Sunday, July 27, 2008

Pas dan Umno bubar?

Tok Guru Nik Aziz secara serius telah mencadangkan bahawa Pas dan Umno dibubarkan dan seterusnya bergabung membentuk satu parti baru berlandaskan Islam.

Aku memang menyokong orang melayu bersatu tetapi adakah ahli-ahli Umno bersedia untuk Umno dibubarkan?. Bukan sahaja ahli Umno, bagaimana ahli-ahli PAS, bersediakah mereka?

P/s: Aku menyokong apa sahaja yang boleh menyatupadukan orang melayu.

5 comments:

mH said...

Mungkin sukar dijadikan kenyataan. Ini kerana ramai pemimpin atasan UMNO masih mengamalkan gaya hidup ala aristokrat berbeza dengan pemimpin PAS yang kebanyakannya bersikap sederhana.

Sebenarnya ini satu saranan perangkap untuk UMNO. Kalau UMNO rasakan perlu untuk bergabung dengan PAS untuk satukan orang Melayu maka bererti sudah sahlah UMNO sudah kehilangan kekuatan dan kegemilangannya. Justeru UMNO mungkin tidak lagi relevan untuk menerajui parti membela kaum Melayu.

Masalahnya para pemimpin atasan UMNO khususnya Pak Lah masih tidak dapat mendengar suara hati orang Melayu. Orang Melayu mahukan pemimpin yang tegas seperti Tun Dr. Mahathir, dinamik seperti Anwar Ibrahim dan dalam pada masa yang sama merendah diri seperti Tok Guru Nik Aziz.

Mustahil UMNO sudah ketandusan pemimpin yang mempunyai kesemua ciri-ciri di atas. Atau mungkin mereka ini sudah pupus? Wallahualam..

cohong gym said...

Memang malang nasib UMNO bila Pak Lah ambik alih dari TDM. UMNO jadi lemah dan tak bermaya. Bukan setakat UMNO saja, Negara pun jadi lemah. Tiada lagi kedengaran suara Malaysia dipentas dunia.

Aku pun harap orang Melayu dapat bersatu. Bila? entah ler...

Alif Lam said...

akhir zaman umat Islam akan bersatu di bwh satu panji2 dan bernaung di bawah seorang penyelamat, pemimpin yg dijanjikan Tuhan, manusia yg ditunggu2 oleh semua kaum, bangsa dan agama...

Anonymous said...

gua sokong!!!!aku org pertama akn daftar!!


amrull

Iwan said...

I think its a good idea but hard to implement. UMNO walaupun performance merosot ttp terbukti ia adalah tonggak utama BN, lihat shj brp byk kerusi yg dimenangi di setiap negeri. Kebanyakan yg kalah adalah dr parti2 komponen yg lain. PAS on the other hand has nothing to lose with this 'one party' idea, even sekarang pun UMNO Perak dah offer PAS utk join mentadbir negeri dgn MB adalah di kalangan PAS sendiri, tp cukupkah tawaran tersebut untuk membeli maruah & ego PAS? Kita tunggu dan lihat...