia kalau sebarang dakwaan dibuat atas anwar, ianya adalah berunsurkan politik!

Tuesday, July 1, 2008

Breaking news! The return of Tan Sri Isa Samad

Sumber: Kuda kepang

ISA SAMAD JADI PENGERUSI FELDA?

Sumber-sumber Mubarak Wilayah Persekutuan memberitahu blog ini hari ini bahawa Tan Sri Isa Samad telah dilantik sebagai Pengerusi FLEDA yang baru menggantikan Tan Sri Dr. Yusof Nor. - Ruhanie Ahmad

p/s: Tahniah kalau betul.

Singapura maklumkan Anwar maklumat ancaman bunuh?

Sumber: Rocky's bru

Is Singapore providing Anwar intel?

I am guessing here that it's Singapore. I mean, it could be Brunei for all you know.
Do read YB Zulkifi Noodin's posting here and tell me just what am I supposed to think. Because I think the YB, DSAI and PKR should tell us everything.

"Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini." - Zulkifili Nordin, 30/6/2008
(We received information from a number of sources, including from the Intelligence Unit from a neighboring country informing us that there is an attempt to assassinate DSAI and that several hired killers have been brought into the country recently).

The PKR MP went on to list down FIVE attempts at DSAI's life since the 1990s. "... sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI". (... that's why we made the decision to advise DSAI to accept the Turkish Embassy's offer to provide him refuge).

The Turkish Embassy, however, has said there was no such offer made to Anwar.

Bernam.com

p/s: Alasan ancaman bunuh terlalu 'pelik'. Sebelum laporan dibuat, Anwar berada didalam keadaan selesa, kuat dan sanggup berdepan dengan apa sahaja halangan dan rintangan.